Skip to main content

Sabar Adalah Kurnia Terbaik






Alhamdulillah dalam hidup kita, ALLAH sediakan satu perkataan yang bernama SABAR :)


Benar, sabar ini adalah anugerah ALLAH yang istimewa - khusus untuk manusia. Haiwan tidak perlu kepada sabar, malaikat juga tidak perlu kepada SABAR kerana kesempurnaannya.


Teman-teman yang dikasihi, ayuh bersabar dengan ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Sabar yang sebenar-benarnya. Moga ALLAH bagi jalan keluar atas semua urusan, setelah kita bersabar mengubah diri dan berusaha yang terbaik.


Dari hadis sahih, "Sesungguhnya tidak ada pemberian ALLAH yang lebih baik dan lebih melapangkan melainkan kesabaran." ♥ ♥

Bila gembira, hati tidak terlupa bahawa kegembiraan itu adalah pemberianNYA yang harus disyukuri. Moga gembira sebenar dinikmati di akhirat kelak..



Bila duka dan kecewa, hati merasa tenang dan memilih kesabaran kerana percaya ALLLAH yang Maha Pengasih sangat sempurna aturannya. Moga kesulitan tidak berpanjangan ke akhirat yang berkekalan...Kita mahu, kita fikirkan dan rancangkan. Tapi kadangkala perancangan ALLAH jauh berbeza dari harapan kita.


Yang kita harapkan terjadi, tak terjadi. Yang kita ingin jauhkan, itulah yang nampak mendekat. Teruskan usaha dan perancangan, percayalah pada tuhan setulusnya :) 

:: Semoga ALLAH membantu kita semua ::












Comments

Jasmin said…
Assalamualaikum wbt
terima kasih atas pengisian yang sangat menarik..
mohon share ye..
LadyBird said…
sabar itu nikmat bl kite mmpu melepasi dugaan...

Popular posts from this blog

Menjadi isteri kedua

Ketika suami menikah lagi...

Pengalaman Sebagai Pembantu Di Klinik

Poligami: Bersedia Hadapi Ombak Perasaan

Suami Isteri: Berbaloikah Perhubungan Jarak Jauh?