Tuesday, November 22, 2011

Bila nikah cerai menjadi bisnes...



Malam ini air mata menitis. Merindukan sesuatu yang paling berharga.., Mampukah dimiliki? Moga ALLAH membantu dan menunjuk jalan.

**************

Siang tadi antara emel terawal yang dibaca adalah tentang isteri yang berpisah dengan suami – kerana tidak dibenarkan berjumpa oleh madu, katanya. Dan ini bukan kes yang pertama dikongsi dengan saya, tentang isteri yang dipisah-pisahkan. Oh ALLAH, bagaimana saya boleh membantu?

Petang tadi berjumpa seorang peguam syarie untuk urusan berkaitan nikah cerai… Bila mendengar kos yang agak tinggi untuk orang biasa, Ya ALLAH, sebeginikah bisnes yang berlangsung antara mereka hasil perceraian kami yang berlangsung satu persatu?

Sebelum bernikah - butik perkahwinan, pakej perkahwinan dan segala bisnes berkaitan majlis perkahwinan telah mendapat pulangan lumayan puluhan ribu. Kerana keghairahan pegantin untuk sebuah majlis yang ‘sederhana tapi sempurna’. Sewaktu pernikahan terbubar, ribuan juga yang perlu disediakan untuk peguam yang menjadi orang tengah. Tidak menyalahkan peguam, itulah rezeki dari bidang mereka yang sebenarnya membantu urusan mahkamah…tapi…tapi…

Tapi bagaimana untuk mengelak ribuan ringgit pergi begitu saja untuk sebuah perceraian yang tak pernah diimpikan… ( Namun bercerai suka sama suka tak memakan kos yang tinggi - pergi saja melafaz cerai di pejabat agama).

Malam ini menerima juga sms seterusnya dari seorang teman lama yang memikir-mikir untuk meniti jalan perceraian… Ya ALLAH, bantulah hambaMU ini.. Bantu diriku dan mereka… Masihkah ada jalan pulang untuk kami kembali kepadaMU tanpa perlu meleraikan ikatan pernikahan ini? Masih adakah ruang untuk anak-anak comel ini melihat penyatuan hati ibubapanya?

Hari ini ALLAH benar-benar menguji dengan urusan nikah kahwin cerai. Mendengar statistik perceraian di sebuah daerah yang berjumlah 1700 untuk 300 hari pertama tahun 2011… Sebuah daerah, bagaimana dengan sebuah negeri?? Ya ALLAH, apakah yang akan jadi pada ummah ini jika rumahtangga sebagai unit terkecil punah dan ranah…

Terasa kerdilnya jiwa… Hingga airmata tertumpah dengan semua ini. Antara teori seorang kaunselor ialah harus bijak mengasingkan diri dengan masalah dan cabaran orang lain. Tidak boleh overwhelmed dengan masalah orang, nanti tak boleh bertugas dengan professional.

Saya bukan kaunselor. Hanya blogger muslimah yang membawa tema pernikahan. Dan kalian adalah saudara semuslim yang saya kasihi...pasti sedih sama terasa. Mungkin saya baru lagi menghadapi perkongsian kisah sebegini - jadi terasa kejutan, sedih dan tak percaya. Saya hanya insan biasa yang ingin mendaki tangga kehidupan bersama kalian.

Saya seorang hamba yang berusaha melaksanakan tanggungjawab khalifah. Membantu menjadikan bumi ini tempat yang damai untuk didiami. Ia terasa semakin sulit dan payah. Tuhan, eratkan cinta dan jiwa kami….

***************

Airmata masih menitis. Hikmah perjalanan hari ini meredah panas dan hujan lebat silih berganti = menjadikan saya banyak bicara kepada ALLAH. Dalam sendu, ada rindu yang datang bertalu…

Saya mencapai handfon dan sms kepadanya, “Alhamdulillah bersyukur sangat ada rumah tempat berteduh, ada tilam yang selesa, ada semua kesenangan dunia…Moga kita semua makin mencintai ALLAH.”

Rindunya…Sangat merindui cinta ALLAH. Sangat merindui kampung sebenar yang ALLAH sediakan di sana…….Saya tidak mahu apa-apa.Tidak pernah ingin ke mana-mana lagi, hanya mahu ke sana……..bersama kalian semua.



3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Untuk makluman adik,walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara baik, permohonan cerai perlu difailkan di mahkamah. Lafaz cerai perlu dilakukan di hadapan Hakim & bukan di pejabat agama kerana ada peruntukkan undang2 mengenainya.Sesiapa yg melafazkan cerai di luar mahkamah, mereka boleh dikenakan denda.

Sekadar berkongsi ilmu..:)

JA

Nurul Adni Adnan said...

JA.. Terima kasih atas info lanjut dan pembetulan :)

maaf atas kesilapan.

Anonymous said...

sama2 Nurul & terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman :)

JA

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...