Thursday, November 10, 2011

Bab 4 Rumahtangga - Bergaduh sebab kewangan?



Bismillah. Kali ini saya ingin menulis tentang bab kewangan di alam rumahtangga. Sebelum ini telah saya kongsikan tentang isu pembahagian kerja rumah, hubungan seksual dan komunikasi.

Isu kewangan adalah antara isu yang menduduki tempat teratas menjadi punca perbalahan dan membawa kepada perceraian… tapi teragak-agak juga nak menulis tentang ini, sebab mesti teman-teman pembaca ada yang tak puas hati kan, “Alah nurul tu…suami dia mampu segala… mana ada masalah kewangan..???!”

Hee…nanti dulu, cuba tengok sekeliling kita… perceraian bukannya hanya di kalangan mereka yang tinggal di rumah kos rendah, tapi juga berlaku pada mereka yang punya kereta mewah menjalar, banglo tersergam, jawatan tinggi dan berharta… jadi apakah sebenarnya tentang isu kewangan ini?

Di awal-awal berkahwin dulu, timbul juga konflik antara saya yang orang kampung dengan suami saya orang bandar dalam bab berbelanja. Bukan sebab duit banyak atau sikit..tapi the way we spend it. Suami spend macam begitu, isteri spend macam begini. Dan sangat penting bagaimana kita suami isteri berbincang tentang isu kewangan ini, hingga mencapai keserasian dan kesepakatan. Tidak kisahlah gaji RM 2 ribu atau 20 ribu sebulan. (Dan hingga hari ini saya sangat kagum dengan ayah saya yang dengan gaji cikgu sekolah dua tiga ribu, punya isteri surirumah sepenuh masa, boleh besarkan 9 anak tanpa hutang beli rumah atau hutang kereta…).

Saya bukan pakar kewangan, jadi saya cerita berdasarkan pengalaman sendiri, perkongsian orang lain dan pastinya melalui pembacaan ( ya, 70% yang saya share di blog ini adalah hasil pembacaan).

Masa sebelum berkahwin, bakal suami saya bertanya berapa jumlah hutang saya.. Aik… tanya pasal hutang…??? Isu duit ni kan sensitif, malunya, rasa tak selesa pun ada.. tapi akhirnya suami saya tahu juga segala hutang saya. Bila saya dah kahwin, barulah saya faham dan sedar bahawa sangat-sangat penting untuk kita tahu kedudukan kewangan calon suami atau isteri.

Tak boleh diamkan saja.

Cuba tengok 20 questions to ask before married di Oprah.com - empat soalan teratas adalah berkaitan kewangan. Bagi kita mungkin, “ Agak-agaklah nak bincang pasal duit… benda ni kan sensitif.. Lagipun kita bukan nak sangat duit dia…”

Tak, bila kita tak boleh atau tak pernah berbincang tentang duit, hutang, money management, expenses sebelum bernikah – bersedialah untuk kita bersinsing lengan bermasam muka tentang isu duit dan duit selepas bernikah.

Kita ambil tahu pasal hutang pasangan supaya kita boleh bekerjasama untuk selesaikan hutang. Kita boleh membantu dan saling mendorong untuk menyelesaikan hutang. Ini malah tersangat penting untuk suami isteri yang bekerja, supaya dapat gambaran secara kasar keseimbangan dan ke mana aliran tunai masing-masing pergi.

Dengan izin ALLAH, suami saya adalah sumber kewangan saya tika ini. Jadi segala perbelanjaan, hutang dan sumbangan yang dirancang dan diingini saya harus melalui soal jawab dan siasatan dengan suami…hehe…jadi saya dapat peluang belajar skill memujuk dan meyakinkan :D  Sekali lagi, segalanya berkaitan dengan komunikasi. Dulu juga saya hairan, kenapa kalau nak beli apa-apa barang, suami akan tanya saya (isteri-isteri) – kan suami saya ada duit, beli sajalah barang yang dia suka dan rasa perlu…

Barulah saya belajar bahawa berkahwin adalah hidup berkongsi. Jadi hidup berkongsi ada etikanya. Berkongsi keinginan, berkongsi impian, berkongsi harta, berkongsi amanah dan tanggungjawab. Berkongsi kewangan. Bukan poligami saja hidup berkongsi ya :D

Berkongsi, berbincang dan bertukar pendapat adalah etika yang sangat penting dalam rumahtangga. Dari alam pertunangan, harus bangunkan dan biasakan komunikasi yang baik. Minta pandangan tentang isu-isu yang timbul. Sebab selepas kahwin, ada lebih banyak isu untuk dibincang dan digaduhkan hehe..

Isu duit, isu hak dan peranan suami isteri, siapa nak urus anak, siapa nak urus rumah, apa aktiviti hujung minggu, aktiviti ziarah dan berziarah, isu mertua ipar duai, isu facebook….hah?? ni baru sikit…banyak lagi isu-isu rumahtangga yang menyerabutkan :P

Bila suami atau isteri kerap bertindak atau buat keputusan sendiri-sendiri, maka sebenarnya kita dalam proses menjarakkan diri dari pasangan secara halus. Sedar-sedar selepas dua tahun, “kenapa aku dan suami terasa jauh… padahal duduk serumah dan sebilik…????”

Sangat penting bagi isteri untuk tak buat keputusan sendiri-sendiri. Bukan sekadar memaklumkan pada suami, tapi meminta izin dan meminta pandangan. Minta izin ( peringatan penting untuk saya dan semua isteri!).

Suami susah dibawa berbincang…? Takpe, kita cuba lagi ya… belajar skill berbincang yang betul. Muhasabah setiap patah kata, ayat, nada dan body language, agar suami selesa berbincang dengan kita. Agar suami rasa pandangannya dihormati. Supaya setiap tindakan kita sebagai isteri diketahui, direstui dengan lapang hati. Jangan buat suami kita terpaksa beri izin, atau dipaksa rela mengikut kehendak kita kerana kita dah mogok tak layan suami..

Ohh sambung semula bab duit. Setelah mengetahui berapa hutang calon suami atau isteri, perlu juga dilihat aspek pembahagian duit. Ada yang buat akaun gabungan suami isteri. Ada yang buat akaun asing-asing. Terpulang. Sekali lagi, pokoknya berbincang. Duit awak, duit saya, duit kita – apa kesepakatan darinya?

Bila dah berkahwin, “Ini hutang kita, macam mana kita nak jelaskan,..” Jangan bebankan suami saja, atau isteri saja. Bukannya, “Itu hutang awak..awak fikirlah sendiri”.

“Saya jimat, awak boros, tu lah masalahnya.” Hohooo… ini juga ayat fevret suami isteri kan… Saling menuding jari.

Sedangkan sebenarnya we both spend, but on different things. Let's budget :D

Bincang-bincangkan semua ni dengan hikmah dan kasih sayang. Jangan lupa meminta bantuan dan petunjuk tuhan untuk kelancaran dan keharmonian rumahtangga. Suami ada keperluannya, isteri ada keperluannya maka komunikasikan plan dan kos segala keinginan kita.

Bab shopping, bab travel, bab bagi duit pada mak ayah dan adik beradik, bab pampers dan keperluan lain anak, bab menyimpan nak pergi haji dan umrah, bab nak renovate rumah, bab nak menderma pada orang susah di kalangan famili atau orang luar… semua ini perlu dibincang secara berkala.

(Tapi masalahnya pada kita ialah, sibuk dan penat bekerja – mana ada masa tenang-tenang nak bincang ya tak? Hujung minggu sibuk berjalan dan kemas rumah. Tak pun balik kampung sibuk dengan mak ayah dan ipar duai…Tunggu suami buat keputusan atau bagi keizinan, macam lambat… macam mana tu…???? ) Nanti lah kita tulis topik lain bab tak cukup masa ya..)

Yang terakhir saya nak kongsi, bak kata money expert - Anything could happen. Let's plan for emergencies.

Sebab saya dah ada suami yang ‘mampu’ macam anggapan teman sekalian, maka sedikit sebanyak saya rasa sangat secure di zon selesa – hingga asyik nak habiskan duit.. takde simpanan. Hehe.. tapi bila suami dah tegur serius, baru saya tak kacau duit emergencies..ok, jangan tiru perangai teruk saya. Sama-sama kita mujahadah dengan hormon perempuan yang suka shopping… :D

Sediakan duit juga untuk bantu orang lain yang emergency atau ditimpa musibah.. Moga ALLAH membalas setiap satu sen yang kita keluarkan untuk famili dan orang lain… Bahagianya kan bila dapat berkongsi dengan orang lain walau sedikit ? :)

Kesimpulannya, tak lah sesingkat dan semudah ini untuk membicarakan aspek kewangan, banyak lagi pertimbangan-pertimbangan lain. Namun  bukan duit banyak atau sikit yang jadi isu. Bukan gaji besar atau gaji kecik. It’s how we manage it. Dan bagaimana kita membina keserasian kewangan dengan pasangan.



:: Sekian, moga bermanfaat ::
 
 
 

12 comments:

Anonymous said...

Bila diberi nikmat oleh Allah hendaklah kita bersyukur dan tidak diceritakan kepada umum,takut nanti akan timbul pelbagai kesan negatif kepada orang lain, apakah maksud dalam setiap subjek yang ditulis dipaparkan juga betapa hidup kita begitu sempurna dan untuk imbanginya diceritakan kesulitan2 yang tidak jelas.

Jika telah ditakdirkan hidup anda berpoligami redhailah dan tidak perlu dibesar2kan kerana kisah kejayaan poligami kita adalah terpencil sifatnya.jangan ulangi apa yang dibuat oleh pertubuhan AL Arqam dulu, ia membahayakan pemikiran mereka yang singkat akal.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. macam tak logik bila ada isteri yang suri rumah dan anak 9, tetapi tidak mempunyai sebarang hutang. Lagi satu penulisan macam tak realistik, seolah-olah semua sangat sempurna. Adakah yang dipaparkan benar-benar dipraktikkan atau sekadar menulis apa yang dirasakan indah dinilai di mata dan di hati.

Nurul Adni Adnan said...

Anonymous 1 - Terima kasih atas respon, ok saya cuba kawal agar tidak keterlaluan menyebut nikmat kebaikan. dan andai dibaca lebih banyak entri saya, saya menyebut secara seimbang ujian kesenangan dan ujian kesusahan..

mungkin boleh dihuraikan bagaimana yang membahayakan pemikiran?

Anonymous 2 - ya alhamdulillah selama puluhan tahun kami duduk di rumah sewa yang kecil, setelah 10 tahun ayah saya membina perlahan-lahan sebuah rumah, baru kami duduk di rumah sendiri, ayah guna kwsp, walau anak-anak desak buat pinjaman utk buat rumah.

taida yang pelik, kami beli baju hanya waktu raya, atau anak-anak kumpul duit beli sendiri, atau beli yang murah di bundle. kami naik kereta hingga uzur, pengalaman biasa kereta rosak kami anak beranak tersadai di tepi jalan. kereta second hand yang abah bayar cash rm9 ribu.

kami tidak melancong atau pergi bercuti tahunan, pernah ada saudara belanja, baru kami berpeluang duduk di hotel. mak pun tak pernah berhutang.

no kfc. no macD. no pizza hut. kecuali bila dapat duit raya.

alhamdulillah bila adik-adik dah sekolah menengah, mereka dapat biasiswa yang meringankan beban mak abah.

rahsianya yang saya dapat lihat - keberkatan rezeki. janji ALLAh adalah benar, bila ikhlas sedekah - kepada famili atau orang lain, ALLAh balas berlipat ganda.

yakin juga setiap anak ada rezeki masing-masing.

ohh walaupun mak surirumah, mak ambil upah menjahit RM 25 sepasang baju kurung, walau tak seberapa - cukuplah bila anak minta duit nak beli gula-gula atau coklat.

kenangan manis juga - mengutip cendawan kukur di dalam kebun getah dengan mak. kemudian jual. Atau megutip pucuk paku, kemudian jual. hingga namapk ular besar tepi sungai, kami berhenti mengutip. Pernah juga jual dari rumah ke rumah - jual bawang. Atau jual kacang kuda masa hari sukan di sekolah.

itulah rahsia kecukupan :) doakan kami.

Anonymous said...

ok.. alhamdulillah.. Tapi sudah menjadi adat blogger sekadar menulis yang indah-indah. Saudari tidak bekerja, dan suami berkemampuan. Apa yang saudari tulis pasal masalah kewangan dan perbelanjaan adalah sangat tidak realistik walaupun saudari cuba meletakkan diri saudari dalam keadaan yang digambarkan. Menolong tanpa merasa ibarat minum kopi tanpa gula. Cuba kurangkan kisah dongeng kerana ramai yang bijak menilai dan mengetahui kebenaran. maaf, jangan terasa. Mana ada kehidupan yang sempurna.

Nurul Adni Adnan said...

Ya, tidak ada kehidupan yang sempurna :) moga kita saling mengingatkan untuk melangkah ke kehidupan yang sempurna di akhirat sana ok..

tentang cerita dongeng, terpulang kepada penilaian masing-masing...

terima kasih atas keprihatinan :)

Nurul Adni Adnan said...

Ya, tidak ada kehidupan yang sempurna :) moga kita saling mengingatkan untuk melangkah ke kehidupan yang sempurna di akhirat sana ok..

tentang cerita dongeng, terpulang kepada penilaian masing-masing...

terima kasih atas keprihatinan :)

Anonymous said...

Saya rasa kerdil/malang sangat.bertuahnya anda atas anugerah Allah.Anak saya ramai,suma sekolah..suami tak bekerja,bisnes lingkup.hutangnya banyak.tu blum campur hutang saya lagi.saya kerja sorang..kena bayarkan hutang suami,belanja rumah,makan minum,gie keja terpaksa naik bas nak berjimat.hari-hari pulang kerja malam,kerja rumah lagi,homework anak lagi .Sering saya menangis bila nak menyuap nasi ke mulut.betapa nikmatnya nasi berlaukkan kicap,setelah seharian menahan lapar di office.pokok pangkalnya sendirilah.suami tak boleh dibawa berbincang,baran.mertua tak mau campur nasihatkan anaknya.sedara mara mencemuh kami miskin.parents saya hanya tau nak marah saya jer(katanya saya bodoh,baik sangat).dah 4 tahun kami tiada persiapan raya.kuih mahupun baju.pakai baju org sedekah...Namun begitu saya amat bersyukur kerana saya tahu Allah amat sayangkan saya.He is teaching me a lesson fo me & my family.Saya amat bersyukur atas ujian ini.kerana inilah saya berubah,saya tak bergantung perasaan pada suami,(dia tak hargai saya).Saya hanya bergantung harap pada Allah.Disinilah nikmatnya saya mengadu pada Allah.Cuma skrng kami sekeluarga tersisih krn kemiskinan.Alhamdulillah kami dapat teruskan tanpa berhutang dgn orang.Saya amat sayangkan keluarga saya.bagi saya Allah,Rasul,suami,anak-anak kendian baru saya.Saya redha dgn ujian yg saya sdn harungi ini.Kerana saya sedar saya sedang tengelam dlm nikmat Allah jika nak dibandingkan dgn ujian Allah pada saya.

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih berkongsi..

sebagai manusia, memang sedih, down, rasa kerdil dan malang dengn ujian sebgeini..

dalam masa yang sama, kita sangka baik pada ALLAH ya.. ini tanda cinta kasih ALLAH.

ayuh kita perhebat ketaatan pada ALLAH, moga ALLAH bagi jalan keluar dan ketenangan di sebalik dugaan hebat ini..

Moga ALLAH merahmati ukhti..

Anonymous said...

kpd puan anonymous 17nov 9:12pm,
sungguh tersentuh hati pengalaman puan. saya doakan kebahagian puan & anak2, saya doakan suami puan tersedar dari tido yg panjang..dan segala yg baik lah utk puan.

Mekar said...

Salam.

Walaupun byk komen2 pembaca di sini yg menempelak Nurul, tapi sya kagum dgn kamu kerana masih berlapang dada menyapa hujah mereka dgn senyuman :-)

Semoga sukses dgn kehidupannya Nurul Adni

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

Manusia ni berbagai ragam, kan..walaupun ujian sya tak sehebat pn.anonymous 17nov tapi kita tetap akan rasa sedih apabila asyik dipertikaikan 'duit awak guna utk pa''duit awak buat pa??'sedangkan si dia lupa yg rumah yg dia tinggal selama ni isteri yg bayar..kereta yg isteri gunakan untuk berulang alik ngan anak2 isteri yg bayar, minyak kereta isteri yg isikan..boleh ckp plak pd isteri 'kereta dah sendiri pakai, sendiri ingat la' walhal selama kereta dia x berjalan kereta isteri tu jgak yg digunakan ke sana ke mari..mudah kan manusia ni bersikap lupa diri..

hal jadi berbangkit kerana isteri minta duit untuk simpanan kecemasan anak2 jer..'dah dibg mkn minum n pakai dah ler nak simpan panya..awak nak simpan, simpan ler..jgn nak paksa saya simpan'ble ckp cam gitu hmmmm ntah la...

Anonymous said...

sy dah tgk FB suami anda & kisah suami anda dgn 3 isteri...
cukup2 lah... menyampah....
meluat pun ada...

tak perlu nak mentarbiah org utk bersabar dgn poligami...

anda isteri ke2 dapat suami yg tanggung segalanya....

awak melukakan isteri 1 jadi tak perlu nak mentarbiah org dgn perasaan bila suami kawin utk kali 3...

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...