Monday, February 11, 2013

Apa khabar jiwa-jiwa kita semua...?



 

I spent my life looking for the problem *outside*. Nothing changed until I realized the problem was *inside*
.- Yasmin Mogahed


Apa khabar roh-roh hamba ALLAH semua...?

Kita insan adalah roh yang dibalut fizikal, yang dengan roh itulah sebenarnya kita merasa dan melalui kehidupan sementara ini.

Roh kita ini adalah perkara pertama perlu diluruskan untuk meraih ketenangan dalam hidup - adakah roh ini tahu dari mana datangnya dia, ke mana ia akan pergi dan harus bagaimanakah kehidupan yang dilalui di bumi ini..?

Hadis Rasulullah s.a.w,: “Dalam tubuh anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan, sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Jika roh tidak dirawat, masalah luaran membuat hidup terasa sesak. Rumahtangga, kerja, jiran tetangga, mertua ipar duai, suami isteri, duit, harta, anak-anak, jawatan dll - segalanya terasa sakit dan membebankan kerana roh tidak mengenal sistem islam sebagai cara hidup...

Ayuh hentikan menuding jari meyalahkan keadaan, orang lain dan takdir tuhan - kerana mungkin sebenarnya yang perlu kita lakukan adalah merenung jauh ke roh, jiwa dan hati kita - merawatnya dan membawanya kembali ke jalan Tuhan bernama Islam. Di situlah akan ditemukan kebahagiaan dan ketenangan, di sebalik ujian-ujian kesulitan yang datang.

Dengan nota, agama ini tidak hanya mengajarkan kita memuliakan dan memelihara hubungan roh dengan tuhan tetapi juga mendidik ummah untuk mencantikkan akhlak, menjaga kesejahteraan mental, menggali ilmu, mencergaskan tubuh dan mencerdaskan emosi.



_______________


Love, Nurul







22 comments:

Anonymous said...

Salam,

Suami puan bekerja sebagai Pilot di MAS. MAS adalah sebuah syarikat yang tidak patuh syariah. Sila rujuk Securities Commission dan Bursa Malaysia. Pendapatan suami yang dibanggakan oleh suami dan puan sehingga beliau mampu berpoligami adalah haram.
Air Asia juga syarikat penerbangan di Malaysia. Ia patuh syariah (halal) kerana tidak menghidangkan minuman arak kepada pelanggan.
Mungkin sebab ini suami puan tidak pernah merasa cukup dan perlu mencari isteri yang banyak untuk melengkapkan hidupnya. Tiada keberkatan dalam rezekinya.

Wallahuallam.

Anonymous said...

Airasia X menjual wine, saya rujuk pada Airasia wikipedia..

AirAsia offers "Snack Attack," a buy on board programme offering food and drinks for purchase.[39] Air Asia is accredited by the KL Syariah Index, and in accordance with Shariah law it does not serve alcohol or pork. However, this applies only to the regional AirAsia group flights, and not to the AirAsia X flights, which do sell wine and beer on board.[40].

Anonymous said...

Airasia X menjual wine, saya rujuk pada Airasia wikipedia..

AirAsia offers "Snack Attack," a buy on board programme offering food and drinks for purchase.[39] Air Asia is accredited by the KL Syariah Index, and in accordance with Shariah law it does not serve alcohol or pork. However, this applies only to the regional AirAsia group flights, and not to the AirAsia X flights, which do sell wine and beer on board.[40].

Anonymous said...

Dear all,

Niatnya baik. Tiada unsur membanggakan diri disitu. Try not to be judgemental. She is trying to share her experince as a SME in her colourful life.
To Nurul,

Keep on writing. Your post helps me a lot!


-nida

Anonymous said...

duss...ada ker cakap pasal rezeki tak halal sbb tu rasa tak cukup isteri, mane de cam tu anom, poligami ni jodoh ketentuan Allah swt utk mereka yang di pilih, ianya ujian pada hambanya dalam soal kasih sayang..nway wanita berpoligami ni taraf dia sma macam ummul mukminin ujian mereka sbb tu jgn kutuk poligami, ustaz azhar idrus bagi tahu kutuk poligami macam kutuk ummul mukminin, para isteri Rasulullah yang berpoligami dgn Raulullah saw, dan cik anom pun nanti kat surga insyaAllah akan berpoligami dengan bidadari tau, so sapa berpoligami kat dunia ni dia orang macam bidadari..special kat dunia lagi dah di biasakan dengan car hidup di surga..mashaAllah...sesungguhnya hanya mereka yang tidak tahu saja yang akan memandang rendah pada mereka yang di takdirkan Allah swt berpoligami..to all yang berpoligami, anda begitu berharga dan istimewa kerana nada bak bidadrai dunia pada suami tercinta :)

Anonymous said...

Hish..tak masuk akal lah comment awak ni..sibuknye awak sampai kerjaya kapten awak dok mencari terperinci...Hampe manusia macam awak ni...jika benar policy mas begitu, salah Kapten ke?? dia cuma mencari rezeki dan tak ada kaitan dengan kerjaya dengan poligami mereka..Semuanya ketentuan Allah macam tu, dan Allah sahaja yang tahu mengapa aturan begitu..awak ni bercakap macam tak ada ilmu langsung..tak baik memburukkan orang lain. Dosa tau, Allah benci manusia berhati busuk macam awak. bertaubatlah...sekadar sibuk search wikipedia,huh! PHD lah tu ( PEYAKIT HASAD DENGKI) keep on writing puan Nurul,Tulisan awak banyak membantu ramai orang.

Wardina said...

salams,

tx cik anon2 for that heart-warming and enlightening comment on polymous marriage; spot on!

Anonymous said...

boleh bagi reference ayat quran atau hadith yg mengatakan bila kat syurga akan berpoligami dgn bidadari? adakah untuk semua orang/ahli syurga atau hanya golongan tertentu sahaja?

Anonymous said...

saya quote kata2 anonymous di atas "dan cik anom pun nanti kat surga insyaAllah akan berpoligami dengan bidadari tau" <--- ayat2 seperti ini menyebabkan kadang2 saya terfikir, kenapa saya dijadikan sebagai perempuan, yg akan terpaksa berkongsi kasih/menanggung pedih hati (saya tahu ada turun naik tapi apa2 pun perempuan yang bersedih, lelaki tidak), dan seronoknya menjadi lelaki, yang di dunia pun boleh berpoligami, dan di syurga (? kalau betul kata2 anonymous di atas).. saya risaukan iman/aqidah saya bila baca kenyataan2 tentang poligami, membuatkan hati saya rasa kenapa perempuan sahaja yg tanggung derita

Anonymous said...

Isteri Solehah..

Wahai suami yang soleh..
Kau mahu isterimu menjadi isteri solehah
Maka jadikanlah dahulu dirimu sebagai suami yang soleh..
Sebelum surah An-Nisa ayat 3 itu kamu hunuskan ke jiwa isterimu yang solehah itu, hayati juga surah An-Nisa ayat 129 yang merupakan amaran dan ancaman Allah kepadamu!.

Apakah kamu wahai suami telah berasa cukup soleh dengan riak memberitahu Allah bahawa ”AKU MAMPU BERLAKU ADIL WAHAI ALLAH!.. SAKSIKANLAH!!”..
(Ya, aku juga ingin menyaksikan keadilan Allah kepadamu di akhirat nanti.. moga sahaja kau tidak berjalan dengan tempang kaki di akhirat nanti!!)

Suami yang soleh itu adalah yang memahami keseluruhan isi kandung Al-Quran dan As-Sunnah dan menggunapakainya dengan jalan yang benar!!....
Bukan sekadar mengutip mengambil satu dua ayat yang SEDAP dipasakkan ke telinga dan minda isteri untuk dijadikan TAKDIR isteri..

Untuk membentuk isterimu menjadi solehah adalah dengan kau terlebih dahulu menjadi suami yang soleh.. Jangan mengharap solehah isterimu di atas kelemahan nafsumu dan kekuatan kasihnya terhadapmu.. Jadilah suami soleh yang terusan membentuk kekuatannya menjadi tiang rumahtangga di saat kau berkelana mencari nafkah utk keluarga.. Imamkan solat jemaah.. sudahkah kau khatamkan isteri dan anak-anakmu Al-Quran denga makhraj huruf dan tajwid yang sempurna?. Terisikah rumahmu dengan hadis Rasulullah setiap waktu?...

Wahai suami yang si isterinya katakan soleh itu..
Jangan kau mainkan kalam Allah untuk menundukkan ilmu isterimu dengan menggadaikan solehahnya di mata Allah.. kerana itu PENIPUAN semata-mata!.
Sedangkan Aisyah, penghuni syurga itu juga dihambat cemburu dan syak wasangka, apatah lagi isterimu yang tidaklah sesolehah mana dengan 9 nafsu dan 1 akalnya!..
Hanya kerana kau bijak memomokkan kebodohan kasih sayang isterimu yang kau katakan solehah dan bakal penghuni syurga, maka isterimu yang menginginkan syurga tanpa hisab Allah itu tanpa ilmu dan iman yang tebal terusan dipermainkan akal dan emosinya olehmu.. lantas menurut bak anak kucing hilang ibu!.
Itukah solehah yang kau ciptakan?

Isteri yang solehah itu adalah yang mengutip ilmu Allah, yang beriman dengan ilmu yang Allah kurniakan dan yang tahu hak dirinya sebagai hamba Allah..
Suami bukan hakmilik hakiki! BENAR.. dan kamu juga wahai isteri, bukan hamba abdi si suami!!.. kerana kamu wahai isteri, adalah hak milik Allah.. dan anak-anakmu adalah amanah Allah... yang juga ada hak mereka yang perlu kamu pertahankan!!..

Wahai isteri-isteri yang perasan solehah!.
Berserah kepada takdir itu adalah BODOH dan SIA-SIA..
Pasrah dan redha ada dua makna yang berbeza..
Terpisah bagai langit dan bumi jaraknya..
Hatimu yang buta dek cinta itu tidak akan dapat menaksir dan membezakannya!.
Jangan sehingga nanti, kamu tersungkur di pintu syurga dan terbenam ke lembah neraka kerana KEJAHILANmu mencari solehah dengan jalan yang kamu rasa benar tetapi sebenarnya DUSTA!.

Anonymous said...

Berserah kepada takdir itu adalah BODOH dan SIA-SIA..
amboi....baiklah,Allah itu sahaja menguji iman kita...mungkin segelintir mengatakan berserah pada takdir adalah bodoh...tapi semoga kalian ikhlas ya...terpulang pada penerimaan masing-masing atas segala ujian yang Allah berikan..percaya ke pada Qada dan Qadar??

Unknown said...

Sy rsa kte ada pilihan utk brsedih atau gembira dgn hidup kte d dunia yg sementara ni... Klu rsa perempuan tnggung derita, cuba anda cari kbahagiaan hidup anda sendiri, tidak perlu marahkn org lain.. Hidup ini suatu pilihan.. Tiada perkara buruk yg dtg dari Allah SWT... Baca surah as syura ayat 30 juzu' 25...

Unknown said...

Assalammualaikum.. Hidup kte ini suatu pilihan.. Jgn salahkan org lain apabila kte rsa diri tu mnderita... Cermin diri n muhasabah.. Derita, sedih n gembira kte yg kawal. Manusia mmg slalu memanipulasi agama.. Tiada perkara yg buruk dtg dari Allah SWT.. Baca surah as syura ayat 30 juzu 25... InsyaAllah

Anonymous said...

http://musollabalaifelda.blogspot.com/2013/02/bidadari-syurga-dan-video-perihal.html

fr cik anom to another cik anom, jgn sampai akidah lari ya, cuba cari ilmu tentang bidadari ni, insyaAllah wanita solehah dunia lagi special dari mereka tapi mmg lelaki soleh akan dapat paling cap ayam pun 7000 bidadari di surga, jgn riasau kita wanita akan di cabut rasa cemburu di surga nanti dan bakal jadi ketua bidadari yang paling suami cintai..

Anonymous said...

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/485343_10151448014659586_1277481951_n.jpg...soal poligami berkait dgn ketentuan jodoh Allah swt pada sesorang itu sejak dia dalam rahim ibunya seusia 4 bulan, jangan kaypo pada yang tak suaka poligami, buatnya qada dan qadar Allah swt berpoligami, mana lari pun x bole elak..astagfirullahalazim..

Anonymous said...

Jangan sehingga nanti, kamu tersungkur di pintu syurga dan terbenam ke lembah neraka kerana KEJAHILANmu mencari solehah dengan jalan yang kamu rasa benar tetapi sebenarnya DUSTA!...(sound this person is Anti Poligami)Tidak mengapa wahai wanita yang cuba sedaya upaya untuk menjadi wanita solehah..Allah maha Mengetahui samada yang engkau zahirkan atau engkau sembunyikan kerana Allah maha tahu semuanya..teruskan usaha menjadi wanita solehah, syurga itu mahal..jangan lemah semangat dengan kata-kata negatif seorang yang seolah-olah tidak yakin dengan Hukum Allah...pada yang anti poligami, jangan keluarkan kenyataan negatif kepada yang berusaha untuk mencari redha Allah..biarlah awak dengan pendirian awak tapi JANGAN heret wanita lain menempah tiket neraka bersama awak..sekian terima kasih

Anonymous said...

poligami, suatu ujian hebat dari Allah swt untuk hambanya yang terpilih sahaja, facts, isteri pertama akan menjadi orang yang paling derita dalam menahan rasa di duakan, namun janji Allah swt jika seorang isteri itu menjaga solat, puasa di bulan Ramadhan, jaga kehormatan dan TAAT pada semua kehendak suami yang tidak dilarang oleh Allah swt, maka dia boleh memilih mana mana pintu surga untuk dia masuki akan surga itu...Allahuakbar, pada yang memahami akan hadis ini, maaf lupa nak qoute siapa perawi hadis tapi sila gugel kalau nk cari details, so redha dalam berpoligami bole jadi sbb untuk dapat benefits taat pada suami bawa ke surga, tapi bukan sesenang itu, hati perlu dijaga dgn iman yang baik dalam proses nak redha dan taat keran ujian poligami maha dasat, cemburu paling top, ya la suami kena kongsi semua..mau x sesak nafas mikirkannya..so tabik spring pada isteri isteri pertama yang sabar dan taat dgn ujian poligami, anda bakal calon surga yang bole pilih pintu mana anda nak masuk...isteri ke dua, cabarannya buka sikit juge, berkongsi kasih dgn suami orang perlukan kesabaran dan ketabahan yang bukan sedikit, lagi pulak kalau family pertama dah ada anak anak dan mmg mereka bahagia, masuk menumpang yang sedang bahagia lagi dasat dari masuk menumpang yang kucar kacir sbb sama je , cemburu pasti ada, sbb itu lumrah org ppn, isteri ke dua mula mula rasa seronok sbb rasa di cintai dan disayangi suami yang penuhi janji nikahi mereka, tapi bila realiti set in baru tahu susahnya benda berkongsi ni, kejap ada kejap x de, macam biskut, airmata teman setia,pegantin baru selalu sepi melayan perasaan di ranjang nan mewangi sbb rupanya hubby sibuk sekali nak cari rezeki dan melayan anak anak dan bini bini..mmm hidup x seindah mimpi..tapi again isteri kedua, ketiga dan ke empat juga punyai hak yang sama dgn isteri pertama, mereka juga isteri yang akan dapat reward yang sama jika jaga solat, puasa n jaga kehormatan n TAAT hanya pada suami, pilihlan pintu surga mana nak masuk di akhirat nanti, bottom line poligami medan derita untuk para isteri yang kurang megerti tapi tempat mengumpul pahala bagi iateri isteri yang tahu hanya akhirat hidup yang abadi..

Unknown said...

I luv all da statement there.. This is real.. Apapun, hidup ni bkn 'fairytale' yg anda xpect ikut skrip n scene anda sndiri kpd yg anti poligami n yg x suke dgn blog ni.. Get real ladies, all this world are just 4 awhile, the very r waiting 4 u in the end, b patient... Allah SWT knows best!

Anonymous said...

Assalam...kepada pembaca blog sekalian(khasnya pembaca wanita)..secara ikhlas dr hati sy,agar kalian smua berhati2 dlm setiap tutur kata dn bicara dlm menyampaikn sesuatu pendapat ataupun membuat pernyataan..bt pengetahuan smua,pd pendapat sy..penulis blog hanya ingin berkongsi kisah yg dialaminya sndiri atau kisah yg didapati dri pembcaannya atau kisah dr siri-siri kuliah yg di ikutinya..tiada dlm segenap hati dlm dirinya pun untuk mendabik dada atau bangga diri atas kesanggupan dirinya hidup dlm alam poligami..penulis blog hanya ingin berkongsi yg mungkin blh menambah ilmu pengetahuan kita smua..terpulang pd pembaca sekalian utk menilainya dgn hati nurani kalian smua. Buat pembaca yg beremosi(mungkin),jika suka dgn nukilan penulis blog..teruskn membca,ttpi jika tidak suka atau kurang berminat..blh lawati mana2 blog yg kalian suka..(ckup mudah,itu shja caranya). Sy selalu membca hasil nukilan Puan Nurul..ttpi tidak perlu lah utk mengkritik dn menyalahkn org lain seolah-olah wanita yg hidup dlm alam poligami ini sgt2 berdosa dn bersalah. Biarlah hanya ALLAH SWT yg menilai antara dosa dn pahala kita sesama insan manusia ini,ttpi menjdi tanggungjwb kita utk bersma2 mndoakn ke arah kebaikan,InsyaAllah..

Anonymous said...

betul tu, yang tak suka tu janganlah mengkritik yang negatif..tak baiklah. Sesama Islam harus menyokong ke arah kebaikan..Tak suka awak boleh cari blog yang fairytale..hidup umpama dalam mimpi. Mana ada hidup senang lenang macam dalam wayang fairytale..life is al ready complicated and don't make it too complicated. Cintai Allah dulu barulah awak bahagia, cintakan dunia confirm awak merana. Percayalah mendahulukan cinta pada Allah,awak mesti bahagia walaupun ujian silih berganti.. Redha itu penting, tapi redha jangan kat bibir saja, dari hati yang ikhlas ya. Muhasabah diri tu... Percayalah, akhirat saja yang kekal, jangan ragu tentang itu..itulah Allah menurunkan Al-Quran dan mengutus Rasulnya untuk panduan hidup kita di dunia.Surga menanti bagi yang bersabar!!! Ikhlas saya katakan, saya pengunjung setia Blog Pn. Nurul..semoga Pn.. Nurul terus berkongsi dalam penulisan. Syukran Wallahualam.

Wardina said...

salam,

a highly debated post! my applause to nurul for injecting some positivity into the topic of polygamy. i'd like to share a piece of writing taken from polygamy411.com
http://polygamy411.com/a-muslim-man-possibly-will-become-polygamous/
i think this goes out to all of us.

maryamsiddiqah said...

Terima kasih adik Nurul kerana perkongsian pengalaman... bagi yang berminat, di sini ada ulasan mengenai pertanyaan tentang bidadari syurga/wanita syurga yg dikupas dari Al Quran dgn kefahaman bahasa arab, bukan seperti terjemahan sebilangan buku2 melayu yg biasa kita baca..
http://sheikhynotes.blogspot.co.uk/2010/01/womens-reward-in-paradise-in-islam.html

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...