Thursday, March 8, 2012

Poligami: Suami membantu perasaan isteri





Salah satu emel yang diterima saya berkaitan poligami ialah, seorang isteri mengadu bahawa suaminya tidak menjaga hatinya sebagai isteri pertama. Suaminya sering pulang ke rumah lewat kerana keluar bersama bakal isteri kedua selepas waktu pejabat. Malah yang lebih menyedihkan, sewaktu masa peribadi di atas katil di dalam bilik, suami meminta isteri mengurut-ngurut badan namun suami sibuk menatap skrin handphone chatting dengan calon isteri kedua itu.
Hati isteri itu terluka. Ya, hati mana-mana isteri pun terluka dengan tindakan sebegitu. Katanya, walaupun dirinya berusaha menerima hasrat suami berpoligami dengan baik, namun tingkah suami benar-benar meruntuhkan keikhlasan dan keredhaan. Pada pandangan saya, isteri perlu mengambil langkah menegur dan menyuarakan rasa tidak senang hati dengan situasi sebegitu, mudah-mudahan suami akan lebih sensitif di waktu lain.
Para suami yang dirahmati ALLAH, moga kita lebih sensitif menjaga dan membantu perasaan isteri dalam kita merancang untuk bernikah lagi. Suami membantu meringankan ujian perasaan isteri, isteri juga membantu suami memikul cabaran bernikah lagi.

Saya telah mencoretkan serba sedikit bagaimana isteri boleh membantu suami dalam proses poligami. Sila baca di sini.

Di kesempatan ini, ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan khas untuk para suami - dari pengalaman saya apabila suami bernikah lagi – berkaitan bantuan suami dalam membantu perasaan isteri menghadapi poligami. Terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta kami yang berusaha membantu perasaan isteri. Moga ALLAH merahmatimu.

1.     Banyakkan berkomunikasi dan jadilah pendengar yang baik - Secara umumnya wanita mendapat kepuasan dalam perhubungan dengan cara bercakap-cakap. Apatah lagi untuk isu sesensitif poligami, isteri sangat berharap suami memahami perasaannya yang amat berliku, berat dan susah diterjemahkan. Bila isteri dapat meluahkan, ia sangat meringankan perasaan yang bercampur baur - apatah lagi apabila isteri merasakan suami mendengar penuh cinta dan perhatian.

2.   Melibatkan isteri seadanya dalam perancangan dan persediaan - Suami tidak digalakkan merahsiakan melainkan jika ia benar memudaratkan isteri dan rumahtangga. Sekalipun berat untuk mendengar, isteri tidak boleh diketepikan. Namun dalam berkongsi perancangan bernikah lagi, berhati-hatilah wahai suami. Jika terlebih bercerita, isteri akan meluap-luap rasa cemburu. Jika kurang bercerita, prasangka akan bermaharajalela di fikiran isteri. Berkongsilah secara sederhana - semua ini pastinya dipelajari dari pengalaman.

3.      Menunjukkan cinta dan sayang dengan kata-kata dan perbuatan - Wahai suami, teruskan kebaikan pada isteri sekalipun isteri mula mendingin dengan perancangan poligami. Tambahkan usaha untuk menunjukkan isteri sedia ada bahawa dirinya tetap istimewa dan berharga. Kata-kata cinta bukan untuk si dia yang belum menjadi isteri, tetapi untuk isteri yang setia di sisi. Tunaikan segala tanggungjawab yang lain, mudah-mudahan hati isteri rasa terpujuk dengan kebaikan suami.

4.      Mengekalkan perkara-perkara kecil yang menyuburkan cinta - Keluar bersama, makan berdua atau dengan famili, bersembang mesra secara berhadapan atau atas talian (online), pelukan, ciuman, gurau senda, membantu kerja-kerja rumah seadanya etc- isteri akan merasa tenang dan bersemangat dengan   suami yang tetap membina kedekatan dengan dirinya. 

5.     Berterima kasih dan menghargai pengorbanan dan bantuan isteri - Ini adalah antara tindakan suami yang sangat besar di hati saya. Bila bersembang dengan isteri-isteri lain di luar sana, mereka juga berkata, terima kasih dan penghargaan yang diucapkan suami menghilangkan banyak kepenatan isteri menjaga anak, menguruskan rumahtangga, apatah lagi apabila membantu suami bernikah lagi. Ia perkerjaan hati yang melelahkan. Bila suami berterima kasih, isteri pun rasa bersemangat untuk terus memudahkan suami. InsyaALLAH.

6.      Mendoakan keimanan dan kesabaran buat isteri - Mungkin inilah yang paling penting buat suami. Mendekatkan diri kepada ALLAH dan benar-benar memohon kekuasaan ALLAH untuk melancarkan proses berpoligami, untuk menjaga isteri-isteri sedia ada, untuk menguatkan isteri dengan kebaikan, mendoakan isteri dari keburukan nafsu perasasan dan kejahatan bisikan syaitan. Moga ALLAH yang Maha Membolak balikkan Hati melimpahkan rahmat dan inayahNYA buat suami dan isteri-isteri di ambang poligami.

7.      Jangan bicara topik poligami pada waktu sedang berkonflik, ia sangat melukakan dan memberi mesej yang salah kepada isteri. Tidak ada yang lebih meremukkan hati isteri melainkan suami mengungkap untuk berkahwin lagi ketika suami dan isteri sedang bergaduh/berkonflik. Ia seolah suami membuang isteri sedia ada untuk keluar dari masalah dan meninggalkan isteri terkapai-kapai tanpa kekuatan. Namun, dalam situasi tertentu, mungkin bernikah lagi amat perlu untuk suami yang berada dalam konflik rumahtangga yang tak berkesudahan. Ada kupasan yang lain. Wallahu'alam.

Demikianlah sebahagian tips yang inshaALLAH relevan, atas nota bahawa semua ini hanya akan sangat membantu apabila saya dan para isteri lain memiliki kefahaman dan kesedaran yang jelas akan manfaat poligami secara individu dan kolektif.
Dan secara teorinya, jika suami melakukan segala tips di atas sekalipun, hanya 10% sahaja suami boleh menyumbang kepada ketenangan dan kelapangan hati isteri dalam menuju poligami. 
Lagi 80% kekuatan hati adalah dari hubungan isteri dengan ALLAH (bagaimana interaksi isteri dengan Al Quran Dan As Sunnah).
Manakala lagi 10% adalah persekitaran dan kehadiran support group, samaada dari kalangan teman-teman dan ahli keluarga terdekat. Berada dalam persekitaran (orang-orang) yang bercakap tentang ilmu, tentang akhirat, tentang kasih sayang ALLAH, tentang sikap positif, tentang kebersihan hati  dan yang sewaktu dengannya - segala ini akan sangat meredakan ombak perasaan isteri.  


Sekian, Moga bermanfaat.


InsyaALLAH saya akan kongsikan seterusnya nanti - nukilan hati apabila suami saya bernikah lagi dan langkah-langkah menguatkan hati.









9 comments:

Jasmin said...

Assalamualaikum wbt.

Mohon share ye ukhtie

Pengisiannya sangat menarik.

haszeli67 said...

jodoh pologami memang terbaik tetapi masih wanita tak mahu terima polagami sedangkan nati banyak di sana bidari manati abg2nya..tapi isu kemorosotan ekomoni bayak polagami tidak akan faham..sebab dulu kata cinta tapi dah ada 2 hati berbelah bagi..maka pertama minta perpisahan..jadi apakah makna polagami wanita itu menolak menjadi pertama..alasan seribu alasan..payah nak cari seorang sabar dalam bermadu..tidak semesti dia terkenal kita sangup bermadu yang tak terkenal ne tak layak..yang pakai hijab ke atau tak tudung ka ..mereka sama saja..hanya sekarang terletak pada suami yang sabar pada polagami..ada yang gagal menyakin pada mereka tapi apa boleh buat wanita itu ada sifat sombong..pada polagami berilah ruang pada suami..janganlah minta perpisahan kerana itu bukan caranya..kalau saya ada jodoh saya polagami juga,itu pun yang sudi..

Anonymous said...

Assalamulaikum...

kat sini saya ingin kongsikan satu pengalaman di mana insan terdekat dengan saya di madukan. memang saya tahu kesedihan yang dia tanggung cukup besar apatah lagi suaminya memadukan dia dalam senyap dan di hari raya waktu semua ahli keluarga sedang berkumpul... ok walaupun usia perkahwinan baru mencecah 3 tahun dikurniakan sepasang anak seprti tidak wajar suaminya memadukan dia apatah lagi pilihan yg dibuat adalah seorg wanita yang tidak berakhlak, kaki kelab dan jika dibandingkan penampilan menutup aurat antar sahabta saya dan madunya itu mmg jauh berbeza. yg menjadi persoalannya skrg bila menghwini wanita yg tidak ada pegangan agama mnyebabkan hidup sahabat sya ni semakin teruk. bila ada kerja luar daerah, tiada siapa lag yg akan uruskan anaknya. bahkan terpaksa membebankan pihak lain disebbkan isteri kedua tidak mahu menukar giliran hari. bertambah susah bila isteri kedua menuntut hak yg sama rata dari segi nafkah zahir, sementelah isteri pertama mendapat lebih perbelanjaan keranan menngung dua anak... bahkan provokasi yg dibuat oleh isteri kedua seperti tidak membenarkan isteri pertama hubungi suami ketika gilirannya wlaupun untuk hal kecemasan. bahkan sanggup menningglakn love bite di badan suaminya supaya isteri pertama cemburu dan sakit hati. nak buat cam ne ek..... berat beban yg dia tanggung! TOLONG KOMEN.... BG PNDAPAT.....

Anonymous said...

mohon share...
Sblm ini saya bersetuju untuk bpoligami... suami saya pon sudah menyatakan niatnya untuk berpoligami dan sudah pon membawa saya bjumpa dengan bakal madu saya... pada mulanya mmg saya berkata ya... tp lama kelamaan hati saya semakin hancur, hidup saya mcm x tentu arah... saya mcm org hilang akal... semua kerja saya terabai... diawalnya sy rskan suami sy boleh menguruskan kami seadilnya... tp lama kelamaan sy langsung xyakin yg die boleh berlaku adil... dn mula mengabaikan saya... mule melenting bile saya btanya dimana dia berada... sudah mula mengugut bile sy katakan "tidak". Sejak itu sy xdpt terima dn mula mintak dilepaskan... kini hati sy dh hancur... dn sy masih xdapat nak percayakan dia... katanya die dh putus hubungan dgn perempuan itu... tp.... sy xtahu ape yg harus sy lakukan... hati sy kuat menyatakan sy xboleh nak teruskan hidup bsama dia... walaupun semakin hr sy lihat die semakin baik melayani sy... tp sikap sy padanya semakin dingin...

nOur Yatee said...

ape2 pun kembali lah taat kpd Allah. . taat yg sebenar2 taat taw. . insyaAllah, bole melalui ujian2 Nya. insyaAllah mendpt tmpt di syurga dan tertutup rapat pintu neraka. kubur masing2, bkn berpasang2ngan. . that mean amal masing2, yg penting kite taat dgn Allah. Taat dengan Allah beerti syglah kite pd diri sendiri. . bkn dah kate ke, cinta pada Allah saje cinta yg asli, bkn cinta palsu seperti cinta sesama makhluk itu. cinta yg selain dr mencintai kerana Allah, mmg lah xbetul, sbb tu kalu nak mencintai kene kerana Allah. mcm mne nak kerana Allah, taat lah pada Allah terlebih dahulu. setiap hamba. bukan org2 tertentu. insyaAllah, dunia akhirat Allah pelihara. . . dunia akhirat sebenarnye bahagia. . ingat, ujian itu tidak kekal, tetapi syurga itu kekal. . . .

Anonymous said...

Saya pun menghadapi masalah suami ingin berpoligami...artikel ini banyak membantu tetapi saya masih belum dapat kekuatan dalaman....

Wardina said...

salam,

sy prnh dan masih melalui ombak perasaan spt yg nurul tuliskn sblm ni. there are times when i felt it is really unbearable n that i was too weak to endure such agony but as soon as i procrastinate sincerely to Allah, i attend maghrib lectures at mosalla/mosque, i'd feel more relieved n calm. kesimpulannya, bile sy jauh dr Allah, jrg duduk dlm majlis ilmu, ketika itu sy sgt mudah mendengar bisikan2 jahat Syaitan yg direjam.

sy sokong cadangan nurul dlm tulisan2 sblm ini ttg membina hubungan dgn Allah. mmg betul, perlu mntk pertolongan dr Allah, pohonkn jg kemudahan & kekuatan dlm mengharungi perkahwinan poligami. hanya dgn bantuan Allah, dpt kita teruskn hidup dgn tenteram.

Anonymous said...

Salam..saya baru saja dpt tahu saya sudah dimadukan selama 10 thn lamanya. Alasannya tak mahu saya terluka..Kata suami ia takde kena mengena dgn saya sebab dia sayangkan saya. Hati saya hancur..hanya tuhan saja yg tahu bagaimana dia berbohong pada saya selama ini.isterinya 1 thn lebih tua dr saya dan mereka berkahwin umo lewat 30an. Saya dan suami tinggal berjauhan manakala suami dan isterinya tinggal berdekatan. Bayangkan rasanya...kecewa..luka...cemburu..tak terkata.setelah saya mengetahui...suami bertambah sayang pada saya..saya dpt lihat perubahannya...dia ingin membuat pembetulan dr kesalahan2 nya yg lalu.Saya cuba untuk menerima takdir tuhan tp perjalanan yg saya lalui sgt sukar. Saya tak ingin bertemu isterinya...salah ke perbuatan saya? Saya sgt sayangkan suami..Life has never been the same again...

Unknown said...

Saya seorang suami, pernah mengamalkan 'sura rumah'. Alahai dahsyatnya kerja perempuan ni. Dari isteri keluar bekerja hingga isteri pulang, saya uruskan rumah tangga, dari memasak, kemas rumah, urus anak 2 orang yang masih kecil. Isteri pulang semuanya sudah siap; anak-anak dah dimandikan, kain baju siap dikemaskan, masakan sudah siap untuk dihidangkan dan lagi, lagi...... pendek kata boleh berehat terus.

Tapi kesannya sangat besar kepada fitrah saya sebagai lelaki. Akhirnya terasa kerja ini amat membosankan, fikiran rasa sangat tertutup, dunia kedai kopi tak tahu langsung, geng-geng yang agak berumur sikit meninggal pun kita tak tahu. Kemudian, tukar plan, 5:1. Maksudnya 5 hari duduk di rumah, 1 hari keluar kerja luar, pun tak jalan juga. Akhirnya 3:1, baru ok sikit. Masuk tahun ke 2, dah tak tahan, tak leh dah jadi 'sura rumah' sepenuh masa, kena jadi lelaki yang fitrahnya yang sebenar.

Jadi kepada suami yang ego, yang kata kat isterinya, "eleh, macam ni pun tak leh buat...." fahamilah, fitrah kita berbeza dengan isteri. Dia perempuan dan kita lelaki. Kita tak layak tukar option. Jadi bantulah mereka, kerana ini akan tambah kasih sayang. Ucapan dan perlakuan biarlah dari hati. Lepas sembahyang tu jangan lupa doakan untuk isteri atau isteri-isteri serta ibu bapa mereka yang telah mendidik mereka.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...