Tuesday, March 6, 2012

Wahai suami penyayang yang dicintai...



Seorang pembaca lelaki bertanya, apakah antara habit sebagai suami yang mungkin boleh diterapkan dalam diri, sebagai persediaan untuknya yang akan bernikah. Amat banyak sebenarnya, namun izinkan saya berkongsi dari sisi kecil kehidupan rumahtangga yang dilalui, moga bermanfaat.

 Dari persepsi dan pengalaman singkat sebagai isteri, ada banyak perlakuan dan habit suami, yang saya hargai dan gembira dengannya. Dan saya percaya, habit-habit yang saya suka ini juga menjadi idaman dan harapn wanita yang bergelar isteri.

Mungkin kali ini saya boleh kongsikan tentang suami penyayang yang menjadi harapan isteri. Penyayang itu amat luas maknanya, saya kongsi di sini berkenaan sifat penyayang suami sebagai seorang ayah.

Wahai suami yang penyayang... kelembutan dan kasih sayang yang terpancar dalam gerak lakumu tidak saja membahagiakan isteri malah anak-anak merasa hangatnya perhatian dan keberadaan seorang ayah.

Semasa masih bujang, saya membaca tentang seorang isteri bila ditanya, apakah antara perlakuan suami yang kelihatan hebat di matanya?

Jawabnya, dia sangat gembira dan berbangga apabila melihat suami bersenda gurau dan bermain-main dengan anak-anaknya. Bermain khemah-khemah.

Apa yang luar biasanya dengan ciri itu? Saya tertanya.

Namun kini setelah punya seorang anak, barulah saya memahami nilai kehebatan seorang suami dalam perhatian dan layanannya kepada anak-anak. Seorang suami diberi tugas hakiki mencari nafkah, maka ia adalah luar biasa bila berusaha memasukkan jiwa dan fikirannya untuk bermain dan membantu mengasuh anak-anak.

Ia hebat kerana bukan mudah untuk kalian seorang lelaki yang tidak selembut ibu dan tidak berjiwa keibuaan untuk merendahkan hati dan dirinya bergelumang dengan anak kecil. Seorang lelaki yang nampak macho perkasa dan sinonim dengan ketegasan dan keseriusan - bilamana ia bergurau senda dengan anak menyerlahkan sisi kebapaan yang penuh kasih sayang.

Ia tak mudah kan bagi sebahagian lelaki, namun mudah-mudahan dengan ilmu dan kefahaman, kalianlah lelaki yang dicintai Rasulullah SAW kerana meladeni anak kecil dengan ceria, kelembutan dan kesabaran.

Bagi yang belum bernikah, boleh belajar membiasakan diri semampunya. Kalau tak ada peluang, tak mengapa, nanti bila ada anak sendiri - insyaALLAH ada ruang yang banyak untuk membangun jiwa penyayang seorang bapa. 

Anakanda Abdullah sejak kecil mendapat perhatian yang istimewa dari papa. Dalam kesibukan urusan papa yang pelbagai,  papa berusaha menunjukkan kasih sayang dengan caranya yang tersendiri. Lantas hati saya berbunga-bunga dengan pertalian cinta yang wujud antara mereka.

Dari baby lagi papa terlibat aktiviti mandi, makan, main dengan Abdullah. Seronoknya bila tengok suami mandikan si baby kecil mungil, melayan anak makan dan minum..

Selain itu, memandangkan anjing adalah haiwan tunggal yang kelihatan di sekitar kediaman kami, papa melayan Abdullah yang teruja memerhati anjing dari laman rumah, hingga Abdullah tak mahu masuk ke rumah. Abdullah seperti kanak-kanak lain yang mudah tertarik dengan haiwan, maka saya senang hati dengan kesediaan papanya melayan kesukaan Abdullah.

Bila kadang saya sibuk memasak atau bersiap siap-siap untuk keluar, papa take turn untuk jaga Abdullah dan dengan sabarnya membiarkan Abdullah develop kreativiti di bilik papa yang menjadi favourite room Abdullah. (develop kreativiti = menyelerakkan dan menyepahkan barang-barang papa serta menyelongkar). Maklumlah si kecil kita bukannya suka dan teruja dengan toys..dah bosan. Jadi sentiasa cari benda baru untuk dipelajari.

Kesimpulannya dari perkongsian ringkas hari ini, jadilah suami dan bapa yang penyayang. Ia menambahgembirakan hati isteri, dan anak-anak. Namun dalam masa yang sama, jangan suami seronok bersenda gurau dengan anak-anak, lupa nak bersenda gurau dan bermain-main dengan isteri :D



1 comment:

Muzze said...

Wah!...menarik artikel ni kak..=)

point nya adalah penyayang.

Sebelum kahwin lagi sudah kena praktikkan habit ni. Dengan ibu, adik perempuan, ibu saudara...sebagai persediaan

(honestly, sy agak susah mahu menunjukan sifat kasih sayang tu)...haish....terutamanya melalui kata-kata...lebih kepada tindakan/perbuatan -.-'

sy teringat satu buku, tajuknya "The 5 Love Languanges" tulisan Gary Chapman (rasanya akak familiar dengan buku)....sy baru baca sikit buku tu..tapi it's very an eye opening.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...