Saya kadang termenung sedih membaca dan mendengar isu rumahtangga yang melanda samaada teman-teman sendiri hingga teman selebriti kita... Moga ALLAH merahmati dan memelihara keluarga mereka dari keburukan. (malah keluarga kami yang punya isu tersendiri juga mohon didoakan)
Perkahwinan
sesungguhnya sangat mencabar untuk dilalui dan sukar untuk dipertahan.
Ia adalah amanah yang sangat berat dari ALLAH. Ia tak mungkin bertahan
dengan hanya keinginan bernikah untuk kamu halal 'berabang-sayang' atau
untuk kamu memenuhi impian 'sayang menyayang' .
Kita perlu kuat, pasangan kita pun perlu kuat. Kita saling kuat kerana kita saling support. Sampaikan dengan jelas support macam mana yang kita perlu dari pasangan. Dengar dengan jelas apa yang disampaikan, cuba fahami sekalipun kita mungkin tidak bersetuju.
Jangan senyap, berharap pasangan 'faham-faham sendiri' - kerana ia menjadi kudis dan barah dalam diam. Jangan menafikan luahan pasangan, ia melukakan dan menjauhkan.
Pasangan menyebut masalah kewangan. Masalah mertua ipar duai. Masalah hubungan seksual. Masalah komunikasi.
Masalah yang sebenar ialah masalah hati tidak bersatu. Hati tidak sayang. Kalau cinta dan sayang, tak cukup duit ke, tak cukup seks ke, mertua ipar duai mengganggu ke, semuanya kita mampu tempuh kerana kita cinta.
Masalah dalam komunikasi adalah kerana sudah tak cinta.
Dulu waktu masih cinta, 'Ok abang, sayang janji akan setia dalam susah senang dengan abang.'
Bila tiada cinta, 'Abang yang carik masalah, pandai-pandailah abang selesai sendiri ..huh!'
Ketika lelaki mencintai,' Awak dah sihat? Awak jaga diri baik-baik..Jangan lupa makan ubat ya..' Sambil merasa suhu di dahi wanita ..
Ketika cinta tiada, wanita tidak lagi disapa, menitis air mata wanita ke pagi tidak dipeduli... sedangkan dulu ketika cinta, sanggup pukul 2 pagi beli makanan fevret si wanita kerana hati penuh cinta...
Bagaimana untuk terus cinta? Pertama, sambungkan hati dengan perkara-perkara kecil seperti bertanya khabar, senyuman, mesej-mesej motivasi, cinta dan ingatan, pelukan, minta maaf, beri maaf, hadiah,... juga satukan hati dengan komunikasi yang terbuka.
Kedua, cinta itu ALLAH yang bagi. Maka minta dan berusaha kepada ALLAH. Taati ALLAH, tak ada tukaran lain. Dekatkan diri dengan ALLAH, ALLAH boleh bagi kasih sayang yang hebat di hati suami dan isteri, lebih hebat dari yang kita angankan.
Jika derhaka, jika selesa dalam dosa, jika tak rasa ALLAH berkuasa dalam cinta dan rumahtangga - maka peluang terbuka untuk syaitan merosak dan mengkucar kacirkan hati kita, pasangan kita dan rumahtangga kita....
Jika merasa telah baik dengan ALLAH, ALLAH masih menguji jua kerana ALLAH ingin kita mendalami erti CINta Sempurna, penjagaan dan kasih sayang sempurna hanya milikNYA.

___________
No comments:
Post a Comment