Petang tadi selepas Zuhur langit begitu gelap di Rivervale ini dan akhirnya hujan turun lebat.. seingat saya ini kali pertama hujan turun lebat di petang hari musim panas sepanjang hampir 3 minggu saya di bumi Perth ini.
Selepas asar, saya bersiap siap untuk membawa anak anak keluar ke park/playground . Saya plan nak bawa mereka park jauh sikit samaada Burswood park yang menghadap Swan River atau Synergy Parkland yang terletak di King's Park.
Dua dua tempat tu saya tak pernah sampai tapi saya beranikan diri drive ke Synergy Parkland setelah saya cuba ingat laluan bas dari Rivervale ke Perth City dan terus ke King's Park. Syukur sangat Abdullah, Abdurrahman, Umar dan Jannah duduk baik baik dalam kereta..
Yeay Alhamdulillah saya sampai destinasi tanpa sesat, walau Umar asyik risau kan Aunty Nurul tak bawa GPS.. Aunty Nurul bilang, jangan risau insyaAllah Allah akan tunjukkan kita jalan yang betul ke park :D
Aunty Nurul bukan 'tawakkal melulu', sebelum keluar rumah aunty Nurul dah check map and kenalpasti route and freeway yang berkaitan..and dah bersedia kalau terrrrr sesat apa tindakannya.. heee
Hanya kami dan dua pengunjung lain saja yang ada di petang isnin ini. Jadi aunty nurul ini pun bebas menjerit di taman hijau luas cantik- memberi arahan dan melarang anak anak dari berlarian sesuka hati takut tercampak mereka nanti ke dalam tasik..
Pukul 6.30 aunty nurul ajak anak anak balik, sebelum tu sempat singgah ke satu lagi playground area di King's Park. Lottery West Family Area namanya kot..
Alhamdulillah target aktiviti outdoor selama dua jam untuk anak anak setiap hari tercapai di bumi Perth ni.. biarlah mereka develop muscle , emotional and social skills..
Dan nampak sangat perbezaan grup A (Abdullah dan Umar ) dan grup B (Abdurrahman dan Jannah).. antara perbezaannya ialah grup A dah pandai teamwork . Mana group B prefer playing alone.
Grup A dah kuat muscle dan mantap gross motor skill, asyik memanjat dan berlari tanpa henti.. Grup B masih terkedek kedek, observant dan sangat happy walau dengan sehelai daun kering atau satu ranting kayu yang ditemui..
Inilah coretan hari ini..dan tika ini, waktu menunjukkan pukul 10.39 malam, hujan sedang mencurah semula..guruh dan petir silih berganti, rasa suasana Malaysia pula.. rindunyaaa...insyaAllah ada dua minggu lagi untuk menjejak kaki ke Malaysia.
Moga Allah panjangkan umur saya dengan amal soleh penuh keberkahan.. :')
Doa mustajab waktu hujan lebat ini.. ayuh saya panjatkan doa doa utama..
Dan jangan lupa doa tika hujan turun;
“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat.”
Itulah yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ucapkan ketika melihat hujan turun. Ini berdasarkan hadits dari Ummul Mukminin, Aisyah radhiyallahu ‘anha tatkala melihat hujan turun, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan ‘Allahumma shoyyiban nafi'a" (sahih)
No comments:
Post a Comment