Sunday, September 2, 2012

Abdullah Oh Abdullah :D


Alhamdulillah bila sehari dua ini memfokus membaca tentang tips menempuh kehidupan dengan anak berusia dua tahun, hati rasa lebih lapang dan kesabaran sedikit meningkat.

Abdullah yang dikurnia Allah pada 16 Ramadhan ini adalah anak yang baik dan aktif, hanya kadangkala menjadi teman gaduh mama juga terutamanya waktu makan dan bathtime...

Mama susah hati dia tak mahu makan. Mama marah bila dia s
elamba baling kereta mainan atau remote TV pada Tok... kadang tak mahu mandi menjerit jerit. Kadang tak mahu keluar pula dari bilik mandi. Lepas tengah malam bila semua orang dah lena, dia kejutkan mama suruh buka laptop sebab nak tengok tren atau kapalterbang kat YouTube... atau pukul satu dua pagi ambil buku faveret dia suruh mama bacakan...

Mereka kata, adalah normal anak seusia itu berubah-ubah perasaan dan tindakan setiap waktu... dramatik sungguh :D dari menangis menjerit tiba tiba senyum manis yang mencairkan hati mama. Dari duduk senyap dalam baby seat, tiba tiba menyanyi ketawa sendiri... Bercakap pula bahasa asing yang mama tak faham, dengan penuh ekspresi muka dan nada, mama terpaksa guna deria keenam untuk memahamimu duhai anak...

Ohh anak... mama Kena kuatkan emosi dan bijak mengurus emosi ♥ supaya mama dapat membantu mengurus emosi kamu...dan mama juga perlu improve kreativiti dalam hal hal kecil tapi penting seperti makan, main, mandi....dan segalanya dengan ilmu.

Mama memohon rahmat dan pertongan Allah membantu mendidik dan mengasuh Abdullah. Moga Allah mengeratkan relationship kita dan membantu kita menjadi hamba yang soleh...

Benarlah - apapun relationship, perlu ilmu untuk memahami pemikiran dan perasaan, perlu usaha yang besar dan kecil tak mengenal jemu dalam menyuburkannya...♥

Menjadi mama, Alhamdulillah, default program keibuan dan sifat pendidik itu telah Allah pasang siap pada diri seorang ibu - gerakkanlah ia dengan ilmu, bukan perasaan...

Dengan papa, Abdullah lagi dramatik.. :D

"While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about"


1 comment:

Anonymous said...

untungnya hang... wpun bini no2 hnag tak perlu keja, jaga anak sorang je.. semua ditanggung, boleh banyak masa menulis di blog2 ayat baik2 elok2 mcm diri dah cukup bagus...

pada hal sebenar hang tak de apa2 pun, hanya berkongsi suami kaya... tak perlu bersusah payah utk hidup....

ujian utk hang hanya "jaga hati & perasaan sendiri" dgn sifat2 mahmudah....

terlalu mudah....

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...