Dulu sebelum bernikah, mak abah dan adik-adik adalah tempat untuk saya merajuk. Apa-apa yang tak kena – saya merajuk dengan mereka. Merajuk saya ertinya tak bercakap dengan mereka, tak pandang muka, buat tak tahu, muka ketat hehee, tak keluar bilik, tak keluar makan… tapi bila dah lapar sangat pergi juga mencari rezeki di dapur :P Macam-macam isu yang ada untuk dimerajukkan… aik..betul ke perkataan ni?
Malangnya saya… selepas bertahun-tahun baru saya menyedari tingkah merajuk saya itu mengguris hati mak dan abah. Memang keanak-anakkan, tak fikir langsung perasaan hati ibu dan ayah yang diperintahkan ALLAH untuk saya berbuat baik. Mak abah, maafkan saya sangat-sangat. Sekarang ni saya dah tak merajuk apa-apa kan…? Anak yang baik kan..heee..
Bila masuk U, duduk belajar bersama kawan-kawan - tak ada sangat isu merajuk ni. Saya ni rupanya jenis orang yang suka menghindar konflik, jadi play safe. Saya berjauh diri dari ketegangan dalam perbincangan, saya abaikan apa-apa yang saya tersinggung dan saya (perasan!) saya seorang yang cepat meminta maaf dan memberi maaf.
Tetapi selepas bernikah…………… bermulalah episod baru tentang merajuk. Sama saja macam kalian, macam-macam isu boleh datangkan rasa nak merajuk dan berjauh hati :D
Saya belajar untuk merajuk secara professional. Saya belajar untuk merajuk dengan cara yang diredhai ALLAH. Kerana merajuk adalah bahagian penting dalam rumahtangga yang perlu diuruskan... betul tak? Tetapi sangat susah rupanya sesi merajuk dengan suami ini... beberapa kali saya gagal merajuk dengan cara yang baik... Sebab apa ya??
Saya belajar untuk merajuk secara professional. Saya belajar untuk merajuk dengan cara yang diredhai ALLAH. Kerana merajuk adalah bahagian penting dalam rumahtangga yang perlu diuruskan... betul tak? Tetapi sangat susah rupanya sesi merajuk dengan suami ini... beberapa kali saya gagal merajuk dengan cara yang baik... Sebab apa ya??
Pertama, sebab suami saya adalah lelaki yang punya hormon T dan saya pula perempuan yang kaya hormon E & P (refer buku bio ya), perbezaan psikologi membawa konflik yang kerap. Kedua, saya rasa ada orang dah curi lah sifat pemaaf dan rendah hati dari saya, hingga saya rasa dah berkurangan rasa nak memberi maaf dan meminta maaf… teruknya kan… :P
(Ketiga, syaitan mengambil kesempatan mencucuk dan memanaskan hati yang tak mengingat ALLAH. Bacalah auzubillah ketika sedang marah atau merajuk..)
(Ketiga, syaitan mengambil kesempatan mencucuk dan memanaskan hati yang tak mengingat ALLAH. Bacalah auzubillah ketika sedang marah atau merajuk..)
Ok tapi sekarang dah mencecah tiga tahun kehidupan suami isteri, saya rasa dah matang sikit...Alhamdulillah terima kasih ALLAH kurniakan suami yang matang supaya saya jadi cepat matang... Sikit saja dah improve, insyaALLAH boleh improve lagi :P
Saya tak boleh buat cara merajuk dengan mak abah dan adik beradik macam dulu. Dulu mereka tak layan, dan saya pujuk diri sendiri. Akhirnya baik.
Sekarang, kalau saya merajuk, perlu ada tempoh yang boleh diterima suami. Saya perlu merajuk dengan meluahkan perasaan secara hikmah dan bertenang. Saya merajuk, tapi saya tetap kena layan dan tak boleh buat tak tahu dengan keperluan suami. Saya rasa merajuk, saya perlu memujuk hati sendiri cepat-cepat, dan mula menyapa suami dengan senyum ceria.
Kalau saya rasa nak merajuk waktu suami balik kerja, saya pause dulu rasa merajuk. Saya pakai elok-elok, berus gigi, cuci muka, wangi-wangi sikit, keluar sambut suami dengan senyuman. Ikhlaskan kerana ALLAH. Moga ALLAh bagi pahala mujahadah melawan merajuk. Moga dapat juga pahala bagi senyuman manis yang menyejukkan jiwa maskulin seorang suami :D
Betul isteri-isteri, anda semua sangat cantik.. kalau senyum lagi cantik dan mendamaikan jiwa suami. Rasa macam hilang separuh penat suami, suami lupa cabaran kerja dan cabaran kewangan bila ada isteri yang tetap mesra tersenyum bila bertemu di rumah atau bila masuk kereta sama-sama balik kerja.
Takpelah suami buat muka ketat, mungkin dia stress atau jadi apa-apa yang tak seronok di ofis tadi, kita senyum je dulu, salam cium tangan, buatkan jus atau air mineral sejuk pun boleh… ada kek coklat beli kat ofis pun boleh. insyaALLAH hati suami rasa terpujuk dan malam nanti tak adalah suami macam dingin saja dengan isteri.
Takpelah suami buat muka ketat, mungkin dia stress atau jadi apa-apa yang tak seronok di ofis tadi, kita senyum je dulu, salam cium tangan, buatkan jus atau air mineral sejuk pun boleh… ada kek coklat beli kat ofis pun boleh. insyaALLAH hati suami rasa terpujuk dan malam nanti tak adalah suami macam dingin saja dengan isteri.
Bila waktu lewat petang itu isteri telah set environment yang menenangkan, insyaALLAH ia akan mempengaruhi hingga malam. Suami rasa seronok nak duduk dekat-dekat, nak bermesra bermanja dengan isteri dan anak… suami akan rasa rumah adalah syurga kecil yang membahagiakan.
“Tapi cik nurul adni, kami ni berkerja ofis. Pukul 7 dah gelap sampai rumah. Kami pun stress dengan kerja ofis. Kami pun tak larat nak senyum bila sampai rumah. Anak-anak pun dah menerkam. Suami pandai-pandailah bawak diri...”
Hmm macam mana ni ya, nak jadi isteri dicintai Rasul SAW yang yang sentiasa menyejukkan hati suami, yang melayan suami sebaiknya kalau hati isteri pun tak sejuk dan selalu stress.. takpe kita sama-sama fikir nanti. Tak boleh biarkan isteri tertekan dengan arahan majikan, kerana menyebabkan suami dan rumahtangga berada dalam ancaman.
Bab merajuk tu, bila tadi petangnyanya dah pause, bila nak sambung merajuk? Tak meluahkan, merajuk saya tak selesai. Biasanya setelah beberapa bulan berkahwin, kita boleh baca air muka dan mood suami, jadi manfaatkan waktu tenang suami untuk luahkan apa-apa ketidak puasan hati. Dengan tenang dan berhikmah. Dengan menggunakan perkataan ‘saya’, bukan ‘abang’.
“Abang dah buat saya sedih.” (Ni ayat yang salah – jangan menyalahkan orang lain atas perasaan kita.)
“Abang selalu sakitkan hati saya.” (Ni juga ayat yang sangat salah – jangan guna ‘selalu’ untuk benda yang negatif, itu exaggerate – melebih-lebih dalam memburukkan)
“Saya sedih sebab…” (Ni ayat yang betul, bermaksud kita bertanggungjawab atas perasaan kita…)
“Saya kecik hati sebab…” (Ni juga ayat yang betul…pastikan perkataan dan nada seterusnya pun tersusun baik. Jadi betul-betul fikir sebelum berbicara.)
Maka, luahkan secara spesifik kepada suami apa perkara yang buat kita sedih, terasa hati, tak seronok atau tersinggung. Suami terima atau tak, itu lain kira. Suami ada sebab untuk tak terima luahan kita. Jadi di situlah datangnya kompromi dan rendah hati. Cuba kita faham apa yang suami fikir dan rasa dengan kata-kata dan tindakan kita. Akui kesilapan sendiri.
Ishh susah bab merajuk dan berkonflik ni, sebab tersalah cakap boleh jadi gaduh besar, dan akhirnya apabila makin banyak siri merajuk yang tak selesai dengan baik – maka perceraian menjadi pilihan popular yang amat berbahaya – bak kata pakar perkahwinan dan pengasas laman smartmarriages.com.
Kalau amat sibuk, badan dah penat, tak ada masa untuk duduk tenang meluah perasaan – maka menulis. Manfaatkan teknologi di tangan, handfon, ipad, galaxy tab, blackberry etc untuk menulis mesej kepad suami meluahkan segala ketidakpuasan dan jangan lupa kesyukuran juga. Walaupun rasa tak puas hati, tuliskan juga perkara yang kita suka dan puas hati tentang suami - itu erti bersyukur kepada suami seperti yang ditunjuk Rasul SAW. Berlaku adillah, jangan lupakan kebaikan suami walaupun rasa suami telah menyinggung hati.
Komunikasi melalui muka masam, nada tegang dan aksi merajuk macam saya dulu-dulu sangat berpotensi membunuh perkahwinan. Beberapa isteri berkongsi bahawa suami tak suka mereka berdiam diri jika ada sesuatu. Belajarlah meluahkan. Nyalakan asap anda. Supaya suami boleh fikirkan dan muhasabah. Supaya suami juga boleh memperbaiki keadaan. Maka suami juga perlu belajar merespon supaya isteri rasa tenang dapat meluahkan. Isteri juga harus mengkedepankan perasaan suami, supaya dalam merajuk - masih ada penghormatan dan ketaatan.
Dan saya memang rasa tenang selepas meluahkan, apatah lagi suami merespon dengan cara yang saya suka dan rasa difahami. Terima kasih memujuk… Saya juga dah biasa dengar yang orang lelaki fed up isteri merajuk lama-lama, jadi sekali suami datang pujuk dan mendekati – saya pun terus rasa nak berbaik-baik. Ruginya buat syaitan happy…
Dan lebih membimbangkan, time isteri merajuk lama-lama inilah hati suami terbuka besar buat wanita di luar sana yang bermanis muka dan melayannya dengan baik…ngeee takutnya…mendedahkan suami pada fitnah lantaran rajuk kita yang tak terarah... Kalau suami ada isteri lain yang nak melayannya, alhamdulillah. Bukan teman wanita lain.
Dan lebih membimbangkan, time isteri merajuk lama-lama inilah hati suami terbuka besar buat wanita di luar sana yang bermanis muka dan melayannya dengan baik…ngeee takutnya…mendedahkan suami pada fitnah lantaran rajuk kita yang tak terarah... Kalau suami ada isteri lain yang nak melayannya, alhamdulillah. Bukan teman wanita lain.
Bila suami dah minta maaf, hati pun berbunga ceria (teruknya kan…saya yang bersalah, tapi nak suami pula yang minta maaf) . Ya ALLAH bantu kami menjadi insan pemaaf dan meminta maaf walau kepada sesiapapun yang telah kami sakiti. Mudah-mudahan kata maaf suami dan lembut hatinya memujuk isteri menjadi amal soleh yang bernilai di sisi ALLAH, demi keharmonian jangka panjang sebuah perkahwinan.
Jadi para suami soleh di luar sana, sama-sama kita belajar kitab komunikasi agar isteri berasa difahami, agar isteri rasa puas dirinya didengari, difahami, rasa dihargai dan dicintai.. Wajib membaca dan menelaah buku tentang relationship dan perkahwinan supaya tidak bercerai… seperti seorang pakcik yang saya temui bercerai selepas usia separuh abad dengan alasan –bercerai kerana salah memahami karakter wanita. Perceraian adalah harga yang perlu dibayar untuk ilmu yang tidak diusahakan. Selepas bercerai baru pakcik itu lebih memahami kerana telah mengikuti kelas yang berkaitan perkahwinan dan psikologi lelaki perempuan..
Apapun, para isteri jangan hanya fikir merajuk diri sendiri yang tak berkesudahan. Lihatlah ke hati dan minda suami, apa pula yang suami merajuk dan berjauh hati dengan sikap kita sebagai isteri. Pujuklah suami dengan perbuatan, sentuhan dan kata-kata yang menenangkan – bila suami merajuk dan berjauh hati. Berusahalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati suami dengan usaha dan doa.
Bila ALLAH menjanjikan syurga buat isteri yang taat kepada ALLAH dan suami, ia bukannya semudah ABC. Ia adalah amal ketaatan yang berterusan, mujahadah yang tinggi dan segala akhlak mulia kepada ALLAH dan sesama manusia (terutama kepada pasangan). Jika kita merasakan diri ini adalah seorang wanita yang baik, maka kebaikan itu biarlah teratas dinikmati dan dirasai suami. Janganlah hanya orang luar yang menilai kita baik, namun di mata suami kita adalah sembilu yang menusuk pedih ke ruang paling dalam...
Moga rumahtangga kita dipelihara dan diberkati Allah selamanya…
Bila ALLAH menjanjikan syurga buat isteri yang taat kepada ALLAH dan suami, ia bukannya semudah ABC. Ia adalah amal ketaatan yang berterusan, mujahadah yang tinggi dan segala akhlak mulia kepada ALLAH dan sesama manusia (terutama kepada pasangan). Jika kita merasakan diri ini adalah seorang wanita yang baik, maka kebaikan itu biarlah teratas dinikmati dan dirasai suami. Janganlah hanya orang luar yang menilai kita baik, namun di mata suami kita adalah sembilu yang menusuk pedih ke ruang paling dalam...
Moga rumahtangga kita dipelihara dan diberkati Allah selamanya…
11 comments:
Assalamualaikum wbt Nurul..
Perkongsian yang sangat menarik.. kebetullan plak terkena batang hidung sendiri pagi ni..
terima kasih kerana terus menulis sesuatu yg sgt bermanfaat.
Mohon syer utk tepek kat blog sendiri.
Assalammualaikum...
Alangkah benarnya dan memahami..
saya pun masih di peringkat awal perkahwinan...dan merajuk dengan bahasa bisu...
Ia adalah amat salah dan membuatkan suami marah..dan bertambah2 kesedihan dari merajuk yang pertama tadi...
tapi alhamdulillah dipujuk kembali dengan syarat...
"jangan berdiam diri macam tu lagi, abg tak suka (dan tak paham yang sebenarnya apa yang dimerajukkan)...
So sekarang walaupun sesukar mana pun, kena belajar menutur kata menyusun bicara untuk meluahkan...
Thanks nurul
sama-sama kasih :)
ukhti jasmin dan AAAJ : menarik perkongsian kalian, apa yang kalian lalui, sama juga dengan saya hihiii
kita berusaha lagi ya, mudah-mudahan ALLAH redha...
assalamualaikum w.b.t.
Ya Allah..syukur sangat dapat baca entri ni.. sangat menarik.. terima kasih.. alhamdulillah.. :)
saya ni bila datang angin nk merajuk, memang akan merajuk sungguh2..bila suami tak pujuk, lagi la meradang..silap2 tak tegur suami langsung.. (nauzubillah..ampunkanku Ya Allah)
tapiiiiiii...lepas tu menyesal..sedih..menangis sorang2..sebab rasa berdosa sangat2...huhuhu..
terima kasih bagi tips menarik ni.. so, lepas ni kena banyak2 istighfar... dan cuci muka-gosok gigi-pakai perfumes-then baru berdepan dgn suami sambil senyuman manis...yesss..!!
hehehe.. TQvm :)
saya pun selalu marahkan diri sndiri kerana mudah sgt bkecil hati dan merajuk akan pkara2 remeh, tetapi tidak diluahkan pun. akhirnya mendatangkan pergaduhan pula akibat pbuatan sndiri.. :( tetapi slps itu saya la yg meminta maaf krna mcetuskan pselisihan..kesimpulannya, luahkanlah apa yg tbuku di hati..
diawal perkahwinan mmg saya suka merajuk atas sebab yg remeh..usia meningkat,saya dah semakin matang..cakap direct je bila tak puas hati..hehe
saya rasa betul juga, kadangkala hanya masa yang boleh mematangkan kita. maksudnya masa memberi ruang untuk kita belajar dan berubah :D
Subhanallah..rupanya macam ni cara nak salurkan 'merajuk' kita ngan suami ya..patut la bila kita senyap tak nak cakap sbb merajuk ngan suami mbuat suami bkecil hati...tkasih ya Allah..kerana tunjukkan jalan ini..smg Allah mbalas jasa dik adni :)
belum pernah lagi merajuk terlalu lama, tapi jika selepas dipukul teruk suami pula minta maaf kerana xsengaja berkasar.. ouh ya, saya angguk memaafkan dgn harapan esok tidak dipukul lagi.. kembali dari tempat kerja masih senyum, sediakan makan malam dan minum serta sediakan diri untuk hari akan datang pula. semoga saya tabah
Lelaki yg memukul isteri bukan lelaki yg baik..kerana tiada sebab utk dia memukul isteri...lelaki itu perlu bersabar kerana itulah yg dituntut oleh Tuhan... Tinggalkan sahaja lelaki itu...
Terima kasih atas sharing ni. Saya masih baru sgt dalam alam perkahwinan. Takut nak merajuk dgn suami tapi selalu rasa nak merajuk. Lebih2 lagi sebab kami hubungan jarak jauh. Susahnya nak telan saja perasaan merajuk tu sbb takut suami tak sedar, maka perangai tak berubah. Tp pada masa yg sama, takut juga diri sendiri selalu sangat mengharapkan suami berubah tak sedar mungkin diri ni yang kena terima memang perlakuan suami seadanya. Banyak sgt persoalan. Semoga Allah jauhkan diri ini dengan bisikan syaitan. Minta doakan ketenangan hati dan mempunyai sikap maaf yg tiada had ya..
Post a Comment