Wednesday, April 4, 2012

Catatan Hari Pertama - Umrah



2 April 2012. Bermula perjalanan umrah - perjalanan ibadah, perjalanan kesabaran. Penerbangan KL - Jeddah berjalan lancar. Tempat duduk yang selesa dan makanan yang enak. Abdullah dapat bassinet untuk berehat. Abdullah juga dipelihara Allah emosinya sepanjang perjalanan. Alhamdulillah atas penjagaan Allah. Hanya dalam 2 jam terakhir dia mula merengek menangis, kepenatan dan kebosanan mungkin. 

Namun bola kecil dan toys lainnya menjadi peneman Abdullah yang sangat membantu sepanjang 8 jam tempoh penerbangan . Pukul 7.30 malam, kami tiba di KSA Airport, Jeddah. Urusan imigresen selesai sekejap sahaja, tetapi sebahagian penumpang termasuk kami tidak mendapat bagasi, terpaksa menunggu lama dari jemaah yang lain. Katanya, bagasi kami telah tersalah terminal..
.
Pukul 10 malam kami bertolak dari Jeddah ke Madinah. Abdullah tidur sepanjang perjalanan. Selepas 6 jam perjalanan, kami tiba di Hotel Movenpick.

Pagi hari kedua, solat subuh di Masjid Nabawi... Dalam selsema kuat yang menyerang saya, rasa amat bersyukur Allah menyampaikan kami ke sini. Kota Nabi saw.

Kota yang menyambut Mus'ab bin Umair sebagai Duta Islam pertama. Kota yang menyaksikan kekuatan ukhuwwah Muhajirin dan Ansar. Kota yang menjadi medan peneguhan keimanan para pendokong agama Allah...

Masjid Nabi yang dulunya berlantaikan tanah telah bertukar menjadi rumah ibadah yang begitu indah, berteknologi moden dan bercahaya...

Udara luar masjid begitu segar menyapa wajah kami di perkarangan Masjid Nabawi...

Wahai hati, sebegitu segarkah keimananmu kepada Allah dan Rasul saw?












4 comments:

DYatie ABakar said...

sayu hati bila dengar n baca orang cerita pasal ke tanah suci. sedih saya. bila agaknya giliran saya. huhuhu.

Tilot said...

Salam nurul,
selamat menunaikan umrah... insya allah giliran saya tak lama lagi..

Nurul...terima kasih.. awak dah byak buka pandangan mata dan hati saya tentang kehidupan ni..

semoga perjalanan umrah awak diberkati dan diredhai Allah...
Doakan saya jugak k.. ;)

syatila

Anonymous said...

Sangat..sangat syadu dan sayu kat sana...bila balik Malaysia lagi rindu...boleh mimpi berada kat sana realiti kat atas tilam dalam bilik rupanya...Syukur ke hadrat Allah Nurul dan family selamat sampai kat sana....

Suraya & Story said...

Alhamdulilah syukur Nurul & family selamat sampai ke Tanah Suci.

InsyaAllah bulan June ni saya akan berangkat ke sana. Catatan dari Nurul membuatkan saya rasa tidak sabar untuk ke sana :)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...