Wednesday, December 5, 2012

Pernikahan: Bahagia dibangun dengan komunikasi




Wahai para pencari Mr Right and Mrs Right, jodoh yang baik tidak jatuh bedebuk dari langit melainkan terbina atas perjalanan rumahtangga yang sukar dan panjang. Bolehlah jumpa yang the right person namun realiti penyesuaian hidup berumahtangga berliku-liku dengan kesulitan dan kesempitan berhias kegembiraan kemanisan - I agree that marriage is not only about finding the right person, but also abo
ut becoming the right person.

Seorang lelaki atau wanita mungkin baik sebagai individu tunggal, namun bila bernikah, hidup berdua, berkongsi katil dan meja makan menuntut kesabaran dan toleransi yang tinggi.

Proses nak bernikah terasa susah, hidup bujang terasa susah dan tak seronok - kamu fikir kalau kahwin dah tak susah dan seronok saja...? Pemikiran sebeginilah yang membuatkan saya dan kita semua terkejut dan sakit ditimpa harapan-harapan dan sangkaan...

Bila dah berkahwin, tiada pilihan melainkan banyak harapan yang perlu dipadam atau ditukar, banyak 'kerja' rumahtangga perlu dilakukan, banyak perubahan yang sulit dan besar perlu dilaksanakan.


Sebelum ini antara nasihat rumahtangga yang dikongsi antaranya adalah tentang menjaga hubungan hati dan diri dengan ALLAH. Semakin teguh hubungan dengan ALLAH dalam ibadah khusus dan umum, akan teguh juga landasan dan bangunan pernikahan. Inshaa ALLAH.

Dalam masa yang sama, satu perkara yang sangat penting untuk kesinambungan dan keharmonian pernikahan adalah - KOMUNIKASI.

Perkahwinan yang harmoni perlu dijauhkan dari budaya 'faham-faham sendiri' di antara suami dan isteri... suami dan isteri ada 'wiring' yang berbeza dalam saling memahami perasaan dan fikiran. Bercakap perkataan yang sama, maksudnya berbeza ! 

Maha Suci ALLAH lagi Maha Hebat menjadikan keunikan insan, jangan pula kita jadikan ia jalan-jalan pergaduhan yang tak berkesudahan :O

Gaduh-gaduh sikit dan sekali sekali itu perlu, malah menguatkan lagi ikatan cinta suami isteri jika ditangani dengan baik..!

Sampai bila nak berkomunikasi?

Banyak mana nak berkomunikasi?

Sampai ke akhir hayat rumahtangga...

Selagi hidup suami/isteri, perlu terus berkomunikasi dan meluruskan perbezaan mencari kesepakatan.

Semakin terbuka dan efektif komunikasi, semakin bahagia dan efektif perjalanan rumahtangga.

Semakin tinggi rasa selamat dan tenang dalam komunikasi, semakin damailah dalam pernikahan.

Jika suka bercakap main belasah, kita mempersiapkan diri untuk hidup gundah.

JIka tak berusaha memahami hati suami/isteri, tiada siapa pula yang sudi memahami kita.

Bab kewangan perlu dibincang dengan baik, cukup wang hati tenang. Kalau duit tak cukup, komunikasilah yang akan membantu suami isteri terus saling meniupkan kesabaran dan berkasih sayang dalam kekurangan.

Rumahtangga sebelum ada anak rupanya lain. Selepas anak serorang berubah suasana, makin anak bertambah juga jadi lain. Setiap fasa itu perlu komunikasi yang mendalam, mendengar dengan perhatian, fahami kebimbangan dan kehendak pasangan - insyaALLAH mampu terus berpimpin tangan mengukuhkan rumahtangga.

Berkahwin salah satunya kerana dorongan menyalurkan nafsu secara halal... namun good sex begins with good communication. Suami isteri perlu saling belajar, saling terbuka dan saling memahami situasi dan peranan masing -masing agar kurnia ALLAH dalam pernikahan tidak menjadi fitnah.

Masa tak cukup dengan pasangan bukan sekadar isu masa yang tetap 24 jam tetapi isu memahami hak, keperluan dan keinginan pasangan. Perlu faham dan sepakat dengan aktiviti yang utama dalam keluarga.

Perkahwinan adalah proses toleransi yang tinggi, proses membuang selfish, proses menjadi lebih empati bukan ikut rasa hati, proses jadi rajin berfikir rajin berkhidmat - bukan 'aaahhh malas aku nak fikir', proses melihat kebaikan dan positif pada cabaran dan kelemahan pasangan, proses membantu pasangan memanfaatkan diri masing-masing sebagai hamba ALLAH dan khalifah ALLAH..

Kalau sekadar berangan-angan betapa sweetnya 'Aku Terima Nikahnya' mungkin tak lama selepas itu 'Aku ceraikan Dikau' dengan mudahnya... Bukan suami saja ada kuasa menceraikan, isteri zaman moden ini juga sangat berani dan tak kisah 'menceraikan' suami...!

Pada lelaki, bersedialah dengan keistimewaan dan kecacamarbaan melayan wanita bernama isteri yang berkelok-kelok emosinya...! Bersedialah menghargai kebaikan mereka dan bersedialah hadapi kehidupan dengan makhluk yang banyak kasut, handbag dan almari pakaian...! dan sedarlah bahawa kebanyakan kes perceraian hari ini adalah dari usaha dan kemahuan isteri..!

Pada wanita, bersedia menghadapi kehidupan logik seorang lelaki dan menjadi tulang belakangnya dan sayapnya dan segala... Lelaki yang gagah sekalipun akan lemah tanpa kamu sebagai tulang belakang! dan dia akan nak tambah tulang belakang :O 

Lelaki yang bagi banyak kata-kata manis masa zaman couple dan banyak belanja kamu makan dan keluar zaman bercinta sangat tinggi kemungkinan untuk dia minta kamu pula bantu dia makan dan minum dan berjalan bila dah berkahwin...! Bersedialah untuk itu!

Apapun, melalui pernikahan dengan nilai iman dan pedoman tuhan - selalu ada bantuan dan jalan keluar untuk mereka yang menghadapi kesulita rumahtangga. Bernikahlah dan kembalilah kepada ALLAH ♥





3 comments:

Unknown said...

Ya saya setuju. Ramai kalangan perempuan bujang yang tak sabar2 nak berkahwin kerana mereka fikir kahwin itu bahagia selamanya dan seperti penamat cerita. Sedangkan mana ada kehidupan sesempurna macam tu. Saya pun bukanlah bias thadap perkahwinan dan merasa takut thadap perkahwinan. Adalah lebih baik ambil pendekatan bersikap sederhana dan beringat..sebab kalau kita bawa pemikiran mcm tu, kelak ditimpa ujian, mulalah berkeluh kesah. sedangkan mereka ini lupa ke yang perkahwninan itulah yang mereka inginkan, dan bukankah perkahwinan itu yg mereka anggap selamanya bahagia. Sbb tu jgn seronok sgt..

RuMaH TuA said...

Mengutip pengalaman dan pengajaran dari orang yang sudah berumah tangga.

Yang kekal yang sabar dan bijak. Sabar mengharungi bijak mengatasi.

Moga Allah kasih.

Anonymous said...

Kalau ada orang yg nak tambah tulang belakang tu, maknanya nak jadi cacat tu :P tak normal

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...