Skip to main content

Pernikahan: Meluruskan kewangan



Sambungan isu kewangan dalam rumahtangga :)

Seorang isteri dulunya bekerja, kini menjadi surirumah sepenuh masa. Dulu waktu ada gaji, tak adalah meminta/mengharap duit daripada suami. Lagipun suami memang bayarkan sewa rumah, kereta etc..

Saya tanya, 'Bila ukhti dah tak kerja, macam mana ya suami ukhti bagi duit?'

Jawabnya, dia pun serba salah juga terpaksa berhenti kerja. Sebab tujuan dia bek
erja adalah untuk membantu kewangan suami, suami juga mahukan dia bekerja..

Bila dah berhenti kerja, isteri itu mencari masa yang sesuai - waktu suami tenang dan berehat rehat santai dengan isteri - bertanya dan berbincang dengan suami.. Isteri itu pun faham situasi suami apatah lagi mereka sekeluarga diuji Allah sesuatu yang melibatkan kos duit yang banyak..

"Abang... macam mana ya plan abang untuk beri nafkah kepada sayang..? Takpelah... abang fikirlah dulu... sayang tanya je. Kalau abang ada cadangan, bila bila lapang sikit nanti kita bincang ya.."

Dan Alhamdulillah lepas tu ada kesepakatan dan kesefahaman.

'Bila duit tak cukup dari suami macamana?' Tanya saya..

'Itulah memang kadang suami tak bagi..mungkin terlupa, mungkin tak ada duit Tapi malu nak cakap kat isteri.. waktu waktu macam tu akan guna simpanan sendiri atau anak.. atau jika tak ada duit langsung, kreatiflah masak apa saja barang yang ada di dapur '♥

Tapi katanya, hati rasa lapang saja .. sebab percaya rezeki Allah selalu luas buat hambaNya :)

 Seseparuh isteri mungkin mengharap agar suami faham faham sendirilah untuk bab nafkah isteri dan anak. Suami pula, isteri tak minta duit maknanya banyaklah duit isteri.. suami mestilah terkejut kalau lepas 4 5 tahun isteri kata dia terseksa asyik keluar duit sendiri... sedangkan lelaki dah selesa merasakan isteri banyak membantunya bab ekonomi...

 Ada juga isteri yang suami tak bagi duit Tapi dia kata itu takpe lagi.. lagi menyakitkan bila suami dingin, berbulan tak balik rumah, kalau jumpa pun kasar dan masam...
 

Semua ini berbalik pada komunikasi... suami tak reti nak luahkan apa yang menyebabkan dia menjauh dari isteri, isteri pun tak terluah perkara yang dia tak puas hati... akhirnya dua dua menjarakkan diri, sebab kalau bercakap je bergaduh. Nak duduk sebilik dan serumah terasa panas...


Pada pandangan saya, bab kewangan ini sama juga, kata kuncinya komunikasi. Saling berbincang keperluan suami isteri dan guna duit suami isteri bersama. Sebahagian couple tak boleh melonggokkan duit sekali walau dianjurkan sebegitu oleh perunding kewangan, tak mengapa, maka cadangan lain dari mereka ialah boleh memilih samaada akaun duit KITA bersama, ada akaun duit suami, ada akaun duit isteri - yang penting tercapai SAMARA (sakinah, rahmah, mawaddah)..


 Moga bermanfaat :) 



Comments

Irfa said…
sesetengah lelaki amat sensitif bila bercakap 'isu duit' bagi saya..sesama paham cukupla.saya bekerja,duit saya beli apa yg saya suka.kalau ada ug perlu dikongsi sama2 beli.kalau takde,paham2 jelah ;)
fuad ansari said…
mungkin kita perlu cegah dari awal..
bila isteri bekerja, jangan adakan byk komitmen dengan duit gaji isteri.. bila dah byk komitmen, susah jadinya nak berhenti..

tap, kalau dah byk komitmen dan isteri nak berhenti kerja, mungkin boleh usahakan pendapatan dari rumah.. seperti bisnes online..

namun, paling penting, jaga solat, nykkan solat dhuha, mudah2an beroleh kemurahan rezeki.. (",)
saya setuju dengan pandangan kalian berdua, dan suami isteri itu lebih tahu yang terbaik untuk meluruskan kewangan mereka.

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan