Sebelum bercerai kerana tidak menerima suami bernikah lagi, atau kerana cemburu keterlaluan, ayuh kita sama-sama merawat dan menyembuhkan hati... Sesungguhnya sekeping hati kita inilah yang melalui kehidupan merasa suka duka perit derita.
Bukan ALLAH tak tahu betapa hati wanita terguris dengan kesedihan dan emosi negatif lain bila suami bernikah lagi namun ALLAH yang Maha Penyayang mahukan hambaNYA mencintai ALLAH lebih dari segalanya. ALLAH meletakkan aturan poligami kerana ALLAH tahu ia mampu ditanggung perasaan isteri sekalipun berat. Allah mahu kita isteri meletakkan cinta dan hati di tempat teratas lagi teragung hingga tiada siapa yang boleh merenggut kebahagiaan yang dirasai.
Bila hati ini kita letak pada cinta manusia, ia sakit dan berderai bila dikecewakan dan dilukakan. Mencintai suami namun suami memilih untuk mencintai lagi, ia sangat melukakan jika kita tak meletakkan cinta suami di bawah cinta ALLAH.
Bila mencintai ALLAH, hati kita akur bahawa cinta manusia tiada abadi dan tidak istimewa. Yang menjadikan cinta manusia istimewa, bila kita memahami dan menyedari bahawa kita dan suami saling mencintai kerana ALLAH, suami mencintai madu kita kerana ALLAH, kita semua akan saling cinta bila meletakkan ALLAH lebih besar dari cinta kita suami isteri.
Sebelum memilih bercerai, berjuanglah membentuk semula erti cinta hakiki dalam jiwa kita. Jika berterusan mengikut rasa, kita tak bahagia dan kita juga akan membalas untuk melukakan orang lain, suami atau madu.
Malah beberapa kes yang kita dengar, di sana ada isteri-isteri meminta cerai kerana tidak mampu menerima suami menikah lagi, setelah bercerai dia mampu pula untuk bercinta dengan suami orang dan melukakan hati isteri pertama kekasihnya..Ini adalah kisah cinta dan jiwa yang serabut...
Kita bahagia kerana kita memilih dan mencari jalan untuk bahagia, tidak ada kesan langsung suami menikah lagi atau tidak. Kita juga sengsara bukan kerana suami memilih berpoligami namun kerana kita tidak memberi jiwa dan makna yang sebenarnya pada hati..
Atas semua ini, tidaklah poligami saja menjadi jalan mencintai tuhan dengan benar, kerana bentuk ujian lain seperti anak, harta, jawatan juga menjadi ujian keimanan adakah kita benar mencintai ALLAH atau mencintai dunia.
Untuk yang diuji poligami, ayuh kita berjuang agar kita kembali mencintai ALLAH dengan tulus, mengajak dan mendoakan suami serta madu-madu kita mencintai ALLAH dengan setia hingga ke akhirnya....
______________________
7 comments:
Salam,mcm mn nk tahu kite terima segala yg terjadi adalah kerana ALLAH..atau semata2 kerana cintakan suami shj..mohon share pgalaman..
Macam mana dengan cinta seorang suami terhadap isterinya ya? Artikel ini mengetengahkan yg seorang isteri harus meletakkan cinta kepada Allah sebagai yg teratas dlm menangani cemburu apabila suami berkahwin lagi.. Tapi, adakah cinta suami tidak perlu 'diperingatkan' bahawa cinta Allah juga adalah yg paling teratas? Sudah tentu jawapannya ya, tetapi saya masih mencari jawapan bagaimana nak mengingatkan suami, bahawa cinta Allah adalah cinta yg teratas, bukan isteri atau isteri2nya
Wahai isteri yang baik, cara untuk mengingatkan suami bahawa cinta ALLAH adalah yang teratas adalah pertama, dengan kita sendiri sebagai isteri menjadi teladan sebagai seorang hamba ALLAH yang beriman, hingga keimanan kita mampu dirasai dan mempengaruhi suami.
Sebaik-baik harta yang dimiliki suami ialah, seorang isteri yang membantu dalam urusan keimanannya - ini titipan kata Rasulullah saw..
Kita tak mampu ubah suami, namun kita boleh usahakan diri kita menjadi solehah, agar kesolehan kita menjadi asabab untuk suami makin mengenali dan mendekati ALLAH...
kita sama-sama usaha ya...
Kalau macam tu, betul tak kalau saya katakan, cukup jugalah bagi sang suami, utk berusaha menjadi soleh, supaya kesolehannya mampu dirasai dan mempengaruhi isteri, utk menjadikan si isteri meletakkan cinta Allah sebagai yg pertama dan teratas... Tidak perlu utk suami kahwin kali kedua utk mengingatkan isteri bahawa cinta Allah adalah yg teratas.. :)
Monogami atau poligami, sama samalah kita suami isteri jadi soleh solehah ya :)
saya tergolong dengan poligami. setakat ini suami seboleh mungkin menjaga hati saya supaya tidak terasa sedikit pun diabaikan. semoga berterusan begini dengan tenang..
Ini pada faham sy, Allah memberi si suami untuk mencintai 4 wanita dalam satu masa... ini bermakna jika si suami mengamalkan poligami bermaksud masih bercinta dalam kerangka mencintai Allah yg teratas tiada kesalahan bg jika hatinya mahu menikah. Dan menjadi kepincangan bila seorang wanita tidak menerima poligami sedangkan disisi Allah membenarkan. Jadi mana yg lebih utama, mendengar kata isteri yg mghalang atau mendengar kata Allah anjuran berpoligami ktk si suami ingin bernikah lg.. itulah bukti cinta Allah yg teratas ( mrndahulukan wahyu dari segala perasaan) Berbeza halnya dgn seorg wanita kewajibannya hanya jatuh kepada seorang suami. Mudahnya, mencintai kerana Allah bertepatan dgn syariat selagi tiada pengharaman dari Allah. Dalam kes poligami... di dunia ternampak seolah nikmat kpd sang suami.. namun dialah nnt akan dipertanggungjawabkan kelak...
Post a Comment