Thursday, December 13, 2012

Poligami: Waktu sesuai untuk berkahwin lagi...?



Teman temanku yang baik semua...Bila ya agaknya situasi yang sesuai untuk suami berkahwin lagi...? 

Pilihlah jawapan kita sendiri ♥ Kerana orang sekeliling kita akan sentiasa mencari alasan untuk menolak sesuatu yang tidak difahami, menentang sesuatu yang pelik lagi tidak disukai...

_________________________________

Seorang suami ditanya, Keluarga yang ada pun tunggang langgang, ada hati kamu nak kahwin lagi?

Bila keluarga dah bahagia:

- Teman saya(isteri pertama) yang menerima calon isteri kedua, ditentang ibunya, "Kamu dah bahagia kahwin lebih 10 tahun kenapa nak cari penyakit terima madu?"

Bila perkahwinan dah lama tak sesuai terima madu, baru kahwin pun salah..

- Kenapa suami kahwin lagi sedangkan kamu baru kahwin 3 tahun, enjoy lah dulu...anak pun baru umur dua tahun...dah bagi suami kahwin lagi?

Bila madu tak cantik:

- Bukannya cantik sangat pun madu kamu tu, agaknya suami kamu tu diguna-guna lah tu...

Bila madu muda belia:

- Cantik budak tu, muda lagi patutlah suami kamu berkenan nak jadikan isteri kedua..

Bila madu bekerjaya:

- Ohh career woman, banyak duit, memanglah lelaki suka... memang dasar lelaki amik kesempatan, mentanglah isteri pertama dia surirumah je...!

Bila dua-dua isteri bekerja:

- Dua dua isteri kerja, suami memang ambil kesempatan ngikis duit isteri..! Bagi lah chance isteri yang ada rehat goyang kaki...!

Bila madu gaji kecil:

- operator kilang je ke madu kamu tu...Patutlah nak kahwin dengan suami kamu, nak ngikis harta suami kamu ler tu!

Bila madu tak cantik tak bergaya:

- Apa hebatnya perempuan tu dari kamu, budak kampung tak bergaya langsung..macammana lah laki kamu boleh pilih perempuan tu jadi isteri kedua..

Bila madu cantik:

- Harap muka je cantik, tapi perampas suami orang...!

Bila madu lebih berusia:

- Kenapa tua sangat madu kamu tu...kamu kan muda lagi.??? Suami kamu dah digulakan janda tua tu ke...????

Bila kahwin sebab nak anak:

- Takde zuriat, amiklah anak angkat ..tak semestinya kawin lagi...

- Yelah saya pun setuju, dah lah isteri tu down takde anak, nanti bertambah down pula kalau suami kawin lagi..

Bila kahwin waktu dah beranak ramai:

- Apa lagi yang kamu nak carik, isteri baik, cantik, anak pun dah berderet...???

Bila poligami duit tak cukup:

- Nape suami kamu gatal nak kahwin... keluarga yang ada ni pun tak cukup-cukup duit.,..!

Bila poligami time kaya:

- Abang dah banyak duit, sampai hati abang lupakan susah payah kita bersama..abang senang hati nak enjoy dengan isteri baru...!

Bila nak poligami time gila-gila:

-Kamu ni yang wajib pun kamu tak tunaikan..penuhkan solat dulu..

Bila nak kahwin time dah jadi warak berkopiah:

- Haaaaa tulah orang lelaki ni kalau dah belajar agama, tak lain mesti nak nikah lagi :C


_____________________________

Sila sambung sketsa poligami masyarakat Malaysia ini, sebelum ada isteri yang mengeluarkan senarai 'kenapa abang perlu kahwin lagi".









9 comments:

Irfa said...

baca dn senyum ;)

DYatie ABakar said...

Assalammualaikum, saya mengagumi Nurul Adni kerana dapat menerima poligami dengan hati yang terbuka. Dan saya percaya Nurul bahagia bersama keluarga sekarang. :)

liza said...

saya nak tambah....

"mcm mana abg nak kahwin lg....
dah le panas baran.... selalu maki bini.... ada ke madu yg suka laki mcm ni? anak2 nak manja ngan ayah pun takut ini nak kahwin lg... nanti anak dgn madu lg... anak2 skg pun dah pening... entah lah.... sila sambung lg....

Unknown said...

saya nak tambah..

dengan yg ada ni pun tunggang langgang..tkda komukasi berkesan..tak sensitif perasaan isteri..solat tak jaga, tk bimbing keluarga dengan betul..kasar..pergaulan di belakang isteri mcm org belum kahwin; ada hati nak kawin satu lagi? hurmmm..

Anonymous said...

SEBENARNYA TAK DE SEBAB KUKUH KENAPA SUAMI NAK KAHWIN LAGI...

pemerhati said...

Sayyidina Umar radnhu kahwin lagi dgn Atiqah binti Ali karramallahawajhah... betapa jauh beza umur tu...apa alasan Umar radnhu....aku dengar mafhum hadits Nabi saw..."semua jalinan kekeluargaan akan terputus pada hari Kiamat kecuali hubungan keluarga Ahlul Bait"....kahwin semata2 kerana agama dan menjalin silaturrahim....

Anonymous said...

Like..

Anonymous said...

"Bila nak poligami masa tua"
Dikatakan orang tua galak tak sedar diri dah tua,buatlah ibadah kubur sudah hampir!

Anak-anak yang sudah besar turut masuk campur untuk menggagalkan poligami bapanya dengan berbagai idea dan cara.

Anonymous said...

Bila poligami time isteri sakit dan uzur
Isteri kata " Abang tidak hormat orang sakit! Atau kalau masa mati boleh cakap
isteri kata " Abang tidak hormat orang mati!

Alasan begini menyebabkan lelaki memendam perasaan untuk kawin 2 tetapi menunggu isteri mati baru boleh kahwin kali ke 2.

Ini ucapan isteri apabila saya minta berkahwin 2.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...