Ada yang nak kembali kepada Islam sebagai cara hidup, namun merasakan ia satu perkara yang susah. Wahai teman-teman yang baik, ALLAH mahukan kemudahan untuk kita yang bernama manusia, tak ingin mempersulit. teruskan belajar dan mencari ilmu ya, tentang islam as a way of life - insyaALLAH akan ditemukan kemudahan, kemanisan dan nilai hidup yang penuh penghormatan di dalamnya.
Islam bukan agama penghukum namun meraikan kembalinya hamba kepada jalan Tuhan. ALLAH mengampuni dan mensucikan dirimu jika kamu kembali kepada ALLAH.
ALLAH sangat sayang kepada hamba hambaNYA, ingin hambaNYA meraih kebaikan dunia dan akhirat. ALLAH mahu kita semua masuk syurga maka ayuh sambut seruan ALLAH yang Maha Pengasih. (2:221) ALLAH mengajak kita kembali kepadaNYA.
Jangan putus asa dari rahmat Tuhan, ada jalan untuk kembali... Ayuh sama-sama kita bertaubat setiap hari dan memperbaiki diri di mata ALLAH ♥
(Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
2 comments:
Assalamualaikum..
Saya hanya ingin berkongsi sedikit pandangan. Baru-baru ini Cerekerama di tv3, kisah hidup bermadu. Kisah2 spt ini dah banyak ditayangkan di tv. Tetapi sayangnya di setiap mana-mana cerita, tak pernah lagi saya tengok kisah bermadu yang akhirnya pasangan bahagia. masyarakat asik ditunjukkan dengan sama ada suami kelam kabut nk berkejar ke rumah isteri2, bini kedua merajuk and kalau tak pun, bini pertama undur diri dan diceraikan. Agaknya memang itukah apa yang akan berlaku kepada setiap orang2 yang hidup bermadu? mungkin saudari ada pandangan..
Allah tunggu... menunggu kita di pintu taubat. satu prsatu mngharap lngkah demi lngkh dari kita.. sgera merapati diriNya, subhanallah.. Maha Suci Engkau, Ya Allah..
Post a Comment