Semenjak dua menjak ini semakin anak membesar dan bereaksi negatif ( sebab mamanya ini pun selalu negatif )- memang cepat saya nak marah marah dan menjerit.. :(
Kalau Rasulullah saw tengok, malunya saya... baginda saw sangat penyayang dan penyabar tika di samping anak anak...bagi perhatian pada kanak kanak dengan kelembutan dan hikmah.
Saya ingin anak anak lelaki saya membesar sebagai insan yang kaya jiwa dan berpekerti tinggi - maka akhlak diri ini perlu saya perelokkan dengan istiqamah.
Saya mahu mereka membesar menjadi pemuda penuh cinta kasih, bertanggungjawab, belas kasihan, bersabar dan tidak pemarah - sungguh, saya perlu tinggalkan karakter pemarah, serabut dan tak sabar.
Saya perlu bijak menangani pembesaran fizikal dan emosi mereka supaya mereka satu hari nanti tidak menjadi lelaki yang tiada belas kasihan , defensif, kasar kerana ibunya ini kasar dan kurang belas kasihan....
Saya juga ingin mereka merendah hati, bertoleransi dan menghormati serta mesra sesama saudara seagama..maka saya harus menjadi insan yang mesra dan bermanis muka, menghormati, melihat kebaikan insan lain, bersabar dengan kelemahan orang lain dan menjaga lidah agar tidak menyakiti insan lain.
Ya Allah..tunjukkan aku akhlak yang baik...
No comments:
Post a Comment