Sunday, March 18, 2012

Wanita: Ayuh Memberi Yang Terbaik!





Antara yang mendatangi inbox emel dan fb saya ialah perkongsian cabaran dari mereka yang bergelar isteri kedua, hinggakan tidak sedikit yang berada di ambang perceraian. Perkongsian seterusnya ialah dari mereka yang telah berkenalan dan menjalin hubungan dengan suami orang, bagaimana untuk menghadapi fasa seterusnya. 

Saya tidak dapat menjawab satu persatu persoalan itu, kerana saya tidak ada ilmu dan pengalaman yang cukup untuk menjawab spesifik. Maka di kesempatan ini saya  kongsikan beberapa poin khusus buat yang bergelar wanita – bagaimana untuk menjadi wanita yang dihargai, diperlukan dan disayangi lelaki. Mudah-mudahan membantu kita dalam perhubungan dengan lelaki - ke arah proses pernikahan, dan membantu kita mempertahankan pernikahan...kerana ALLAH.

1. Berusaha menjadi yang terbaik 

Kita semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing (Bosan tak dengar ayat ni… :D? ) Fokus pada kelebihan kita, dan berusaha gunakan kelebihan itu untuk membahagiakan orang lain. Kekurangan yang ada, jangan sekadar merasa rendah diri – namun perlu cari jalan untuk menambahbaik di mana yang boleh.

Cari ilmu agama untuk kuatkan iman, exercise dan jaga makan untuk tampil menarik dan berkeyakinan, jadi wanita cerdik yang solehah dengan suka membaca bahan-bahan yang membina akal, meningkatkan motivasi - bukan membaca gosip-gosip atau zodiak etc yang tak menyumbang pada potensi diri. Gilap skil yang berkaitan kewanitaan, dan tambah skil kehidupan yang lain. Jangan lupa riadah hati – hati perlu dibersihkan dan dilatih dengan sifat mulia – redha, tenang, sabar, positif, jujur dan segala sifat hati yang dicintai ALLAH.

Nah, wanita yang cergas, cerdas, cantik dengan ilmu dan iman – apakah lelaki tidak suka, sayang dan hargai…???  Wanita yang menghargai potensi akal, iman, fizikal dan emosi yang ALLAH bagi akan menjadi perhiasan yang memberi manfaat - perhiasan terbaik dalam kehidupan manusia seantaro dunia :D

Sehingga lelaki tidak teragak-agak memberi dan berusaha yang terbaik untuk selalu bersama kita insyaAllah.

2. Memberi komitmen sepenuh hati 

Sebelum bernikah, manfaatkan semua potensi dan ruang yang ada untuk menjadikan pernikahan satu kenyataan. Seperti mana kita berusaha untuk mencapai perkara lain, pernikahan juga menuntut kita merancang dan mengejarnya dengan kesungguhan.  Jangan sekadar mengharap usaha lebih dari pihak lelaki. “Kalau dia betul-betul mahukan saya, dia akan berusaha sungguh-sungguh” – ini adalah slogan yang outdated – ketinggalan zaman. 

Kita perlukan slogan yang proaktif,” Saya mahu membina kehidupan yang baik dengan dia, maka saya akan berusaha yang optima”. Namun usaha sebagai seorang wanita ini jangan sesekali melanggar batas agama.

Selepas bernikah, teruskan memberi komitmen. Dengan misi yang jelas, hidupkan perkahwinan dengan kerja keras. Ya, ia kerja keras. Bukan sekadar menunggu alam perkahwinanan membahagiakan kita. Perempuan, tahukah bahawa kita adalah makhluk yang boleh membawa pengaruh yang sangat besar pada makhluk bernama suami dan anak-anak? Maka setiap hari, mulakan hidup dengan bersyukur dan manfaatkan kesempatan yang ada untuk membantu suami dan anak-anak menjadi insan yang lebih baik.

Dan, ALLAH pasti membalas usaha keras dan sangka baik kita dengan kebahagiaan berumahtangga – hingga keluarga kecil yang kita bina menyumbang kepada masyarakat dunia yang aman dan harmoni.

3. Komunikasi berkesan (Communicate effectively)

Belajar berkongsi perasaan dengan efektif – bukan dengan beremosi,  marah-marah, tangisan dan raungan yang tak tentu arah. Sekali sekala boleh lah nak beremosi kan :P Lelaki tidak akan pernah tahu apa yang kita fikir dan rasa. Tidak juga mereka ada kuasa membaca minda manusia sekalipun minda dan jiwa isteri yang dicintai. Belajarlah meluah dan berkongsi apa yang merisaukan, apa yang menyedihkan, apa yang mengganggu fikiran – dengan tenang dan hikmah. Juga sangat penting untuk berkongsi apa yang menggembirakan, yang telah kalian lalui sebagai pasangannya supaya lelaki dapat  mengekalkan dan menambah baik dalam memberi perhatian dan menjaga kebajikan perempuan.

Jangan lupa menjadi pendengar yang baik. Listen, really listen to your partner. Mendengar dari hati ke hati. Bila kita berusaha memahami lelaki, kita lebih mudah membina kedekatan kerana kita saling memahami. Kita dan suami akan makin rapat.  Lelaki akan tenang bila rasa difahami. Berita buruknya ialah sesetengah perkara mengambil masa bertahun tahun untuk kita saling faham. Berita baiknya ialah, kita selalu ada Allah untuk membantu kita terus hidup dengan pasangan walaupun kita payah nak faham :D

Demikianlah coretan saya untuk hari ini. Moga bermanfaat untuk diri saya dan kalian semua. Saya sendiri sedang belajar menjadi wanita yang dicintai suami dan Tuhan, ayuh kawan-kawan – kita merubah diri ke arah kebaikan! InsyaAllah suasana keluarga dan rumahtangga juga akan menerima kesan yang membahagiakan….!





8 comments:

Nur Zulieqha Mad Amin said...

assalammualaikum..

kalau ada butang "LIKE" berkali-kali saya akan tekan.

way to go ukhti.. :) Tahniah dah tambah ahli keluarga,, hehe :D

Kak Long said...

Untuk keseimbangan ilmu apakata lawati kaktiny.blogspot.com.

Hebatlah saudari ini, sentiasa merasa cukup....saya tak mampu setabah saudari...

Hebat(kuat) juga suami saudari, terbang di udara lagi...berdakwah /menulis lagi, melayani isteri-isteri lagi, melayani anak-anak lagi, melayani ibubapanya lagi, mertua-mertuanya lagi, melayani ipar-ipar duai lagi...saya doakan supaya tak ada satu pun tanggungjawabnya terhadap sesama manusia yang sangat hampir dengannya ini menjadi halangannya ke syurga kelak...kerana isteri-isterinya redha/pasrah membantu...

Saya kagum dengan orang yang berpoligami...sungguh kagum. Pastinya kalian ini bakal menjadi bidadari syurga?...Mudah-mudahan kecemburuan kalian dapat dipelihara agar tak merosakkan iman kalian. Ini kerana penghulu bidadari syurga iaitu puteri Rasulullah yang bernama Fatimah Azzahra itu tidak dibenarkan dimadukan oleh Rasulullah kerana bimbangkan kecemburuannya akan merosakkan imannya dan juga akhiratnya...

Dan suami kalian...kalau nak tambah lagi seorang lepas ni, carilah janda/wanita teraniaya yang ada ramai anak yatim untuk dibela atau carilah pelacur yang boleh diinsafkan sepertimana kata Ustaz Kazim

Anak dara biarlah dengan anak teruna...ramai lagi teruna...adik saya pun ada...D

Jihat itu ada banyak caranya...semoga Allah menghisab amalan kita yang ikhlas tetapi berbolak balik ini terus sampai ke langit ketujuh...tanpa ditapis dipertengahan....

Membaca blog saudari buat saya berfikir, adakah lemah iman saya? dan teguh benar iman saudari? Saya kembalikan semuanya kepada Maha Pencipta

Selamat berjuang...

Kaklong

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Ada fakta yang saya perlu diperhalusi dalam tulisan Kak Long di atas. Benarkah Fatimah tidak dimadukan kerana cemburu beliau?

Dalam hadis yang sahih berkaitan isu ini jelas disebutkan alasan sebenar Rasulullah s.a.w melarang anaknya dimadukan.

إِنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ خَطَبَ ابْنَةَ أَبِي جَهْلٍ عَلَى فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام ، فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ عَلَى مِنْبَرِهِ هَذَا وَأَنَا يَوْمَئِذٍ مُحْتَلِمٌ ، فَقَالَ : " إِنَّ فَاطِمَةَ مِنِّي وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا ثُمَّ ذَكَرَ صِهْرًا لَهُ مِنْ بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ ، فَأَثْنَى عَلَيْهِ فِي مُصَاهَرَتِهِ إِيَّاهُ ، قَالَ : حَدَّثَنِي فَصَدَقَنِي وَوَعَدَنِي فَوَفَى لِي وَإِنِّي لَسْتُ أُحَرِّمُ حَلَالًا ، وَلَا أُحِلُّ حَرَامًا ، وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ أَبَدًا " .

"Sesungguhnya 'Ali bin Abu Talib pernah meminang anak perempuan Abu Jahal (untuk dijadikan isteri) disamping Fatimah 'alaihi salam, lalu aku dengar Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam memberikan khuthbah kepada manusia tentang masalah itu di atas mimbar ini, ketika itu aku sudah baligh. Baginda s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Fathimah adalah bahagian daripadaku dan aku sangat khuatir dia terfitnah dalam agamanya". Kemudian baginda menyebutkan kerabat baginda dari Bani 'Abdu Syamsi seraya menyanjungnya dalam hubungan kekerabatannya yang baik kepada baginda.

Baginda s.a.w melanjutkan: "Dia berbicara kepadaku lalu membenarkan aku serta berjanji kepadaku dan dia menunaikan janjinya kepadaku. Sungguh aku bukanlah orang yang mengharamkan suatu yang halal dan bukan pula menghalalkan apa yang haram akan tetapi,

"Demi Allah, tidak akan bersatu puteri Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam dengan puteri musuh Allah selamanya" (HR al-Bukhari, kitab al-Khumus,no. 2879)

Hadis ini jelas alasan poligami itu dilarang oleh nabi s.a.w kerana ia satu hukum khusus untuk nabi s.a.w iaitu anak perempuannya tidak boleh dimadukan dengan anak musuh Allah.

Wallahua'lam.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Ada fakta yang saya perlu diperhalusi dalam tulisan Kak Long di atas. Benarkah Fatimah tidak dimadukan kerana cemburu beliau?

Dalam hadis yang sahih berkaitan isu ini jelas disebutkan alasan sebenar Rasulullah s.a.w melarang anaknya dimadukan.

إِنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ خَطَبَ ابْنَةَ أَبِي جَهْلٍ عَلَى فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام ، فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ عَلَى مِنْبَرِهِ هَذَا وَأَنَا يَوْمَئِذٍ مُحْتَلِمٌ ، فَقَالَ : " إِنَّ فَاطِمَةَ مِنِّي وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا ثُمَّ ذَكَرَ صِهْرًا لَهُ مِنْ بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ ، فَأَثْنَى عَلَيْهِ فِي مُصَاهَرَتِهِ إِيَّاهُ ، قَالَ : حَدَّثَنِي فَصَدَقَنِي وَوَعَدَنِي فَوَفَى لِي وَإِنِّي لَسْتُ أُحَرِّمُ حَلَالًا ، وَلَا أُحِلُّ حَرَامًا ، وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ أَبَدًا " .

"Sesungguhnya 'Ali bin Abu Talib pernah meminang anak perempuan Abu Jahal (untuk dijadikan isteri) disamping Fatimah 'alaihi salam, lalu aku dengar Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam memberikan khuthbah kepada manusia tentang masalah itu di atas mimbar ini, ketika itu aku sudah baligh. Baginda s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Fathimah adalah bahagian daripadaku dan aku sangat khuatir dia terfitnah dalam agamanya". Kemudian baginda menyebutkan kerabat baginda dari Bani 'Abdu Syamsi seraya menyanjungnya dalam hubungan kekerabatannya yang baik kepada baginda.

Baginda s.a.w melanjutkan: "Dia berbicara kepadaku lalu membenarkan aku serta berjanji kepadaku dan dia menunaikan janjinya kepadaku. Sungguh aku bukanlah orang yang mengharamkan suatu yang halal dan bukan pula menghalalkan apa yang haram akan tetapi,

"Demi Allah, tidak akan bersatu puteri Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam dengan puteri musuh Allah selamanya" (HR al-Bukhari, kitab al-Khumus,no. 2879)

Hadis ini jelas alasan poligami itu dilarang oleh nabi s.a.w kerana ia satu hukum khusus untuk nabi s.a.w iaitu anak perempuannya tidak boleh dimadukan dengan anak musuh Allah.

Wallahua'lam.

Kak Long said...

Saudara Abu Usamah : Saya mengetahui akan fakta tersebut..cuma tak berminat nak menuliskannya dalam komentar saya kepada Adni yang saya percaya lebih berilmu dari saya...terima kasih tolong tambahkan hujahan...

Saya cadangkan para ustaz2 atau lelaki yang sering berdakwah...jikakah nak berdakwah tentang kebaikan poligami...haruslah menerangkan secara adil dan dipertengahan...jangan berat sebelah dan asyik memomokkan bahawa poligami itu sunah...dan isteri yang ingkar suami yang nak berpoligami akan jadi isteri derhaka..nauzubillah...

Pada hari ini poligami lebih banyak menganiayai wanita berbanding merahmati wanita seperti yang dianugerahkan kepada Adni atau rakan rakan seangkatan dengannya. Mereka memang bertuah...

Tapi yang malang di luar sana siapa nak membela? Bagi saya promosi poligami itu sunah perlu diperjelaskan dengan adil dan berhikmah supaya ia tidak disalahgunakan sehingga merosakkan generasi hari ini khasnya golongan belia...

Jadi kena banyakkan education khasnya melalui media tentang bahawa poligami ini lebih hampir kepada berbuat aniaya juga. Bagi lelaki yang tak layak (tak berduit, tak ada budi bahasa/panas baran etc), berpoligami akan jadi haram sebab anak isteri akan menderita tak terbela nasib mereka.

Tiada wanita Islam yang menentang poligami, yang ditentang adalah ketidakadilan dan penganiayaan...

Semoga kita semua mendapat keampunan dan diredhai Allah swt

adani&zaim said...

Assalamualaikum...
saya salah seorang wanita yg berpoligami. sy merupakan isteri kedua. dilema yg saya hadapi sekarang adalah suami sy x berlaku adil kepada saya dan anak2... sudah 4th sy memendam rasa bermula diawal perkahwinan lg... dan sudah dikurniakan sepasang cahaya mata. Alhamdulillah... merekalah penawar duka lara sy. tp sampai bilakah saya harus bersabar? sy terpaksa bekerja untuk meneruskan kehidupan n membantu suami juga kerana dia x mampu menyara kami kalau dikira dgn gaji dia skrg sbg penjawat awam. bukan nak buka aib suami...tp sy dh xde orang lain untuk bertanyakn pendapat. keluarga terdekat jauh sekali sebab saya takut malukan suami. jg sy mengambil keputusan untuk bertaya dlm blok ini.
harap sesiapa boleh beri pendapat.

Anonymous said...

Saudari adani& zaim
Saya dalam perkahwinan monogami..Kadangkala saya banyak membantu suami dari sudut kewangan. Kadang2 mmg timbul lintasan jahat dalam hati mengatakan ini adalah tidak adil dan tidak wajar. Tapi, saya rasa kita perlu lihat kepada beribu kebaikan suami saat syaitan menggoda kita melihat satu keburukan suami. Punya suami yang melindungi, itu pun satu nikmat yang Allah berikan.
Andai tetap rasa sedih dan teraniaya, marilah sama-sama kita mengadu pada Allah, berdoa diberikan jalan keluar yang terbaik dalam setiap masalah kita, juga mohon diberikan kekuatan hati menghadapi takdirnya...

Anonymous said...

Assalam....km skluarga bhgia sehinggalah kejadian x terdga oleh aqal bila suami trgmak mnipu! sy jg trasa mcm tertipu krn sy n ank2 r too kind to him n x mmbntah dari mula khwin hingga kini...dah 23 thn bersama. tup2 ditipu dgn bgtau otstesen rupa2nya pergi ke siam mnikah...owh perit n wont heal sampai bila2. xrela kprcyn n kesetiaan dikhianati! better not to get to know his bini gelap dia...n i run my life with my hubby as usual...but painfully. slowly tarik semua yg slama ini kita kongsi kewangan, ms antr ambik ank sekolah, krjsama kerja2 ofis (km satu ofis, diff dept)dll...biar dia tahu rasa sama kita bkrjasama dgn org yg tahu bkrjasama n mnghargai...dgn bini gelapnya pun biar dia sendiri yg settlekan ...njwb dgn Allah.. krn xde msalah p cari masalah... he is still 24hrs with us anak2 4 org dan sy isteri asalnya... kkadang mrk ni x tahu apa yg patut dikejar dlm dunia fatamorgana ni...konon nk cari redha Allah katanya... guna alsn Agama dlm bab ni saja? fikir2kn is3 ke 2 dll...doa org2 teraniaya xde hijab dgn Allah...bhgiakah anda atas kehncuran n kekecewaan org2 lain yg sgt hmpir dgn suami org itu?

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...