Alhamdulillah Abdullah dan Abdurrahman menerima sahabat baru mereka seadanya. Umar dan Jannah lebih kurang sebaya umur mereka.
Dari pagi ke malam asyik main bersama. Makan. Bergaduh. Berbaik. Main semula. Tapi takpe kan..play is a serious learning for kids. Belajar bersosial. Belajar sharing and taking turns.
Setelah saya rehatkan mereka, bangun tidur selepas asar, ke playground berdekatan. Di panggil Peet Park.
Hari pertama kan..teruja dan teruja. Abdurrahman suka nampak banyak anjing. Saya suka nampak kawasan perumahan yang tak padat dan banyak pokok bunga dan pokok menghijau yang tak jumpa di area rumah saya di Meru, Klang.
Petang Khamis itu di padang ramai juga yang beriadah. Main baseball?? Entah..saya tak biasa tengok..
Alhamdulillah untuk hari pertama yang menyenangkan. Menyegarkan.
No comments:
Post a Comment