Tuesday, March 20, 2012

Poligami: Belajar Menjernihkan Hati



'Ketika suami menikah lagi' - Entri ini menjemput paling ramai pembaca dalam masa tiga hari, yang kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dari teman-teman yang dikasihi. Ada yang simpati, ada yang memuji, ada yang mengkagumi. Ada juga yang tak berpuas hati, namun apapun reaksi kita dan mereka - tulisan kecil itu sebenarnya mewakili ramai lagi isteri-isteri yang kuat bermujahadah di alam poligami. Hanya saja, mereka mungkin tidak ada ruang dan kesempatan untuk menuliskan rasa hati.

Pada yang simpati, mungkin melihat poligami menimpakan saya sisi sedih sahaja. Tidak ada apa-apa, saya tetap melalui kehidupan dengan ceria dan gembira :D di sebalik luahan cabaran perasaan - kebaikan dan kebahagiaan selalu ada terselindung di sebalik garis takdir tuhan. Pada yang memuji, rasa malu hinggap di hati ini. Kerana ujian suami bernikah lagi ini, terasa amat kecil berbanding ujian sebahagian kalian yang ALLAH hadirkan segenap penjuru dan tak pernah henti. 

Pada yang mengkagumi, sesungguhnya semua pujian dan kekaguman itu saya kembalikan kepada ALLAH. ALLAH yang mendatangkan dugaan yang hebat, ALLAH juga yang menjadikan sekeping hati lemah kita menjadi kuat kan? ALLAH Maha Berkuasa Atas Segalanya. Hati ini, ayuh ditempa menjadi hati mukmin - yang segala urusan adalah baik baginya, samaada susah dan senang.

Teman-teman pembaca yang dikasihi kalian, terima kasih tak terhingga atas doa dan kata-kata positif dari kalian. Terima kasih juga atas kritikan. Saya sebenarnya amat berterima kasih atas kehadiran dua insan yang sangat bermakna dalam hidup saya, iaitu madu-madu saya. Saya kagum pada mereka. 

Menjadi isteri pertama adalah ujian yang sangat getir pada hampir setiap yang bernama perempuan, dan menjadi isteri ketiga.... berapa orangkah pengunjung blog ini membayangkan dirinya menjadi isteri ketiga atau keempat pada seorang lelaki? Moga ALLAH merahmati dan memuliakan mereka hambaNYA yang berjuang untuk terus mempertahankan kebaikan dan kasih sayang dalam rumahtangga poligami ini. Ya ALLAH, bantulah suami dan kami para isteri seluruhnya membina kehidupan bekeluarga yang diredhai tuhan.

Beberapa hari lepas, seorang teman pembaca, merangkap kakak yang saya hormati dan kasihi, mengingatkan saya agar tetap menjadi hambaNYA yang bersyukur dan meng'upgrade pengurusan hati - sebagai bekal kekuatan di alam poligami.

Pengurusan hati...Ya, sangat penting. Kerana hampir semua masalah kita dengan ALLAH dan orang lain, adalah dari cara kita mengelolakan hati. Hati yang bersih dan kuat - melahirkan tindakan dan ucapan yang menenangkan. Hati yang kotor tanpa dirawat - menonjolkan perilaku yang sulit lagi tidak menyenangkan.


Apa khabar hati? Kadang-kadang banyak masalah tak selesai kerana hati yang tidak dirawat - hati yang malas, hati yang jahil, hati yang berprasangka, hati yang tidak mahu memaafkan, hati yang dendam, hati yang tak sabar, hati yang didiami syaitan kerana jauh dari tuhan... ayuh muhasabah hati...! Ayuh kita gotong royong membasuh hati sebersih-bersihnya..!

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” [al-Hasyr 59:19]

Sewaktu hati rasa tidak punya kekuatan apa-apa lagi, jangan putus harap dengan kekuatan doa - ia mampu merubah api menjadi salji... bersangka baiklah denganNya.

Isilah hati dengan niat yang baik-baik. Berniat untuk berbuat baik dan berkasih sayang dengan insan sekeliling. Berniat untuk menggembirakan orang lain, kerana ALLAH. Sekalipun kasih sayang dan kebaikan kita kadangkala tidak mendapat perhatian apatah lagi ganjaran dari manusia. Sesungguhnya ALLAH pasti membalas dengan sesuatu yang tidak kita sangka, bila kita benar-benar mencintai kerana ALLAH. 

"If all I cared about was my own happiness, it would be impossible to be happy, because I'd literally have nothing to be happy about. Happiness is impossible if all I want is my own happiness."


Di pagi hari, jangan lupa beraktiviti untuk menguatkan hati dengan zikir pagi yang diajar Rasul SAW dan bacalah Al Quran selembar dua dengan difahami makna, moga hati tersiram segar dengan ayat-ayat ALLAH.

Hati perlu dilatih untuk bersabar. Sabar orang melayu, ada batasnya.. Sabar orang mukmin, bersabar dan dikuatkan kesabaran itu hingga menginjak kaki ke syurga..bersabarlah, kerana Allah. Tiap kali hati seakan tak mampu bersabar - dapatkan talian hayat - ALLAH! Minta kekuatan dari ALLAH, minta ALLAH bersama kita dalam semua keadaan.

Hati perlu digilap dengan keimanan. Bertungkus lumuslah mencari nikmat iman...kerana iman akan mempersembahkan ketenangan dalam hidupmu, sepanjang perjalanan bertemu tuhan... Hati yang beriman tidak putus asa dengan cabaran, kerana percaya di sana kasih sayang dan ampunan ALLAH selalu ada buat kita.

Banyak perkara berlaku yang manis dan yang pahit... ALLAH tidak mungkin mentakdirkan perkara yang sia-sia.. Wahai hati, ambillah masa untuk mengenali dan mencintai Allah, nescaya hati ini kan mampu menerima dengan tenang segala yang datang dari Tuhan..

Buat saya dan kita yang berpoligami - juga monogami - berdoalah memohon Allah menjadikan perhiasan iman di hati ini, juga di hati suami, madu madu, anak anak, ahli keluarga seluruhnya, buat bekal mengharungi kehidupan yang tidak berhenti dari ujian...

Mohon perlindungan Allah agar dipelihara keluarga poligami dan monogami kita dari tipudaya musuh. Berlindung pada ALLAH dari bisikan syaitan yang tidak jemu menimbulkan permusuhan dan memecah belah. 

Memohon allah mengurniakan akhlak yang baik pada diri, dan meluruskan perasaan ini di atas jalan yang diredhai tuhan.... Memohon ALLAH menyatukan hati kita sesama suami isteri, madu-madu, anak-anak, keluarga, ipar duai dan semuanya dengan kasih sayang dan kesefahaman.

Sebagai penutup, saya kongsikan sebuah nasihat - saya sangat suka dengan nasihat ini:

"If you know your husband is a good man, and that perhaps, your co wives also loves him as you love him, and that he also loves them and has to deal fairly with them in order for him to also reach Paradise (Jannah) then you should try and make it easy for him and not difficult. 

Do you love your husbands enough to want Jannah for them? Do you love your sisters enough to want Jannah for them also? Do you want Jannah for yourself?"


Diri rasa amat kerdil dan hina meminta syurga, namun teruslah berusaha dan meminta... kerana itulah kejayaan dan kebahagiaan sebenar yang disediakan ALLAH. Mohonlah perlindungan dari nerakaNYA, kerana menginjak kaki ke neraka adalah kegagalan dan kekecewaan yang sebenar-benarnya.

Semoga bermanfaat, dan dilimpahkan keberkatanNYA ke atas kita semua... <3 <3 

8 comments:

LadyBird said...

salam puan adni.. setiap kali saya membaca nukilan puan.. sy rs tenang.. kehidupan puan ditulis dengan penuh santai dan tenang.. ia dilihat dalam sudut hati yang tenang walaupun sebahagian besar drp kite melihatnya suatu mslh yg amat besar..

CT NURYNEE said...
This comment has been removed by the author.
Kak Long said...

Ladybird > hati yang tenang diperolehi jika meletakkan cinta kepada Allah sebagai yang tertinggi...tapi kadangkala penulisan juga boleh jadi wadah memujuk hati yang bergelodak mencari redha Ilahi

CT > menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang sebelum bernikah itu hukumnya haram...tambahan lagi kalau berdating berdua dan tanpa pengetahuan isteri pertama. Jadi elok segerakan memaklumkan pada isteri pertama dan mohon izin bernikah segera. Apa pun jikalah alasan lelaki itu untuk menikah lagi kerana takut terberzina...maka eloklah baca buku ustazah Fatimah Syarha, takut dia bukan lelaki yang baik kerana tidak menjaga pergaulannya yang hampir kepada zina...curang kepada isterinya itu juga sudah satu dosa...takut nanti tak mampu memimpin saudari, dan memimpin keluarga...oh ya, khatam Al Quran kah dia? Rajin berpuasa sunatkah dia? Tinggikah ilmu agamanya? Adakah dia sering mengimamkan solat isteri dan anak-anaknya, mengajarkan mereka mengaji...Yang paling penting elokkah peribadinya dan mampukah menjadi suami soleh dan membimbing isteri-isterinya menjadi isteri solehah...

Saya orang yang berada di tengah-tengah. Poligami harus...boleh jadi makruh, boleh jadi haram..

Adni lain...laki dia banyak duit, dan tinggi ilmu agamanya..dan kuat juga!

Teman lelaki kamu, sekarang sedang menipu isterinya! So???

Kalau kamu nak berpoligami, biarlah ianya dapat membawa kamu, madumu dan suami serta anak-anak kalian kelak ke syurga...pemimpin (suami) mesti soleh dulu...fikir-fikirkanlah

++MissJiajon.Com++ said...

salam... sy amat mengagumi keperibadian kak adni.. kak adni sanggup menerima insan lain untuk berkongsi kasih dgn org yg di kasihi n d cintai.. kak adni merupakan seorang wanita yg gagah perkasa kerana boleh menyelesaikan masalah ini dgn hati yg suci untuk terus menikmati kehidupan yg di limpahi rahmat dariNya.. sekilas sy hendak berkongsi luahan hati.. sy merupakan seorg gadis yg masih muda belum berkahwin sdh di uji dgn pelbagai dugaan dlm hubungan.. sukar untk sy hadapi keadaan ini.. sedikit sebanyak sy dpt menenangkan hati bila membaca luahan2 c gadis2 dan wanita2 agung di blog2 termasukla entri kak adni.. kita serupa tapi x sma.. sebab keadaan sy 'masih belum berkahwin' tapi sy tau kekuatan n ketabahan kita sama... semoga kak adni sentiasa tabah n sabar untuk semuanya... sy doakan kebahagiaan kak adni` doakan sy semoga dpt memilih n membuat keputusan sblm terlambat smuanya.. :).

Anonymous said...

saya cukup kagum dengan motivasi yang dikongsikan..mudah2an kita bersma mendapat keredhaanNya

aija said...

Assalammualaikum, masalah saya seperti CT NURYNEE mencintai suami orang .. tetapi isteri teman lelaki sy sudah mengetahui mengenai hubungan kami .. dan isteri beliau telah menelefon sy meminta supaya sy meninggalkan suami beliau kerana isteri dia tidak sanggup bermadu dan tidak akan mahu bermadu dgn saya ... sy dah cuba utk lupakan teman lelaki tp sgt menyakitkan hati .. sy tidak mampu ... dan yg lebih membuat sy x dpt meninggalkan dia adalah dia bsungguh2 utk bnikah dgn saya dan sy telah pun bjumpa dengan ibu & bapa teman lelaki saya .. mereka merestui hubungan kami cuma isteri beliau sja yg tidak menerima ... bantulah sy utk mendapat pandangan dri puan2 semua ... terima kasih

Anonymous said...

salam..buat mereka yang meluahkan hati ingin bernikah dgn suami org dan berada dalam alam percintaan yg asyik masyuk, jika seorg lelaki itu ikhlas ingin memperisterikan kamu maka dia akan persiapkan insterinya dahulu untuk menerima kamu kerane perkonngsiaan itu antaraa kamu bertiga, hanya akad nikah mnjadi bukti ketulusan hati dia menyintai kamu, jangan leka dgn cinta palsu yang membinasakan semua yang terlibat terutamanya isteri pertama yang setia pada suami dan anak anak yg sedia ada, kadang kadang isteri pertama rasa kuat untuk menerima, selapas akad bersedialah untuk menghadpi segala kerenah poligami tanpa iman yg kukuh seperti keluarga puan adni, cemburu, pergaduhan hingga melibatkan sentuhan fizikal akan berlaku jika iman hanya setakat di bibir sahaja, jika berani dilambung ombak poligami, teruslah berada di lautan yang ganas lagi tiada belas kasihan, jika tidak kamu masih belum terlambat mencariu sseorang suami yang tidak perlu di kongsi sentiasa di sisi...insyaAllah..

Anonymous said...

saya tidak pasti sekiranya poligami ini benar2 memberi kebahagiaan. tetapi saya dapat merasakan mungkin, kita terpaksa berpura2 memberi dan menerima kebahagiaan.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...