Tuesday, January 6, 2015

Poligami: Mengharap Kesempurnaan Suami...?

::  Sesungguhnya rezeki masa, duit, seks, kasih sayang dan kemesraan seorang suami kepada isteri telah diatur ALLAH dengan cukup dan sempurna - ia bukan bertambah atau berkurang dengan hadirnya madu - hanya saja, bagaimana kita berusaha meraihnya...? Moga ALLAH selalu menunjuki kita semua  ::


"Bukan saya tak bagi suami kahwin lagi, tapi..."

- 'Kewangan tak cukup.. saya yang banyak tolong suami dalam bab duit..'

- 'Hubungan seks hambar atau dah lama dingin..atau saya tak pernah puas dengan suami..kenapa nak kahwin lagi kalau tak mampu cukupkan keperluan  saya?'

- 'Suami tak ada masa banyak untuk isteri dan anak anak.. ada masa pula untuk isteri baru...??+×@#$&^%'

- 'Suami tak selalu tolong pun isteri di rumah, nak kahwin lagi sebab nak tolong ibu tunggal tu...? ?&^#*'

Sesungguhnya kalau kita mencari suami sempurna macam yang kita nak, memang sampai bila pun kita tak jumpa..sebab tak ada manusia sempurna.  

Dan pertanyaan lain untuk saya dan kita bernama isteri, kalau suami sempurna pun - adakah kita akan mudahkan suami berkahwin lagi? 

"..abang, saya cukup semuanya dari abang, cukup duit, cukup perhatian, cukup seks, cukup segalanya..abang baik dan bertanggunngjawab... silalah abang berkahwin lagi.."

...akan begitukah? ...Tak juga.. ..kan? 

Pada pandangan saya, isu kewangan, kualiti masa dalam rumahtangga, isu suami bantu kerja rumah, kemesraan dan hubungan intim dan aspek aspek lain rumahtangga adalah sangat bergantung pada komunikasi berkesan dengan Allah dan komunikasi telus dengan pasangan. 

Dan ia adalah isu yang perlu diuruskan, dibincang, dicari penyelesaian secara berkala, secara bulanan atau mingguan dan dari awal perkahwinan lagi - kerana alam rumahtangga ini bukan statik tak bergerak. Rumahtangga adalah work in progress. Perlu dipantau, dibaja dan disuburkan.

Akan ada masa bahagia dan tenang , ada masa diuji dengan kesulitan, kesakitan, kekurangan dan apa saja yang mengganggu jiwa suami dan isteri..akan terganggu  kelancaran dan keharmonian rumahtangga.

Kalau dari awal kahwin tak pernah berkomunikasi dengan baik isu-isu yang disebut, poligami akan dikambinghitamkan oleh suami dan isteri. 

Suami ada masalah dengan isteri, hanya nampak cari isteri baru dapat selesai masalah, dapat lebih tenang..? Hakikatnya isteri baru itu akan ada pakej masalah dan cabaran dia tersendiri- sama macam isteri pertama yang dilihat banyak kekurangan.

Isteri pula bila suami dah nak kahwin lagi, akan bentangkan semua kelemahan suami ..? Sedangkan sepatutnya  dari awal kahwin sama sama telus memuhasabah kebaikan dan kelemhan, dan memperbaiki kelemahan..

Isteri kedua perlu bersedia, sebaik melangkah masuk perkahwinan akan hadapi cabaran dari pihak suami, dari pihak madu dan cabaran dari diri sendiri juga yang tak ada pengalaman  - nanti kalau serabut dengan rumahtangga jangan terus buat kesimpulan bahawa diri rasa tak bahagia sebab poligami.

Saya dan kita semua perlu jujur mencermin diri sendiri- ambil senarai 20 ciri suami/ isteri yang membahagiakan (boleh tengok buku atau google) - check berapa ciri yang kita ada. Fokus kelemahan diri sendiri, baiki sungguh sungguh. 

Fokus kebaikan pasangan, syukuri dan berusaha membalas kebaikan pasangan kerana Allah.

Suami kita memamg tak sempurna, sama macam diri kita yang banyak cacat cela. 

Tak kiralah di alam poligami atau monogami- sungguh beruntunglah insan yang selalu nampak kelemahan  diri, berusaha perbaiki diri kemudian sama sama menjadi teladan baik pada pasangan dan anak anak untuk menjadi lebih baik sebagai hamba Tuhan.

Kesimpulannya, poin saya untuk perkongsian kali ini ialah, kalau kita nak tunggu suami bagus semua dan sempurna semua aspek, memang poligami takkan terjadi - sebab suami banyak kekurangan. Tetapi Allah benarkan poligami pada lelaki dengan syarat berlaku adil ( disebalik kelemhan-kelemahan yang dimiliki.) Jadi kelemahan suami bukan alasan untuk menghalang suami menikah lagi.

(Dan perkongsian tambahan juga, hikmah kenapa poligami tak perlu izin isteri ialah, sampai ke akhir hayat memang susah isteri nak izin dan restu. Kalau wajib dengan izin isteri, memang poligami takkan terjadi..

Tetapi suami yang baik dan bertanggungjawab akan memberitahu isteri untuk bernikah lagi, dan membantu isteri untuk belajar redha dan menerima.. isteri juga perlu belajar bagaimana untuk bersikap baik atas ujian yang tidak digemari ini kerana adalah pasti ujian dan syariat yang diizin Allah ini satu hati nanti dirasai juga kemanisannya.)





No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...