Monday, September 10, 2012

Wanita, Cinta dan Tuhan








Setiap gadis tercari-cari dan menunggu-nunggu kehadiran lelaki yang baik untuk menjadi pendamping hidup dan membahagiakan mereka. Lelaki yang matang dan bertanggungjawab. Lelaki yang boleh menjaga dan melindungi.

Ya memang ada lelaki seperti itu di luar sana. Namun ketahuilah sesungguhnya kita yang bernama wanita tidak akan pernah bahagia jika kita tidak meletakkan cinta ALLAH teratas dari cinta
lelaki. Tak akan pernah bahagia jika cinta lelaki menjadi tujuan dan harapan, kerana tujuan dan harapan sebenar itu hanyalah kepada ALLAH.

Malah wanita yang melebihkan dan mengagungkan cinta lelaki dari mengenali ALLAH akan menjadi beban dan fitnah yang besar kepada kehidupan lelaki, wanita itu sendiri dan seluruhnya.

Inginkan kisah cinta yang manis dan membahagiakan?

Bawa dirimu mengenal ALLAH.

ALLAH sahaja yang dapat melindungi dan menyayangi kamu dengan sempurna. ALLLAH yang memberi rezeki, dan ALLAH yang memberi kamu cinta dan kasih sayang dari hati lelaki.

Bila wanita berusaha mencintai ALLAH, ia mampu menjadi teman cinta yang terbaik kepada seorang lelaki. Tahu memainkan peranannya untuk di samping lelaki pada waktu dan situasi yang perlu.

Akhlaknya mencairkan hati lelaki bukan dibuat-buat untuk menawan cinta seorang lelaki manusia lemah, tetapi akhlak wanita itu motivasinya ALLAH dan Rasul SAW. Bukan pula ia menggunakan kecantikan fizikal dan peribadinya untuk semua lelaki yang datang dalam perjalanan hidupnya, tetapi dikhususkan untuk suami yang dianugerahkan ALLAH.

Wanita yang bahagia adalah yang mencintai kerana ALLAH, memberi kerana ALLAH, memaafkan kerana ALLAH, menasihati, berbuat baik, melindungi keaiban lelaki kerana ALLAH. Hinggakan perkara terbaik yang boleh dimiliki oleh seorang lelaki di atas muka bumi ini ialah wanita yang hidupnya bertuhankan ALLAH, yang gigih mencari ilmu membina iman.

Wanita yang berpotensi untuk merasa sengsara dan derita ialah wanita yang hanya tahu dan nampak seorang lelaki adalah sumber kebahagiaan jiwanya, yang akan merasa hati dipatah-patah dan dipijak-pijak bila lelaki itu meninggalkannya.

Kemudian setelah kecewa dengan seorang lelaki, mencari pula lelaki lain, mengharapkan juga cahaya kebahagiaan dari lelaki juga tanpa sedar ALLAH adalah jalan menuju bahagia - kemudian bertanya 'kenapa aku tidak pernah bahagia?' sedangkan bertanyalah pada diri kita, 'Kenapa kita tak mencari dan mencari jalan menuju ALLAH yang memberi bahagia sebenar-benar bahagia...?'

Wanita yang hatinya tak kenal ALLAH, terus dalam mengingkari ALLAH dan tak kisah menjauh dari ALLAH, bukan saja dirinya tak bahagia - malah dia boleh mengundang duka dan kecewa yang besar pada lelaki yang juga pernah berusaha mencintainya. Lelaki kecewa dengan perkataannya, perbuatannya dan lelaki merasa tiada penghargaan dan penghormatan darinya.

Ayuh wanita, kita ALLAH muliakan dengan agama. Jika kamu gadis yang cantik fizikal dan rupa paras, kamu bertambah jelita dengan mengenal ALLAH. Jika kamu tak cantik atau rupa biasa-biasa, hubunganmu dengan agama ALLAH menjadikan kamu wanita yang cantik di jiwa lelaki.

Jika bertemu lelaki yang baik, wanita yang beragama akan mensyukuri dengan berbuat baik sebagai isteri. Jika ALLAH mengujinya dengan lelaki yang menganiaaya, dia tak putus asa berusaha yang sewajarnya dan tak putus asa dengan rahmat tuhannya.

ALLAH Maha Adil, ALLAH memberi peluang mendapat bahagia pada semua yang mencari jalan kepada redha ALLAH ♥
 
 
 
 

7 comments:

Jasmin said...

rasa terpujuk bila baca artikel ni pada malam hujannya renyai-renyai...

pengisian dan perkongsian yg sangat menarik...

raihana said...

...like!

mawar merah said...

Tq sooo much u artikel yg brmanfaat..
Terkesan di hati ini..
Alhamdulillah..
Teruskn mata penamu mencoret coretan yg penuh pengisian..

Husairi Hanafi said...

saya berkongsi ini http://bingkaibiru.blogspot.com/2012/09/dia-ujian-buat-diriku.html

dan ini http://bingkaibiru.blogspot.com/2012/09/membawa-dia-sampai-ke-syurga.html

moga sama-sama dpt kita berkongsi ilmu..=)

Unknown said...

Salam.sy tertarik akn artikel di iluvislam:perjalanan menuju perkahwinan.bila penulis mengatakn pernah melamar lelaki.bagaimana ya adab2 nya jika boleh dikongsikan.syukran:)

Unknown said...

Salam.sy tertarik akn artikel saudari @iluvislam:jln menuju perkahwinan.jika boleh dikongsikn bagaimana ya adab/melamar lelaki.syukran

Aida Nurani said...

Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih puan.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...