Bila seorang
lelaki mahu berkahwin lagi, kita sebagai calon isteri kedua - Kalau kita nak
bantu isteri pertama/bakal madu kerana Allah:
1) Doakan Allah
tenangkan hati dia.
Allah beri
kebaikan pada dia dunia akhirat, limpahkan kesabaran pada dia. Doakan suami dan
diri sendiri juga.
2) Memang kita
tak buat salah menikahi suami kita sebagai isteri kedua, tapi kita ungkapkan
kata maaf kepada madu kerana dia terpaksa lalui kesedihan dan keperitan semua
ni. Minta maaf juga kalau kahwin sembunyi.. kadang banyak hubungan gagal kerana kita ego untuk melafaz maaf pada madu/suami.
3) Tanya suami
kita apa kebaikan isteri pertama, dan sampaikan pada isteri pertama - buat list
kebaikan isteri pertama pada suami, dan pujuk madu yang suami masih sayang kan dia.
4) Jangan balas
kata kata buruk madu, sebab ia buat syaitan happy kerana syaitan berjaya
buatkan kita mulut jahat juga..
5) Kita tak
boleh jaga hati madu dan mulut madu waktu kritikal begini, tapi jaga hati kita.
Luruskan hati kita dan lidah kita untuk cari redha Allah.
6) Empati
dengan suami dan madu, melihat dari persepsi mereka.. suami pun mungkin tengah
tak tenang nak handle emosi kucar kacir. Jadi kita lah yang perlu jadi sumber
ketenangan suami. Minta dengan Allah sebelum minta dengan suami apapun. Kuatkan
hati dan iman kita agar kita mampu bantu suami dan madu jadi kuat.
7) Perkahwinan
adalah jalan untuk dekat dengan Allah, minta Allah jadikan perkahwinan wasilah
kita, suami dan madu dapat syurga Nya.
__
Seorang
muslimah berkongsi, minggu lepas dia bertemu bakal madu dan bakal suami . Bakal
madu berkongsi rasa down dan sedih.
Saya cakap juga pada muslimah itu, masa suami saya nak nikah lagi saya pun rasa down dan sedih.
Jadilah
teman yang memahami pada madu, bagi kata kata semangat dan sabar kalau bakal
madu mengeluarkan kata kata negatif..
Jangan balas
balik dengan negative juga, atau jangan marah bakal madu atau bakal suami sebab
tak pandai urus emosi sendiri..
Hati kita
ini, milik Allah. Hati dia dan kita semua. Hanya rahmat Allah yang mampu
menenangkan hatinya dan hati kita semua.
Saya cakap
dengan muslimah itu, kalau tak de jodoh jadi isteri kedua - mungkin satu hari
nanti dia akan jadi isteri pertama. Dan mungkin Allah akan uji suami mahu berkahwin
lagi..Dan masa tu kita pun akan down and 'buat perangai'.. dan kita akan sangat
harap suami dan madu sabar lagi memaafkan kita.
Untuk
sekarang, jagalah sikap dan perkataan kita agar tak menambah berat emosi madu,
kalaupun kita tak mampu nak menenangkan dia..
Saya tanya muslimah itu, ada fb and instagram tak? Tak ada, jawabnya.
Baguslah, respon saya, Sebab nanti kita rasa nak letak gambar kita dengan suami sedangkan kebanyakan isteri pertama rasa tak suka atau sedih dengan hal itu.. Kita isteri kedua memang tak rasa apa. Kita rasa kita pun ada hak nak tayang gambar kahwin dan gambar mesra hidup berpasangan macam orang lain. Memang tak salah, tapi kalau ia tak membantu keharmonian keluarga poligami kita- forget it...
Sekadar
pandangan saya , dari pengalaman singkat ...
No comments:
Post a Comment