Skip to main content

Muslimah: Membangun Kekuatan Diri

Assalammualaikum wrb

Sahabat sahabat pembaca kadang bertanya saya dan meluah, bagaimana harus saya kuat dengan ujian hidup yang selalu menerpa..?

Terutama apabila melibatkan perhubungan sesama manusia, spesifiknya hubungan suami dan isteri. Sewaktu hati ingin menikah, yang diimpi adalah ketenangan dan kebahagiaan..namun Allah benar benar menduga hati pada siri siri konflik rumahtangga yang tidak sudah..monogami dan poligami, sebenarnya memang kita tak dapat lari dari ujian Allah..

Pertama, saya juga seperti kalian yang kadang kadang Allah uji dengan konflik ringan dan berat dengan pasangan dan saya juga berjuang untuk bangunkan kekuatan perasaan..

Seperti mesej saya pada seorang sahabat;

"Ukhti..ana manusia biasa ada rasa sedih dan lemah.. salah satu cara menguatkan diri ialah, ana doa mohon kesabaran dan kekuatan hanya untuk hari ini.. tak usah pandang jauh jauh ke depan atau merenung yang dah lepas.

Fokus lah untuk kuat, sabar, tenang dan baik HANYA untuk hari ini. Kerana semalam telah pergi jauh..esok pula belum pasti akan berlaku.

Ya Allah..ku mohon SATU HARI INI, kuatkan jiwaku, imanku, kesabaranku dan akhlakku..andai aku pergi HARI INI menghadapMu, ENGKAU redha dan sudi menerimaku dengan ampunan dan rahmatMu..😢😢 "

Justeru wahai diri ini dan sahabat yang dikasihi semuanya...

Siapakah teladan kita dalam mengharungi kehidupan penuh kesukaran ini..? Tentunya kita perlu contoh dan rujukan yang benar, yang kehebatannya telah terakam di dalam Al Quran dan hadis.

Maryam,  Asiah, Hajar, Khadijah, Fatimah, Aishah..wanita hebat ini dan wanita wanita mukmin lain terdahulu semuanya harus kita kenali dan pelajari kisah mereka..

Ada ciri sama pada mereka yang membuatkan mereka hebat..iaitu mereka sangat luar biasa dalam mencari syurga dan luar biasa dalam mencintai Allah.

Bagaimana untuk kita pula membangun kekuatan seperti mereka..?

1. Membina hubungan luar biasa dengan Allah, melalui Al Quran dan solat. Kita akan kuat dan tenang kalau kita suka membaca ayat ayat Allah dan berdoa agar Allah hidupkan jiwa kita dengan ayat-ayat Allah. Kita juga berusaha jadikan solat tempat luahan perasaan teratas sebab Allah tak pernah bosan dan suka kita berkomunikasi denganNya. Allah sangat cinta hamba yang bertaubat dan memperbaiki diri..

2. Mengenali rasul saw, Membaca dan memahami hadis hadis yang memotivasi iman, memgingat kematian. Rasulullah saw datang menunjuk matlamat hidup dan cara hidup.Adakah kita nampak dan faham bahawa kita semua akan kembali ke akhirat? Bahawa Allah jadikan kita di dunia sebagai khalifah dan hamba..? Bahawa islam adalah cara hidup sempurna untuk kita ikuti..? Kalau kita jujur dengan jawapan dan amalan kita, kita tahu kenapa dan bagaimana untuk bahagia dan sengsara di dunia sementara ini.

3. Mencari peluang berada di dalam majlis ilmu.. kerana ilmu yang diresapkan ke hati dapat mengubati dan menunjuk jalan ketenangan dan kebahagiaan. Cari kelas agama dan ustaz ustazah yang mengajar ilmu sahih..

4. Berada dalam lingkungan teman teman baik.. sahabat semua, kalian semua sahabt saya. Kalian harus kuat dan baik dan solehah, sebab saya perlu kalian untuk mencermin diri ini.. melihat perilaku dan ucapan baik kalian, moga diri ini akan berusaha memperelok akhlak. Melihat kalian rapat dengan quran, hadis dan ilmu - diri ini juga akan ingin mencontohi.. dan banyak lagi kebaikan kalian untuk saya ikuti.

Jom sahabat  sahabat, kita jangan putus asa..kita cuba kuat HARI INI..dan jadi positif dan tenang HARI INI...? Ingat Allah banyak banyak hari ini..?

Kerana hati yang kuat HARI INI , ialah hati yang paling banyak mengingati Allah.. Allah itu hebat kasih sayang Nya, mohonlah kekuatan dari Allah untuk terus menyayangi dan berbuat baik kepada pasangan kerana Allah..fikir Allah dalam setiap langkah dan perbuatan.

Bukan banyak memikir cinta pasangan yang sama lemahnya dengan kita..pasti kita sedih dan lemah.

Comments

cik ciku said…
Assalamualaikm..sy sllu sisi kehidupan dalam blog akak ni.. Alhamdulilah sangat membantu dalam memberi semangat untuk bermujahadah. Saya juga telah benarkan suami untuk bpoligami namun kadang hati ini bertindak mengikut nafsu dari akal, dtg juga rasa takut dan cemburu jika benar2 berlaku. Namun sy ingatkan diri atas segala hikmahnya dan sy cuba tuliskan keburukan plogami mmg tiada 1 pn yang buruk. Yg ada hanya perasaan dan nafsu kita sendiri yang mempengaruhi, cemburu. Tapi apabila difikirkan ALLAH lebih dari segalanya dan apa salahnya kalau kita kongsi apa yang kita cinta dengan orang lain agar dia juga merasai nikmat seperti kita. Perasaan itu beransur pulih. Mmg benar nikmat ALLAH itu terlalu besar. Moga sy dan kita semua dpt buka hati buka minda untuk jadi hambaNYA yang terbaik. InsyaALLAH.

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Ali ditegah memadukan Fatimah?

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?