Friday, January 16, 2015

Kembara Perth 2015: Persediaan

:: City Beach, Perth ::

:: King's Park, Perth City ::


Saya telah ke Perth dari 15 Januari 2015 hingga 19 Februari 2015 untuk berjalan, berkhidmat dan belajar bersama-sama anak saya dua orang:) Untuk perjalanan sejauh dan selama sebulan ini, memang perlu bersedia dan merancang dengan baik.

Antara persediaan saya ialah;

1) Check expiry date passport saya dan anak anak ..alhamdulillah kami boleh keluar negara untuk dua tahun lagi.

2) Beli tiket - saya memerhati harga tiket berbeza pada hari dan waktu yang lain. Betul lah tips yang kata kalau book hujung minggu harganya mahal. Kalau pukul 2 -4 pagi hari selasa hingga khamis waktunya lebih murah sepanjang pemerhatian saya. Walau pemerhatian kalian mungkin lain pula :D Akhirnya saya book tiket untuk pergi hari Khamis selepas membanding harga.

3) Visa - memandangkan masuk ke Australia  perlu visa, saya pun google tentang cara membuat visa. Ada yang buat melalui web Imegresen Australia , ada yang buat melalui travel agent seperti Poto Travel dan yang famous juga di kalangan kaki travel and blogger ialah buat dengan   CIK INTAN AZLYNNA ABD RASHID  - yang paling penting kenapa saya pilih sebab paling murah. Hanya RM 20 seorang untuk visa australia. Saya bersyukur dengan perkhidmatan beliau yang efisyen, terjamin sah dan bayar selepas dapat visa. Terima kasih Cik Intan :)

4) Research  tentang Perth - ini wajib sebab kita mesti tahu serba sedikit atau serba banyak berkenaan tempat yang kita nak pergi . Apatah lagi saya insyaAllah akan berada di Perth sebulan, saya boleh manfaatkan info yang ada untuk manfaatkan keberadaan di Perth nanti.

5) Saya download beberapa video di YouTube  untuk belajar English ngeee... saya fail listening and speaking so kena gilap semula .. :D

6) Memandangkan saya nak kumpul duit belanja, saya kena berjimat dan gunakan sumber yang ada. Misalnya,  saya awalnya mahu beli toys baru dan snek untuk bekal anak anak sepanjang travel tapi saya simpan snek yang dapat masa majlis kenduri atau sesiapa bagi dan saya sorokkan beberapa toys yang anak anak suka supaya mereka excited dengan toys tu masa travel nanti.. ya, ada snek sihat dan kurang sihat tapi alhamdulillah boleh menyelamatkan di 'waktu kecemasan' anak-anak.. snek tak sihat wajib dijauhkan dalam apa situasi pun sebenarnya ngeee

7) Tukar license . Setelah menggoogle, saya tahu warga malaysia di Perth boleh memandu asalkan ada license . Namun saya masih memegang lesen lama yang berbahasa Melayu. Maka saya ke JPJ Shah Alam menukar ke lesen baru dengan harga rm30 kalau tak silap. Lesen dwibahasa. Yang dengannya, mereka kata tak perlu dah bawa translation  lesen. Tapi saya translate  juga rm10.

8) Tukar duit. Banyak-banyak. Serius. Saya habis dalam 3 ribu MYR walaupun saya menginap free dan makan free (terima kasih tuan rumah yag sangat baik hati).  Banyak saya spend pada makanan extra hee dan duit petrol sebab sangat banyak kami jalan-jalan.  Ini yang bab tak seronok sebab matawang kita rendah dari Australia.. apapun alhamdulillah semuanya saya tukar di Setia City Mall (sebab dekat dengan rumah walau rate tak bagus). 

Mula-mula tak banyak saya bawa cash sebab kembara bajet kan. Saya sediakan duit untuk diapers anak anak dan petrol kalau berjalan dengan kereta Aina (tuan rumah) nanti insyaAllah.....shopping ...? Hehe takde duit tak payah shopping okay. Tapi bajet memecut lari jugak :D 

Boleh keluarkan duit di mana-mana ATM sana, saya guna HSBC card tapi sangat tinggi caj nya..!

Turut masuk dalam persediaan ini ialah sangat penting untuk izin restu suami, serta meletakkan niat dan objektif yang jelas agar perjalanan ini dioptimakan hasilnya. Moga Allah bantu saya.

Berdoa ALLAH permudahkan dan pelihara perjalanan <3 font="">

Tapi yang paling penting Aina (tuan rumah ) pesan, persiapkan bekal iman dan taqwa sebelum bermusafir ke Perth

. Ya terima kasih aina..ia adalah sebaik baik persediaan. Sebaik baik teman perjalanan..

Inilah beberapa senarai persediaan saya..moga bermanfaat untuk rujukan sahabat yang nak kembara ke Perth juga. :)

                                               
:: Araluen Botanical Garden ::



No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...