Tuesday, October 23, 2012

Perbaiki Cara Merespon :)



Antara keluhan-keluhan yang diluah sebahagian isteri ialah sikap suami yang asyik nak menang dengan pendapatnya, sikap suami yang tak boleh ditegur, sikap suami yang kasar dalam perbuatan dan kata-kata, sikap suami yang tak suka membantu kerja rumah...

Bagaimana untuk memperbaiki keadaan ini - tanpa membaiki suami - bolehkah kita isteri yang mengambil tanggungjawab 100% mengubah cara kita berkomu
nikasi dan berinteraksi?

Ia sangat tidak membantu kalau kita mengeluh dan merungut bahawa suami asyik nak sakitkan hati kita, suami tak sensitif kita perlu bantuannya, suami ego, suami berat tulang. Sebaliknya yang perlu kita buat ialah, pertama fahami cara suami berfikir dan merasa. Kedua, kenali kesilapan kita dalam bercakap, meluahkan dan mendengar. Ketiga, perlu bercakap, meluahkan, mendengar dan merspon kepada suami dengan perkataan dan cara bercakap yang sampai kepada fikiran dan hati seorang lelaki.

Dan kita pula mungkin mempersoal - suami cakap teruk dengan kita, kenapa kita nak cakap elok-elok? Suami tak faham emosi dan psikologi kita, kenapa kita nak faham dia? Suami tak dengar pandangan kita, kenapa kita nak respect pandangan dia? Ini cara fikir yang salah. Kita buat dan cakap baik kerana kita bertanggungjawab dengan kebahagiaan diri kita. Dan apa yang kita beri pada dunia dan manusia, itulah yang dunia dan manusia beri kepada kita :) jadi apabila kita bagi yang baik dan terbaik pada suami, masyaALLAh suami akan bagi/bersikap pada kita jauh lebih baik dari yang kita sangka insyaALLAH.

Kepada yang baru berkahwin, belajarlah cara bercakap, mendengar, memujuk, memuji, memberi galakan dengan bersungguh - jika tidak anda sedang membawa rumahtangga kepada hasil seperti beberapa isteri lain yang berkongsi dengan saya, selepas dua tiga tahun bahawa suami semakin diam, Suami menjauh, tak lagi bergurau senda, suami makin kasar, rasa jauh dan tiada kemesraan dari suami.

Bab kerja rumah, kalau macam suami saya yang dah hampir dua puluh tahun bernikah, alhamdulillah dia begitu sensitif dengan keperluan isteri dan anak... dia sangat hebat dalam kerja kerja dalam rumah dan luar rumah. itu kerana dah ada pengalaman belasan tahun sebagai suami... (dan dengan rahmat dan kekuatan dari ALLAH ).

Pada yang kahwin sama muda, suami tiada pengalaman apatah lagi kalau dia 'anak mak' yang tak reti membantu kerja rumah, anda sebagai isteri ada peranan besar untuk MEMPENGARUHI dia untuk berubah. bukan MENGUBAH tapi MEMPENGARUHI untuk berubah dengan cara berkomunikasi, meluah, mendengar dan merespon anda.

Suami ini sebenarnya sama sahaja seperti isteri - suami mahukan rumahtangga yang bahagia, suami mahu membahagiakan isteri, suami mahu jadi hero untuk isteri seperti mana isteri suka jadi heroin di mata suami, maka kita bantu suami dengan CARA YANG BETUL. Kalau kita ikut cara yang salah, suami makin menjauh dan hilang perasaan pada kita (begitu juga kalau suami salah dalam mendampingi isteri, isteri akan menjauh dan hilang perasaan.)

CARA macam mana? Saya tak mampu nak cerita detail secara spesifik. Carilah buku komunikasi yang sangat banyak di pasaran dan mujahadahlah (berjuang dan bersungguh) untuk mempraktikkan - insyaALLAH hasilnya pasti ada untuk isteri yang berusaha. Dan ALLAH akan kembalikan/datangkan kepada anda suami yang bertanggungjawab, penuh cinta lagi menghargai isteri ♥

Saya pun tak pandai, saya belajar dari hari pertama bernikah, dari kali pertama berkonflik dan bergaduh, dari turun naik ujian pernikahan. Kita sama-sama belajar ya :)

"Good communication attracts and inspires good communication in return."

Komunikasi yang baik bukan saja mengindahkan hubungan suami isteri tetapi juga hubungan kita dengan ibu bapa dan anak-anak serta teman-teman kita...

Semoga berjaya saya dan kita semua :)
Saya suka komen kak Umm Hajar:

 "When we look at things from the victim point of view, as if we're the victims, we actually choose to be the victims and we will forever be the victims. But when we look at things from the responsible point of view, we will do our best to improve the situation and that's when happiness and contentment will show up"


 http://www.facebook.com/photo.php?fbid=472495549449664&set=a.125195854179637.12901.100000676695667&type=3&theater



1 comment:

nurul said...

kena mintak tolong suami secara lembut. insyaallah dia buat. sbb kalau protes secara senyap suami taktau. dia ingat kita nak buat sendiri dan mampu buat sendiri.

lagi satu mintak tolong satu2. contoh mintak 1. dah siap mintak 2. dah settle mintak 3 pulak. jgn mintak 1 2 3 sekaligus. biasanya suami akan ingat yg no 1 je =P

kadang2 suami tau isteri cerewet. kalau tolong byk komplen byk tak betul banyak tak kena. tu dia malas nak buat tu. contoh isteri sidai baju ikut type baju. seluar, seluar je. baju, baju je. teratur dan kemas kan. tapi majority lelaki asal boleh. sidai tak kibas2 dulu (jadi kedut & habuk banyak). pastu main taram je baju seluar kain semua campur. sakit mata kan tengok. cara baik buat sama2 sampai suami biasa.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...