Skip to main content

Kahwin bukan tujuan sebenar.




Saya berkongsi banyak tentang alam pernikahan dan alam poligami, mudah-mudahan tidak memberi mesej yang salah bahawa apa yang kita perlu cari dalam kehidupan ini adalah sekadar cinta manusia yang bahagia dan rumahtangga yang membahagiakan..tidak..!


Saya sekadar memanfaatkan ruang yang ada menasihati diri saya dan teman pembaca semua agar perkahwinan itu dijadikan 'sesuatu' yang membawa kebaikan dunia akhirat.


Apa yang kita cari..?


Saya ingin diri saya dan kamu semua meraih redha dan cinta Tuhan - gunakanlah rumahtangga, anak, suami/isteri, harta, kepandaian, dan segala-gala pemberian ALLAH untuk bawa kita menuju ALLAH dengan hati yang tenang.


ALLAH, Rasul Dan Islam mengajar kita untuk mendapat kebaikan tak kira apa sekali pun situasi kita. 


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.....; Al Mulk:2


ALLAH nak test kita, jadi: 


Mudah-mudahan kalau kita kaya, kita beriman dan beramal soleh dengan harta.


Mudah-mudahan, kalau kita miskin, kita tetap bersyukur, sabar dan tak putus asa mencari rezeki malah minta sungguh sungguh dengan kemiskinan itu dipercepat masuknya ke syurga.


Kalau kita cantik atau tak cantik, kita tetap bahagia kerana ALLAH melihat hati kita yang bersih dan amal kita yang sahih lagi ikhlas... 


Siapapun kita, gemuk atau kurus, miskin atau kaya, cantik atau kurang hensem, bujang atau duda dan lain-lain nilai diri - kita akan gembira, kaya dan berjaya HANYA dengan nilai iman dan ketaqwaan.


'Kiamat sudah dekat', carilah jalan kembali kepada ALLAH sebelum terlambat bukan macam dalam movie itu yang mencari cinta perempuan untuk mengenali ALLAH. 


This world cannot break you, unless you give it permission. And it cannot own you unless you hand it the keys – unless you give it your heart. And so, if you have handed those keys to dunya for a while, take them back. This isn’t the End. You don’t have to die here. Reclaim your heart and place it with its rightful owner: God.




__________________________






Comments

~CAHAYA~ said…
btol tu, kebanyakan dr kta menganggap bila da besar je wajib n mest kawin, beranak bercucu bercicit...xkira ilmu mengenal Allah tu cukup ke x...akhirny kuarge yg dibina lintang pukang seterusny jd lah negara n dunia yg lintang pukang...
p/s: tolong btolkn kalau sy salah ye...:)
siti eisyah said…
Betul tu. Saya setuju.. Lakukan semuanya kerana Allah. Bukan sebab itu dan ini. Fikirkan Allah, barulah segalanya akan ok dan tenang.. Kehidupan pun terasa ok je walau ada sedikit dugaan mendatang.. :)

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik