Tuesday, October 2, 2012

Poligami: Bahagia dengan Doa



Orang lain sebahagiannya sedang bersemangat bercerita tentang belanjawan negara, saya teruskan dengan slot cerekarama poligami saya ya :)
 
“Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )
 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Saya nak berkongsi tentang doa.

Doa adalah komunikasi kita yang mendalam dengan ALLAH, sangat penting sepertimana penting suami dan isteri membangun komunikasi yang baik.

Dalam poligami, saya belajar bahawa doa kepada ALLAH adalah ramuan penting untuk melahirkan kebahagiaan keluarga poligami kita ( malah keluarga monogami juga, bahagia tercipta dengan doa dan ikatan yang teguh dengan ALLAH♥).

Kita seringkali boleh dan mudah saja untuk nampak dan menyebut kekurangan suami atau madu, namun untuk mendoakan kebaikan buat mereka MUNGKIN terasa payah...atau mungkin tak pernah terlintas.. " Buat apa nak doakan orang yang menusuk sembilu ke jiwa raga aku...??!!!"

Sahabatku, damaikan hatimu dengan berdoa. Doakan kebaikan buat suamimu, madumu dan dirimu sendiri. Mohon cahaya petunjuk dari ALLAH agar kita menjadi hamba NYA yang lebih beriman dan bertaqwa, pohonlah akhlak yang baik, memohon yang sama juga untuk suami dan madu... insyaALLAH hidup terasa indah dan terarah dalam mencari redha ALLAH. Mohonlah rahmat dan ampunan dari ALLAH atas kesilapan dan kelalaian kita semua.

Mudah-mudahan dengan doa tulusmu, suamimu menjadi suami yang adil lagi penuh cinta dan tanggungjawab pada seluruh isterinya. Mudah-mudahan dengan doa kudusmu, ALLAH meletakkan rasa cinta, sayang dan toleransi yang tinggi di hati madu kepadamu...
 
Doa yang sangat penting juga adalah memohon perlindungan ALLAH agar keluarga poligami dan monogami kita terpelihara dari godaan jahat syaitan laknatullah. Bina dinding hati yang kuat agar rumahtangga kita tidak menjadi playground untuk syaitan...

Syaitan adalah pasti berusaha mendekati diri kita, suami dan madu untuk mencucuk banyak perkara negatif yang akhirnya menimbulkan buruk sangka dan pergaduhan.

Sama-sama kita mulakan berdoa dan zikir yang diajar rasul SAW dalam menjaga hati dari tipudaya syaitan dan fitnah dunia ...


Ayuh saat ini, kita biasakan hati berdoa, lembutkan hati dengan berdoa. Moga ALLAH perkenankan ...

p/s: Dan doakan ALLAH melapangkan hati saya untuk menjawab emel/mesej sahabat-sahabat semua yang banyak tertangguh :D Juga doakan saya mencintai suami, madu-madu dan kalian semua benar-benar kerana ALLAH ^_^
 
 
 
 
 
 

4 comments:

Anonymous said...

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.. insyaALLAH :)

Anonymous said...

Tahniah diucapkan kpd puan.. saya jg isteri kedua.. 6 thn sudah kami berkahwin..alhamdulillah suami sy sgt bertanggungjawab.. cuma hati seorg wanita ini selalu mendengar asutan syaitan.. dahulu kami selalu bergaduh krn perasaan cemburu yg ada di dlm diri sy.. 3 thn sy merana..kdg2 rasa menysal pun ada..tp suami sy ttp tak ceraikan sy sbb katanya amanah allah yg harus dia perbetulkan..sepanjang tempoh itu jg sy tak dikurniakan ank..iyu lbh membuatkan sy rasa cemburu..sy hilang arah tujuan hdp..tetapi sy tak pernah bercerita kpd sesiapa..keluarga&kwn2 jg tak sy luahkan apa yg terpendam dihati ini.. satu hari sy luahkan isi hati ini kpd suami utk ke mekah menunaikan ibadah umrah..dia tak izinkan krn dia merasakan bahawa di situ bkn jln penyelesaian..di sini pun sy blh menyelesaikan masalah ini..tp sy pujuk jg dia akhirnya dia akur&mengizinkan sy pergi.. sy pergi seotg diri tanpa sesiapa disisi krn sy ingin membawa kelukaan hati ini.. sy ingat lg sewaktu dia menghantar sy di airport.. sy mengatakan pd dia.. sy pergi utk membawa diri sy jauh drpd suami..bkn tiada cinta lg pd dia tp sy perlu merawat hati yg sekian lama terluka ini.. hati yg sekian lama merasa sangsi ke atas kasih syg dia ini.. setiba sy di mekah.. sy terus berdoa kpd allah swt.. yg pertama sekali sy berdoa supaya allah memberi ketenangan jiwa kdp sy..& kemudian doa2 berikutnya termasuk sy meminta zuriat.. sepanjang sy di sana satu panggilan telefon drpd suami pun sy tak berjawab sbb pd sy buat apa jika hati sy masih terluka.. akhirnya alhamdulillah allah swt telah memakbulkan doa sy..ketenangan yg sy cari selama ini telah sy temui.. sy menelefon suami semasa di airport utk pulang..dia bertanya knp tak hubungi dia..sy katakan tak perlula sy sdg mencari kekuatan diri..& dia akan dpt sy baru setelah kembali.. alhamdulillah allah swt mmg adil..dia tak pernah membiarkan umatnya bersendirian.. 3 bln selepas kemnali sy disahkan mengandung..& di situlah bermula episod baru dlm hdp sy..sy rasabdihargai oleh suami.. syukur tuhan krn engkau tidakmpernah melupakan umatmu ini.. alhamdulillah srang sy dikurniakan 2 cahayamata.. & sehingga srang senjata sy dikala berduka atau merasa syaitan ingin dtg mengasut..doa adalah senjata bagi segala2nya..syukur...n

Anonymous said...

sentiasa memupuk dan mendidik diri supaya berada di tempat yang sepatutnya bila hidup berkongsi ini...saling hormat menghormati dengan keluarga isteri pertama, amik hati dan jaga perasaan dia agar tidak terguris rase dengan perbuatan dan sikap puan...InsyaAllah...puan akan merasai kebahagiaan selamanya apabila puan redha akan segala yang Allah telah tentukan utk puan...besar ganjaran buat puan...Subhanallah...

semut merah said...

Doa adalah senjata. Hidup ini ujian. Musuh kita syaitan. Memburukkan mudah tapi yg rugi sendiri sebab tambah dosa, hubungan tidak baik dan kepala bercelaru - Tak manfaat langsung. Ubah lah..senyum, sentiasa berdoa untuk kebaikan. Kalau kita doakan madu kita dapat masuk syurga..malaikat yang mendengar doa kita akan berkata..untuk engkau pun begitu juga...Tak Untung ke? Pikir sendiri lah k...

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...