Wednesday, August 29, 2012

Pernikahan: Indahnya Ketaatan Kerana ALLAH



Ketika masih bujang dulu, hati merasa optimis dan terbuai-buai dengan hadis Rasulullah SAW ‘seorang isteri boleh masuk ke mana-mana pintu syurga yang disukai’ jika taat kepada suami, di samping melakukan solat, puasa Ramadhan, serta menjaga kehormatan diri. Rasa macam, ‘Wah…senangnya orang perempuan nak masuk syurga’...

Apabila sudah bernikah, barulah tahu bahawa ketaatan kepada suami adalah satu
perkara yang sangat besar dan sangat sukar sebenarnya :O

Yelah, masakan syurga yang maha sempurna itu murah saja ‘bayaran masuknya’!

Bulan-bulan pertama pernikahan, terasa satu perjuangan yang hebat untuk menyelaraskan diri dengan nilai ketaatan kepada suami. Apatah lagi kita wanita alaf baru yang kononnya berdikari dan berpendidikan tinggi, untuk mendengar dan menuruti segala kemahuan dan keperluan suami itu sesungguhnya memerlukan ilmu dan mujahadah yang tinggi :D

Seorang teman yang bujang berkata, " Kalau kita bernikah dengan seorang lelaki yang kita cintai, mestilah kita mampu untuk mentaatinya kan..."
Ohh tidak....!! Bagi saya tidak. Kita mampu mentaati suami bukan kerana kita cinta dirinya,  tetapi kita mampu dan HANYA mampu bila kita memilih untuk mengutamakian keimanan dan ketaatan kepada ALLAH. Selepas dua minggu, selepas dua bulan, perasaan cinta kepada lelaki itu tak semestinya masih segar bugar sepertimana ketika awal-awal - jadi cinta manusia amat lemah untuk jadi motivasi kita berbuat baik. Namun bila kita memfokus mencari cinta tuhan, tika itulah cinta manusia mampu menjadi kekuatan.

Taat bukan bermaksud taat membuta tuli atau taat dalam hati yang memberontak. Ketaatan yang baik adalah ketaatan yang disertai rasa hormat dan cinta. Kuncinya adalah komunikasi.

Apa-apa perkara yang diminta atau disukai suami, lakukanlah dengan berbesar hati. Jika sukar untuk melaksanakan, suarakanlah cabaran itu pada suami. Agar suami mampu membuat keputusan dan tindakan yang adil sebagai suami dan pemimpin rumahtangga.

Yang lebih penting, mohonlah pada ALLAH agar diberi kekuatan untuk mentaatiNYA. Tekadkanlah dalam hati, bahawa kita adalah muslimah yang ingin mencintai dan dicintai Rasulullah SAW, maka berusaha untuk mengikut petunjuk baginda dalam segenap kehidupan berumahtangga.

Apabila kita benar mengusahakan mentaati ALLAH, maka usaha mentaati suami menjadi lebih mudah. Kerana sesungguhnya, ketaatan kita pada suami adalah kerana kita mahu mencari redha ALLAH ♥ dan tidaklah ALLAH jadikan suami itu perlu ditaati melainkan terkandung banyak kebaikan di dalamnya :D

Saya tidak mampu memberi contoh spesifik ketaatan yang diminta suami, namun berdasarkan perkongsian beberapa isteri – ketaatan itu kadangkala bukanlah berkaitan hukum agama. Walau selalunya ia berkaitan dengan aspek agama :O Ia mungkin berkaitan hal-hal duniawi yang manusiawi. Suami tidak suka sesuatu dari peribadi isteri. Atau cara isteri berinteraksi dengan sesuatu.

Maka, ayuh taat dan berubah dan kerana ALLAH:D

Suami sedang ingin membina karakter isteri yang dicintainya. MasyaALLAH, pada para isteri yang telah melalui jalan mujahadah sebuah ketaatan kepada manusia yang bernama suami – merekalah insan yang telah mengecapi kemanisan berumahtangga dan cinta yang luhur.

Dengan sebab ketaatan, hati tulus seorang isteri akan mampu merasa dan mensyukuri kasih sayang mendalam dari suami dan kebaikan suami yang tak berbelah bagi kepada isteri sebagai kurniaan besar dari ALLAH – hasil ketaatannya kepada ALLAH – dengan mentaati suami.

Setelah kini usia tiga tahun perkahwinan, ya hati makin optimis. Saya telah melihat indahnya aturan ALLAH dalam urusan ketaatan ini. Manisnya mentaati suami :) sekalipun mencabar segenap potensi diri :P

Inilah hadis motivasi buat isteri:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan MENTAATI SUAMI, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Moga ALLAH membantu suami dan isteri untuk saling memimpin dan dipimpin, saling cinta dan saling menghormati :)

7 comments:

Cimas Tc said...

Benar..nampak mudah bila dibaca serta waktu hati berbunga cinta..Tapi realitinya sangat sukar dilakukan terutamanya bila hati sedang sakit..
Tapi, kene juga selalu ingatkan diri untuk berbuat sesuatu kerana Allah..biarpun hati rasa terpaksa, paksakan juga diri untuk terus mentaati suami, sambil hati memohon pertolongan Ilahi mengurangkan beban sakit di hati..hehe..
Sesungguhnya, saya sendiri masih bermujahadah dan tiada pertolongan dan kekuatan melainkan dari Allah..

ieza ashaari said...

semoga aku tergolong dalam golongan ini..

sebelum berkahwin, mmg terasa mampu.. bila sudah melalui perkahwinan, ya, kemampuan diri tercabar. semoga segalanya dipermudahkan..

batman said...

nice article :)

sea_lavender said...

melakukan segalanya kerana Allah pasti manis hasilnya :')
lama tidak menjenguk di sini..
shingga sye sdah abis stdy d uitm kuala pilah, n9 :) apabila artikel saudari ade d I luv Islam terus sye singgah di sini :)

Anonymous said...

artikel yang bertepatan dgn apa yang dirasai diri ini.mohon pendapat, bagaimana nak rasa taat kat suami yang katanya sayang dan kasih kita, tapi ada perempuan lain...

Anonymous said...

Sedang berusaha dan akan terus mentaati suami walau ada kalanya ada bisikan2 yang perlu ditepis

Anonymous said...

Sukarnya mentaati suami yg jahat ...

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...