Wednesday, September 19, 2012

Pernikahan: Duit oh Duit...!



Topik pernikahan kembali lagi :)

Antara isu dan cabaran yang teman fb mohon pandangan ialah tentang kewangan, yang mana saya kurang pengalaman dan pasti sangat minima ilmu kewangan rumahtangga... Akan tetapi tak dinafikan isu kewangan juga pernah menjadi ujian terawal saya dalam kehidupan rumahtangga :D

Yelah kan sebab sebelum ni duit kita adalah duit kita, kita tak consult sesiapa nak beli apa, nak berbelanja macamana... ngee bila dah ada suami dan isteri, adalah lah orang memerhati dan kemudian mempertikai dan kemudian tak puas hati cara kita berbelanja... jadi pertama, fahamilah bahawa kaunselor pun ada isu kewangan dengan pasangan - yang penting bagaimana kita bersama suami/isteri berbincang mencari kesepakatan (ni bukan saya yang cakap, kaunselor yang cakap )

Sebab nak share dengan sahabat semua, maka saya pun interview lah beberapa pasangan. Perkongsian ini untuk isteri, namun pada suami, berusahalah memahami isteri dalam bab kewangan ya..

Seorang isteri berkongsi memang cabaran kewangan sangat menduga rumahtangga apatahlagi ketika itu keluarga orang tua campurtangan tak puas hati, kerana isteri bekerja, suami masih belajar. Tetapi isteri ini pada saya sangat bagus bersedia melalui kehidupan yang sangat minima dengan suami, dan isterilah yang menanggung banyak keperluan rumahtangga. 
Dan selepas suaminya bekerja, punya pendapatan, saya bertanya kepada isteri, "Bagaimana ukhti meminta suami pula membayar dan mengeluarkan duit..tidakkah wang isu sensitif..?" Katanya, isteri asertif saja dengan suami meminta suami membayar bil, sewa dan apa-apa keperluan yang sebelum ini isteri menampunya. Dengan nota, isteri ini bukanlah isteri yang 'nak hidup macam orang lain'. Dia sangat bersyukur dan qanaah, tidak kisah dengan menggunakan pemberian orang atau barang second hand.

Dalam kes itu boleh nampak juga bahawa ada ibu bapa yang membantu anak-anak membina rumahtangga, dan ada ibu bapa yang anak susah memulakan kehidupan rumahtangga namun meminta anak pula menyenangkan kehidupan mereka. Isu ini panjang kupasannya, namun moga kita sebagai anak dan ibu bapa berusaha memberi dan menjadi yang terbaik melalui hubungan baik dengan ibu ayah dan membina hubungan yang utuh dengan ALLAH.

Seorang isteri lain pula berkongsi, bahawa dia tak puas hati kerana mereka suami isteri bergaji tinggi, namun isteri merasakan lebih banyak mengeluarkan duit untuk keperluan rumahtangga dan anak-anak. Suaminya pula merasakan, suami juga mengeluarkan duit untuk isteri walau kadang suami rasa tak perlu pun nak beli sesuatu tu tetapi suami buat juga untuk menghiburkan isteri. Maka si isteri mengambil jalan untuk mereka suami isteri duduk berbincang dan berkongsi agar tahu kemana aliran gaji dan wang tunai masing-masing - untuk leraikan rasa tak puas hati. Yelah kan kalau tak puas hati, macam mana nak happy hari-hari berjumpa suami dan isteri ♥

Saya setuju dengan ini kerana isteri pun berhak tahu cara suami membelanjakan duit... tetapi dalam pendekatan yang baik dan berhikmah pastinya. Bukan marah-marah, "Abang asyik tak cukup duit!!! Duit abang buat apa!!!??"

Saya juga adalah waktu-waktu yang suami akan menceritakan tentang kewangannya, aliran keluar dan masuk, saya sangat hargai.. di masa kewangan kelihatan mencabar, saya cuba memahami, tidak meminta dan memotivasikannya agar tidak rasa berat dengan angka yang banyak perlu dikeluarkan. Di waktu suami ok dengan kewangan, bolehlah kita nak minta suami belanja apa-apa :P

Pada saya tak perlu cerita detail bab kewangan. Secara kasar. Macam saya, dari perkongsian suami - saya nampak dan fahamlah bagaimana suami memperuntuk kan wang untuk tiga famili, rumah, kereta, belanja dapur, keperluan anak-anak, pemberian pada parents, infaq, etc...

Suami hargai isteri berkongsi tentang perbelanjaannya. Begitu juga isteri. Semakin banyak berkongsi dan mendedahkan diri pada pasangan dalam banyak aspek, akan semakin rapat dan mesra insyaALLAH.

Yang paling penting ialah, suami isteri jangan lupa meminta dan berdoa kepada ALLAH yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki... Pada orang perempuan yang suka shopping, jangan lupa minta dengan ALLAH dulu sebelum minta dengan suami :D supaya kalau suami tolak keinginan kita untuk beli apa, kita tetap happy kerana ALLAH maha memberi, dan ALLAH memberi yang terbaik.
Tambahan dari teman fb, Ukhti Haslina Halid: 

3 comments:

Anie said...

Assalam

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran buat Nurul..

Didoakan semoga hidup akan sentiasa dirahmati oleh Allah swt.

Semoga akan terus bermotivasi untuk menulis.

Wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum..
alhamdulillah, terima kasih dik Nurul..suka entrie ni.. :)

akak ada emel sesuatu pada dik Nurul di alamat emel nuruladniadnan@yahoo.com dan akak masih menunggu reply dari dik nurul.. itu pun kalau tidak menyusahkan..

terima kasih.. :)


.

Anonymous said...

Assalamualaikum

kos bersalin tanggungan siapa sepatutnya, suami atau isteri menurut pandangan saudari? adakah berkat ke hospital kerajaan dan mendedahkan diri kepada dktr lelaki walaupun bercduit

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...