Sunday, January 18, 2015

Kembara Perth: Bermula Perjalanan

:: Park yang paling kerap kami pergi, di Rivervale, hanya jalan kaki dalam 15 minit dari rumah ::

Alhamdulillah pukul 9 malam 14 January  2015 saya dan anak anak tiba di KLIA2. Flight D7236 untuk perjalanan dari 15 Januari hingga 19 February  2015 ini dijadualkan pukul 12.05 malam. Selama sebulan itu akan menetap di rumah sahabat lama saya, Aina Farhana Leong. (Juga ada Khai suaminya dan anak anak mereka Umar dan Jannah).

Saya dah solat jamak maghrib dan isyak, dan saya memang mahu check in awal awal selepas belajar dari kesilapan masa ke Phnom Penh lepas. Waktu itu, saya tidak bersedia untuk perjalanan jauh ke gate dan bersama dua anak kecil pula yang leka mahu singgah di kedai kedai sepanjang ke pintu gate kami yang belas belas. Nyaris tertinggal :D

MasyaAllah anak saya Abdullah sangat baik dan sangat membantu. Dia membawa dengan menolak cabin bag sepanjang dari kaunter imegresen hingga ke Gate P6. Kami tidak ada checked baggage - hanya carry on luggage hehe dalam percubaan belajar travel light..

Saya percaya, selalu ada bantuan Allah untuk saya yang sendirian travel dengan dua anak. Saya hanya perlu memimpin atau mendukung Abdurrahman bersama backpack  saya. Abdullah dengan terujanya menolak cabin beg kami yang lagi satu.

Sepanjang di airport anak anak lelaki saya yang berumur 4 tahun dan setahun lebih ini tidak meragam. Cuma saya sedikit berdebar macam mana nak angkat dua beg bila Abdurrahman tidur nyenyak beberapa minit sebelum boarding.

Alhamdulillah sekali lagi Allah Yang Maha Baik menghantar bantuan, seorang ukhti yang baik bernama Nazreen yang belajar Phd di Perth menawarkan diri membantu saya mengangkat dan menarik beg. Beliau baru habis bercuti. Saya sangat hargai bantuan beliau.

Walau pun sakit-sakit badan saya ditambah tak tidur lena memangku Abdurrahman selama 5 jam setengah untuk seat economy, saya sangat bersyukur Abdurrahman ditenangkan Allah dengan tidurnya. Tiadalah dia menangis meraung di perjalanan tengah malam itu.. hanya menangis sesekali seketika untuk menyusu dan diapers basah.

Hehe saya dah berangan nak upgrade ke Business Class waktu pulang nanti sebab nak rest sikit dengan seat lebih selesa dan privacy.. tengok bajet ya..

Kami mendarat 5 minit lebih awal berdasarkan pengumuman yang dibuat Capten Ling.

Alhamdulillah   selamat mendarat walau berdrama masa nak turun kapal sebab Abdullah tak cukup tidur- dia merengek tak nak berjalan..sekali lagi, ukhti Nazreen sangat sangat membantu hingga saya berjumpa Aina selepas keluar dari arrival hall. Saya dah asingkan makanan dalam satu beg kecil, jadi mudah masa imegresen  check . Saya hanya bawa rempah dan pasta macaroni dan biskut. Saya memang sedia maklum negara suci ini yang ketat dengan setiap inci barang yang tiba di negaranya.

Mendarat pukul 5.30 tetapi hampir  pukul 7 baru Aina menemui saya yang sedang membeli Vodafone simcard berharga aud 20 untuk kegunaan sebulan termasuk data internet..thanks so much aina..!

Rasa damai sebaik keluar airport menghirup udara Perth pada jam menunjukkan pukul 7 pagi. Pada suhu 19°, matahari terang memancar namun anginnya sejuk lagi menyejukkan.

Alhamdulillah  syukur kepada Allah Yang Maha Memelihara..benar Allah lah sebaik baik teman perjalanan.


:: Playground di Tomato Lake, Kewdale ::

:: Playground di IGA Park, Rivervale ::




No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...