Sekarang bermula cuti sekolah. Anak-anak remaja pulang ke
rumah mak ayah dari asrama sekolah. Adik-adik saya yang baik tapi nakal itu juga akan
pulang ke rumah... :D Adik-adikku sayang, boleh tak balik bercuti kali ni
betul-betul manfaatkan masa untuk menghiburkan hati mak dan abah…? Memanfaatkan
masa untuk berbakti pada mak abah…? (Alamak, malulah pulak nak nasihatkan adik-adik - sebab kakaknya ini pun lebih kurang hihi)
Tolong ibu kat dapur ya. Tolong abah apa-apa yang patut.
Jangan asyik menatap skrin kaku facebooking hingga lupa pada mak abah di rumah…
hihi kaklang pun sama lah juga kan…
Saya melalui zaman remaja yang tidak berapa manis sebagai anak.
Saya agak kasar dan berkasar dengan mak abah dalam tutur kata dan perbuatan. Bukan membuka keaiban sewenangnya, namun ambillah pengajaran. Hormon
remaja membuatkan jiwa mudah memberontak dan tidak sebulu dengan mak abah. (Eh
salahkan hormon lagi…)
Adik-adikku sayang… masih ingat lagi, apabila diri ini
menjejak kaki di UiTM, itu menjadi titik tolak untuk diri ini mencari hala tuju
hidup yang sebenarnya. Sewaktu di sekolah menengah, mungkin secara luaran
nampak happy dan riang ria dengan kehidupan sebagai pelajar, tapi hati terasa
kosong.
Setelah mengetahui bahawa hakikat hidup ini adalah untuk kembali
kepada Tuhan, menjadi hamba dan Khalifah – segera terimbau akhlak diri dan
rutin kehidupan yang sia-sia dan terleka. Antara akhlak yang saya berjanji
untuk perbaiki adalah akhlak kepada ibu bapa.
Saya tidak pernah lupa tindak tanduk saya di kala remaja
atau sebelum ini yang menyebabkan mak dan abah timbul kemarahan, mak menitiskan air
mata dengan gelagat dan kerenah saya seorang anak yang tidak cukup sopan dan kurang berbudi bahasa. Yang berlagak pandai dan tak berapa rajin… :(
Dulu semasa belajar - bila tiba hujung
minggu, di petang Jumaat menaiki bas dari Seksyen 17 Shah Alam untuk pulang ke
kampung Kuala Pilah, saya berazam di dalam hati bahawa saya ingin pulang di hujung minggu sebagai anak yang menyejukkan hati. Saya ingin menghabiskan masa dengan
gembira di kampung, ingin solat penuh lima waktu, ingin membantu mak dan abah dengan
terbaik, ingin bercakap sopan santun dan lemah lembut kepada mak abah… Saya pasak di hati
nasihat dan tazkirah naqibah dan rakan-rakan ‘bulatan gembira’ tentang birrul
walidain – berbuat baik pada ibu bapa.
Namun ia tidak semudah itu. Akhlak bukan dibentuk sehari dua
atau seminggu dua. Ia memakan bulan. Memakan tahun. Balik ke kampung, saya
tetap gagal menjadi anak solehah seperti azam baru saya. Saya rasa sangat teruk –
tak mampu nak cerita detail buruknya peribadi seorang anak seperti saya ketika
itu. Dan dalam perjalanan pulang semula ke Shah Alam dari Kuala Pilah, saya
menangis tersedu-sedu memeluk beg, kerana buat kesekian kalinya tingkah saya
ada sahaja yang mengundang marah, geram, kecewa, sedih dan duka mak dan abah…
Alhamdulillah setelah beberapa kali pulang balik ke kampung
semasa zaman belajar itu, saya akhirnya bersyukur dan berbangga dengan
pencapaian sendiri dalam usaha menjadi anak penyejuk hati. Bukan ujub, saya
hanya sangat bersyukur ALLAH bagi saya kekuatan untuk merasa diri ini punya
nilai sebagai anak. Saya perlahan-lahan
menerapkan akhlak yang baik dalam interaksi dengan mak abah. Saya membina
hubungan yang lain dari dulu, yang lebih baik dengan mereka.
Saya lebih sabar dan matang dalam pertuturan, saya rasa sangat ingin masuk syurga ALLAH melalui redha ibu bapa ke atas saya ketika itu. Saya juga mula tidak bergaduh dengan adik beradik – saya juga mula merapati dan berbaik baik dengan adik beradik. Sebab bergaduh sesama adik beradik adalah perkara yang sangat menyerabutkan mak dan abah.
Saya lebih sabar dan matang dalam pertuturan, saya rasa sangat ingin masuk syurga ALLAH melalui redha ibu bapa ke atas saya ketika itu. Saya juga mula tidak bergaduh dengan adik beradik – saya juga mula merapati dan berbaik baik dengan adik beradik. Sebab bergaduh sesama adik beradik adalah perkara yang sangat menyerabutkan mak dan abah.
Saya selalu ingat nasihat seorang teman- jika ingin berbuat
baik, mak dan abah adalah orang yang paling berhak mendapat kebaikan kita. Pesanan ini begitu terkesan buat saya, apatah
lagi ketika itu saya sibuk berprogram khidmat masyarakat – adakah saya mampu membantu,
berhikmah, lembut, bersabar dengan seribu satu ragam masyarakat – namun saya
tidak dapat memberi yang terbaik pada mak dan abah atas puluhan tahun usaha
mereka memanusiakan kita?
Terima kasih atas hidayah tuhan membantu saya belajar
menjadi anak yang baik. Beberapa ayat al quran dan hadis menceritakan keutamaan
menjadi anak soleh – saya berusaha pegang hingga kini. Berbuat baik kepada mak
abah sesungguhnya membuka pintu keberkahan dan kebaikan yang banyak di dunia
hingga ke akhirat. Mudah-mudahan ALLAH menerima usaha kecil kita semua. Ya, ia
bukan mudah. Maka adik-adikku sayang, ingatkan diri ini.
Kejayaan saya setakat ini hanya mampu berlembut dan bersopan dengan mak abah, tapi kerenah mengada-ngada yang lain tetap ada untuk mak abah yang dicintai. Mereka kata (mereka = anak-anak yang baik), kalau balik kampung - berbuat lah sesuatu yang istimewa untuk mak abah. Namun saya pula yang masih meminta mereka membuat yang istimewa untuk diri saya... "Abah, nanti abang beli lah durian best kat kampung XXX tu..".." Mak, mak buat lah nasi lemak untuk sarapan esok...rindu lah nak makan nasi mak... :D "
Kejayaan saya setakat ini hanya mampu berlembut dan bersopan dengan mak abah, tapi kerenah mengada-ngada yang lain tetap ada untuk mak abah yang dicintai. Mereka kata (mereka = anak-anak yang baik), kalau balik kampung - berbuat lah sesuatu yang istimewa untuk mak abah. Namun saya pula yang masih meminta mereka membuat yang istimewa untuk diri saya... "Abah, nanti abang beli lah durian best kat kampung XXX tu..".." Mak, mak buat lah nasi lemak untuk sarapan esok...rindu lah nak makan nasi mak... :D "
Ohh tidak cukup dengan hanya perasan diri sudah jadi baik
sebagai anak, adakah saya fikir ia mudah untuk istiqamah? Makin menginjak
dewasa dan kini bergelar ibu, bagaimana pula bentuk kebaikan yang boleh kita
berikan pada mak abah?
Tika ini, saya memahami bahawa anak yang baik bukan sekadar
baik kepada ibu bapa, namun juga baik sebagai hamba ALLAH yang punya hubungan
baik dengan tuhan dan dengan masyarakat sekeliling. Anak yang baik,
sesungguhnya memberi manfaat pada ibu ayah dan insan sekeliling. Dan kebaikan
itu tidak akan hadir mudah, melainkan apabila kita sebagai anak menjadikan Al Quran sebagai
panduan dan rujukan dalam menjalani kehidupan yang menjadi ujian.
Sedutan buku “Wahai Ibu, Wahai Ayah” karya Hafiz Firdaus
Abdullah:
Antara contoh kebaikan yang
memberi manfaat kepada ibubapa ialah apabila kita “mengambil al-Qur’an”
sebagaimana hadis berikut daripada Buraidah radhiallahu 'anh:
Aku
duduk di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu aku mendengar baginda
bersabda:
“Pelajarilah
surah al-Baqarah kerana mengambilnya merupakan keberkatan, meninggalkannya
merupakan kerugian dan orang yang suka membuat kebatilan tidak akan mampu
mengilmuinya.”
Kemudian
baginda diam sesaat, lalu bersabda:
“Pelajarilah
surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya adalah al-Zahrawan yang
menaungi orang yang memilikinya pada Hari Kiamat, seakan-akan dua gumpalan awan
atau dua barisan burung.
Sesungguhnya
al-Qur’an akan menemui pemiliknya pada Hari Kiamat ketika dia dibangkitkan
daripada kuburnya seperti seseorang yang berkulit kuning, lalu dikatakan
kepadanya:
“Adakah
kamu mengenal aku?”
Dia
menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”
Dikatakan
(lagi) kepadanya: ““Adakah kamu mengenal aku?”
Dia
menjawab: “Aku tidak mengenal engkau.”
Lalu dikatakan:
“Aku adalah sahabat kamu: al-Qur’an,
yang
telah membuat kamu kehausan pada siang hari
dan
menyebabkan kamu tidak tidur pada malam hari.
Sesungguhnya
setiap pedagang berada di belakang barang dagangannya
Lalu
dia diberi kerajaan dari arah kanannya, diberi keabdian dari sebelah kirinya,
diletakkan
di atas kepalanya mahkota kebesaran dan ibubapanya dikenakan pakaian yang membuatkan seluruh
penduduk dunia berdiri menghormati mereka berdua. Maka mereka berdua bertanya:
“Dengan
apakah menyebabkan kami menerima semua ini?”
Dijawab:
“Dengan sebab anak kalian berdua yang mengambil al-Qur’an.”
Kemudian
dikatakan (kepada anak tersebut):
“Bacalah
(al-Qur'an) dan naiklah darjat-darjat syurga dan ruangan-ruangannya.”
Dimaksudkan yang “mengambil al-Qur’an” adalah melaksanakan apa yang dituntut ke atas setiap orang
Islam terhadap al-Qur’an, iaitu:
1. Beriman kepadanya.
2. Membacanya dengan disiplin tajwid.
3. Menelaahnya, yakni memerhati dan mengkaji kandungannya (tadabbur).
4. Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
5. Menyampaikannya sama ada untuk tujuan dakwah atau menegakkan
hujah.
6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan
segelintir umat Islam.
Apabila kita melaksanakan keenam-enam tuntutan
di atas sekuat mampu, maka kita dikira telah“mengambil al-Qur’an” dan diberi kedudukan yang mulia di Hari Akhirat kelak.
Kemuliaan ini juga kemudiannya dikurniakan kepada ibubapa kita sebagaimana yang
dijelaskan dalam hadis di atas.”
Sekian, moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment