Kebelakangan ini bila berusaha mencari ilmu rumahtangga dan keibubapaan, terasa berat sekali peranan dan tanggungjawab yang dituntut dari seorang insan.
Hingga saya setuju dengan kesimpulan bahawa seorang isteri yang baik itu dibina sebelum dia dilahirkan ke bumi.
Dan seorang anak yang baik itu dibina 40 tahun sebelum dirinya dilahirkan.
Apa maknanya?
Maknanya, barisan isteri dan anak yang baik itu terbina oleh ibu bapa atau generasi yang jauh sebelumnya- yang berusaha menjadi manusia yang berjaya sebagai hamba Allah dan khalifah Allah.
Akan tetapi, sekalipun ibu bapa kita mungkin telah tidak berapa berjaya dalam rumahtangga mereka, sekalipun kita dan adik beradik telah membesar dalam kurang didikan yang baik, percayalah bahawa semua insan ada peluang untuk memperbaiki diri dan generasinya.
Niatkan untuk kita menjadi agen perubah, KITA. tidak berharap orang lain berubah, atau menunggu suasana berubah.
Mulakan dengan bergantung pada tuhan, melangkah mencari ilmu, muhasabah mengenali dan memperbaiki kesilapan diri serta berusaha menjadi orang yang bermanfaat pada orang lain.
Bersihkan hati kerana di situ sumber kasih sayang dan ketenangan. Perbaiki komunikasi kita dengan manusia, teguhkan interaksi kita dengan Al Quran.
Nasihat untuk diri ini, juga untuk teman muslimah yang lain - hidupkan kasih sayang, kesyukuran dan keimanan bermula dalam diri kita, dan di rumah kita - kita sebenarnya menyumbang kepada kebahagiaan seluruh dunia.
Dengan suami dan anak, atau tanpa suami dan anak, kebahagiaan adalah milik mereka yang jelas tujuan kehidupan dan memilih cara hidup yang diredhai tuhan :)
:)
12 comments:
Salam puan. Saya suka dengan penulisan puan. Mungkin penulisan puan tak sesuai dibaca oleh org yg tinggi dan luas pengetahuan agamanya.. Teruskan ya.
Assalammualaikum dik,
Tidak dinafikan peranan dan tanggungjawab sbg ibubapa terasa berat..ingat dik dlm mbina rumahtangga byk dugaan dan ujian dari Allah..Allah uji kita kerana Allah syg kita..usah fikir jika kita dan pasangan hidup gagal dlm mendidik anak2..mereka akan gagal juga..TIDAK semestinya..semua atas kehendakNYA..
Alhamdulillah dik akak terkesan dgn n3 adik..utk akak agar sentiasa perbaiki diri dan mempertingkatkan amalan agar mcapai apa yg dikatakan bahagia didunia dan bahagia diakhirat..InsyaAllah ^_^
satu lagi penulisan dari org yg amat berlagak....
memuji diri sbg org yg tinggi & luas pengetahuan agamanya????
come on la... nak tau hebat ke tidak,lihatlah & cubalah berdakwah kpd Non-muslim...
Dr Zakir Naik, seorang Dr perubatan, menghafal bkn saja al-quran, hadith, tetapi Bible, kitab Hindu, Sikh dll, mampu berdakwah tanpa teks di hadapan ratusan ribuan manusia & penganut agama lain mengucap serta memeluk islam dihadapan ribuan manusia itu..
selain itu lihatlah cabaran & dugaan hidupnya dlm berdakwah... tapi masih tidak berlagak mcm anda & penggemar anda..
tiada ilmu apa2 setakat menulis di blog ttg poligami yg anda tak merasa susah pun dah perasan diri bagus?????
apa lagi lalai dgn pujian dr wanita2 "yg juga perasan dirinya bagus & berlmu tinggi serta luas....
kesian org melayu yg tak de apa2 tapi perasan lebih....
Astaghfirullah...
Nurul..bersabar ye..saya doakan Nurul diberi kekuatan dari Allah, terus tabah dan kuat..
It's ok dear..teruskan menulis ye..tulisan anda menginspirasikan ramai orang..Semoga Allah hilangkan penyakit dalam hati kita semua...
Kata ustaz saya, tanda orang beriman, dia menerima pujian dan kejian dgn kondisi hati yang sama.. :) susah (bagi saya), tapi mujahadah..insyaAllah, Allah bantu :D
Rasanya penulisan ni neutral sahaja, tak ada ciri-ciri yang menunjukkan penulis cuba menonjol kelebihan atau kekurangan dirinya. Saya nampak penulisan ini lebih kepada peringatan buat semua, samada penulis mahupun pembaca. Salam ukhuwwah.
terima kasih semua yang membaca dan memberi respon :)
tak apa... semuanya dari Allah. Alhamdulillah ala kullihal..
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya sempurnalah amalan yang soleh..
Kita terus saling berpesan dan saling mendoakan ok ! ;)
Sy setuju..penulis berkongsi ilmu hasil pembacaan dan kefahaman beliau. Terpulang pada kita nak jadi 'mata lalat' atau 'mata lebah'..;)
Nak tunggu orang yang sempurna berdakwah..nampaknya xde oranglah yg boleh berdakwah sbb semua manusia xsempurna.. :)
Buat nurul adni, teruskan memberi peringatan mengikut daya upaya dan ruang lingkup kemampuan anda..
Salam betul tu, saya tak nampak apa yg dikatakan segala negatif tu kan. Saya pembaca dari dulu lg. Entah knp bila ada yg mengatakan penulis berlagak dsbnya, sungguh terkejut...subhanallah..sabar ye puan. Teruskan usaha anda..
Anon 721pm.
What is wrong with u? Tak suka tulisan adni then dont bother reading. Org lain dpt byk manfaat dr tulisan dia sbb kami baca dgn fikiran yg terbuka utk menambah ilmu. Tak nmpak oun dia membangga diri.
Salam. Memang kita kena menerima hakikat yang ada insan yang tidak boleh menerima pendapat kita. Mungkin disebabkan dirinya yang tidak bahagia, tidak faham, cemburu dan paling menyedihkan tidak bersyukur. Tidak apa, teruskan menulis adni sebab penulisan adni membantu saya menjadi lebih berilmu dan insyaallah belajar menerima dan redha dengan ketentuan allah.
Assalamualaikum Nurul adni,
Allah Maha Mengatahui..InsyAllah,jadikanlah teguran tu sebagai pengajaran utk diri sendiri n kita semua yg membaca blog awk.Kepada yg xpuas hati,sudah2 la..sesama Islam pun mcm ni..kalau xsuka,jangan baca blog ni..xpayah nak komen2 jatuhkan org lain.itu semua bisikan syaitan nak kasi hati kita busuk sesama Islam.
Sebelum nak komen2 yg xok,istigfarla byk2..
nurul
hehe. kak izzah ni.. saspen seh baca komen baru.. huhu
Post a Comment