Minggu lepas dua pasangan muda berkongsi kisah rumahtangga yang di ambang perceraian. Cabaran yang saya kira melanda hampir semua pasangan, iaitu cabaran kewangan, cabaran hubungan intim. Isteri makan hati dengan sikap suami, suami makan hati dengan sikap isteri. Cabaran itu adalah di antara banyaknya cabaran lain yang menuntut komitmen rumahtangga suami isteri.
Pada teman-teman yang berlum bernikah, warning: marriage is very hard.
Nanti dah kahwin, tak pelik jika kalian tertanya: Kenapa kahwin ni tak indah macam yang aku bayangkan...?
Kenapa suami/isteri aku ni jauh dari yang aku harapkan..aku dah berkahwin tersalah orang...?
Kenapa perkahwinan aku hambar dan sakit...?
Saya boleh berkongsi nasihat dan pandangan, dari ilmu dan pengalaman yang sedikit tetapi kalianlah watak utama yang menggerakkan dan menyelamatkan rumahtangga.
Satu berita baik ialah, rumahtangga boleh diselamatkan sekalipun dengan usaha dan kesungguhan satu pihak saja untuk berubah. Isteri atau suami berubah. Kerana untuk rumahtangga runtuh memerlukan kerjasama dua pihak.
Itu yang monogami. Yang poligami pun, minggu ini dua pasangan yang mahu bercerai - mereka tak mampu menanggung ujian rumahtangga. Dan merasakan poligami adalah sebab ribut taufan rumahtangga terlampau berat.
Sedangkan monogami atau poligami, kamu akan 'berlawan pedang' suami isteri kerana kamu datang dari dunia yang berbeza, terlalu banyak perlu diluruskan dan diadaptasi untuk terus berpimpin tangan hingga ke syurga. Perkahwinan akan memberi kamu kotak-kotak masalah untuk diselesaikan suami isteri. Jangan baling kotak itu ke muka masing-masing, belajar bertanggungjawab dan mengubah diri sendiri.
Ujian empat pasangan ini memberi saya dan kita pelajaran bahawa perkahwinan ini sebenarnya sangat sukar, jika impian pernikahan kamu terhenti setakat kemanisan di bilik tidur atau live happily ever after sebab dah berkahwin dengan Mr/Mrs Right - kamu akan masuk ke jurang yang dalam...
Dr Faizatul dalam kursus semalam, di samping berkongsi ilmu berkaitan kanser - turut memberi nasihat rumahtangga bahawa pencegahan 'kanser rumahtangga' itu bermula dengan diri sendiri yang mula berubah...pasangan akan turut berubah akhirnya insyaALLAH. Be proactive.
Saya setuju, kadang ada juga teman -teman maya saya berkongsi masalah rumahtangga - tetapi bila membedahnya, saya melihat 'kanser rumahtangga' - harapan tipis untuk diselamatkan. Kalau boleh pun kanser rumahtangga itu dirawat, langkah-langkah menyakitkan dan payah perlu diambil... Sanggupkah? Saya yang muda mentah sebagai 'doktor rumahtangga', bukan semua saya sanggup bagi nasihat..ada yang saya suruh balik rumah saja dan berdoa :o
Elakkan kanser rumahtangga sebelum kahwin.
Ukhti Noraslina jusin berkongsi tisp penting juga dalam circle MUMS Group semalam. Dua perkara penting untuk merasai kemanisan rumahtangga - sakinah, rahmah , mawaddah, adalah pertama, keterikatan hati yang perlu di bina. Dengan ALLAH, dengan suami/isteri, dengan anak-anak. Fahami peribadi suami/isteri. fahami karakter anak yang berbeza-beza.
Kedua, pattern of communication. Pastikan kita bercakap dengan cara yang benar dengan pasangan dan anak-anak. Kata-kata yang baik dan benar (qaulan sadeeda), tepat pada tahap pemikiran dan sentiasa belajar dari kesilapan berinteraksi.
Semua ini memakan masa untuk dibina. Kebahagiaan tidak terbina hanya satu malam, melainkan terukir di atas jalan-jalan airmata, senyuman, kemanisan, kesakitan, kegagalan dan kejayaan yang semuanya datang silih berganti.
_______________________________
Saya sayang semua :)
Saya sayang semua :)
3 comments:
Kejayaan perkahwinan bergantung ditahap mana kita mentaati perintah Allah seawal perkenalan dgn bakal pasangan kita
agreed. baru temankan kawan baik ke mahkamah permohonan cerai after 7 years marriage. it is hard...but its life
Salam, sy berjuang sendiri mpertahankan rmhtgga demi anak2 sdgkn suami berterusan melukakan dgn berbuat prkara mungkar.. Janji utk berubah hanya tggl janji.. Ada kala sy rasa mahu mngalah.. Hati sedih, sakit bila dr x dhargai & dhormati sbg isteri & ibu pd ank2. Sy masih kuat brdiri krn masih percaya yg Allah sedang mnguji saya.. Dgn kesabarn yg masih bersisa sy cuba mnjadi yg trbaik.. Ttp usaha sy seolah2 x dhargai bila suami sibuk melayan kekasih ht drp sy isteri yg sah.. Sbg mnusia biasa sy seringkali mngs sendiri.. Luka ini x trluah kpd sesiapa krn sy mahu mnjaga aib rumahtgga kami.. Luaran npk sempurna hakikatnya hdp sy penuh duka..
Post a Comment