Alhamdulillah hari ini Jumaat, 23 Januari 2015- seminggu telah berlalu sejak menginjak kaki ke Bumi Perth ini.
Syukur kepada Allah Yang Maha Memelihara..dan Maha Luas KurniaNya hingga mampu saya menikmati perjalanan ke Benua Australia ini buat pertama kali dalam hidup .
Sekarang musim panas yang siangnya panjang dari malam, dengan panas terik mentari . Namun kekadang Allah juga bagi angin sejuk dan suasana redup teduh menghibur jiwa di musim panas ini.
Saya sebenarnya memang tak ada bajet melancong tapi saya datang sini atas pelawaan Aina sahabat saya yang sponsor tinggal di rumahnya dan sponsor makan minum- dengan beberapa okjektif. Sahabat yang dikenali lebih sepuluh tahun ini pula amat meraikan kehadiran saya dan anak anak..
Saya tak kisah pun kalau tak dapat berjalan jalan sangat tempat berbayar sebab saya tahu di Perth sangat banyak FREE playground atau park untuk menghibur anak anak. Alhamdulillah anak anak sangat suka dan teruja. Mama pun sama :D
Hari kedua saya sudah berpeluang menaiki bus ke Perth City sendirian dengan anak anak, ke King's Parks .. dan Hari keempat baru berpeluang memandu ke Rolleystone. Di sana letaknya Aralune Botanic Park yang rimbun menghijau , ia ke arah selatan Perth.
Perth selama seminggu ini kelihatannya adalah daerah yang cantik dan tenang pada pemandangan dan sistemnya. Pengangkutan awam yang efisyen. Kawasan perumahan yang tidak padat dan ada taman taman cantik di setiap perumahan..
Ke sana ke mari di negara bukan Muslim ini menjadikan saya insaf dengan nikmat Islam dan Iman.. dari bermilion manusia di Benua Australia ini.., wahai nurul adni, tidakkah ukhti bersyukur dipilih menjadi hambaAllah dan hidup di bawah naungan Islam dan Al Quran..?
Solat subuh pukul 3.45 pagi di sini pun saya masih berjuang untuk solat awal waktu....arrrrgghh sungguh sulit :(
...Apa yang telah dan akan saya lakukan sebagai bukti cinta dan syukur pada agama...? Bagaimana untuk istiqamah hidup dan mati dengan syahadah..
Moga perjalanan ini menambah kematangan dan kebaikan pada sisi perjalanan hidup saya..menjadikan saya meluas wawasan hidup dunia dan akhirat. Doakan saya sahabat.
No comments:
Post a Comment