Seorang wanita muslim sesungguhnya sangat berharga dan indah untuk keluarga dan agama.
Namun di mana silapnya, wanita muslim kini tidak sedikit yang dirundung duka, lemah, merasa kecewa, dipermain, dianiaya, menjadi boneka dan terhina -0leh lelaki di luar dan di dalam pernikahan....
Islam datang memuliakan wanita... dan menjadikan perempuan itu istimewa sebagai isteri dan ibu di sisi lelaki. Pada yang single pula, dia mulia dalam segala aktivitinya yang berorientasikan tuhan.
Malangnya, wanita muslim kini diserang fikiran dan perasaanya dari segala penjuru dengan iklan/advertisement, drama dan movie cinta yang mengkhayalkan, novel cinta murahan, billboard, majalah-majalah beroorientasikan kecantikan dan laman-laman maya yang menjemput dan mendidik wanita untuk melebihkan hiasan, membuka kehormatan diri yang islam menutup rapi, menelanjangkan diri kepada lelaki jalanan, make up tebal , 'busana muslim' tetapi ketat mendedah aurat yang menghina diri dan agama, panggilan zina bentuk moden dengan perfume yang berbau seribu meter...
Sesungguhnya kita tidak suka menyebutkan semua itu, namun jadikanlah ia muhasabah untuk menyelamatkan dan memperbaiki diri kita yang bernama wanita...
Wanita yang solehah adalah wanita yang cantik dengan ilmu dan iman. Yang cerdas dan cergas...dan pastinya ia tidak mudah.
Sejauhmana seorang lelaki mengembara, dia sangat rindu kembali ke pangkuan isteri yang menenangkan. Sesibuk mana dia bekerja dan mengurus kerjaya, dia ingin berkongsi kesusahan dan kesenangan dengan wanita pilihan yang dianugerah Allah. Secantik mana Ferrari yang dimiliki, hatinya bahagia bukan pada Ferrari tetapi pada wanita mulia bernama isteri yang duduk bersebelahan menemani..
Jauh di sudut hati lelaki yang waras dan normal, ingin menjadi yang terbaik kepada wanita. Maka wanita, jadilah pendamping yang pandai memberi dan pandai menerima. Yang pandai bersyukur dan pandai bersabar. Yang positif dan tenang dalam banyak keaadaan. Yang tahu bila untuk matang, bila untuk manja dan menggedik. Yang tahu limitation lelaki, yang mengerti keagungan tuhan yang tiada taranya. Yang bersih akidah, bersih akhlak dan penampilan luaran dan dalaman.
Menjadi ibu, perlu berusaha mengasuh dan mendidik anak lelaki menjadi insan yang mulia dan berjasa pada agama. Kerana anak itu satu hari nanti akan menjadi suami dan pemimpin keluarga. Bermula dengan memurnikan hubungan kita dengan ALLAH. Dan mencari ilmu yang penting untuk membangun diri dan genarasi.
Jika wanita singkat fikiran, cetek ilmu, rendah cinta dan cita-cita , ingin sebatas mencintai lelaki dan ingin alam cinta fantasi, kita sedang merosak dan meruntuh generasi....
Untuk saya, untuk kita yang bernama wanita, perjalanan semakin sukar dan melelahkan. Hujungnya akan bertemu tuhan... ayuh berpimpin tangan ♥
** Buku yang saya cadangkan untuk ditelaah wanita bertajuk The Ideal Muslimah karya Muhammad Ali Hashimi. Ada juga terjemahan bahasa Melayu bertajuk Keperibadian Muslimah. Atau pdf online. Buku ini membincangkan secara menyeluruh tentang seorang muslimah dan cara hidupnya.

No comments:
Post a Comment