Monday, September 19, 2011

Wahai suami kaya, berpoligamilah...



Dari pengalaman, pembacaan dan pengkajian seterusnya tentang poligami, saya bersetuju dengan pandangan yang menganjurkan agar suami-suami yang kaya dan berkemampuan terlibat dengan projek pernikahan bernama poligami.

Agar kekayaan material yang dimiliki oleh seorang suami dapat dimanfaatkan kepada lebih dari satu isteri & satu keluarga.

Ya, tidak semestinya kekayaan dapat diagihkan hanya melalui poligami, namun sedekah harta suami yang poligami kepada para isteri dan anak-anak turut hadir bersama rasa cinta kasih seorang suami kepada wanita.

Wahai suami yang kaya, kalian diperlukan para wanita yang masih sendiri untuk merasai indahnya sunnah pernikahan.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Melimpah Kurnianya. Bila melihat suami sendiri mampu berbagi-bagi keselesaan hidup dengan keluarga para isteri, maka saya lebih nampak betapa sangat dianjurkan bagi lelaki yang mampu - agar menikah lebih dari satu.

Bukankah semakin banyak harta dikongsi dengan orang lain, pulangan dari Allah juga melimpah ruah?

Seorang isteri juga adalah setiausaha yang seharusnya membantu suami untuk memanfaatkan harta ke jalan yang diredhai. Namun terlebih dahulu saya dan kalian yang bergelar isteri harus merasa cukup (qana'ah ) dengan apa yang telah diberi oleh suami.

Berkongsi kisah peribadi, antara soalan yang sering tiba pada saya sebagai isteri pilot ialah " Dah banyak lah ya melancong ke luar negara?"

Hmm kalian lupa ya, yang banyak terbang di awan biru adalah suami saya :D
Saya pula adalah 'kapten' yang menjaga urusan rumahtangga dan anak-anak. Walaupun mampu, setakat ni alhamdulillah keluarga kami tidak menjadikan melancong ke luar negara sebagai aktiviti tahunan keluarga.

Saya pun lapang hati bila kos untuk melancong ke sana sini diganti kepada bantuan untuk ahli keluarga, saudara mara atau teman teman yang lebih memerlukan. ( takpe kan berkongsi cerita memberi bantuan ? )

Moga lebihan rezeki juga membawa saya mendorong suami untuk bernikah lagi. Dan sesungguhnya kasih sayang dalam perkahwinan juga adalah rezeki yang amat berharga dari Allah.

Pada yang suka melancong, silakan jika mampu. Dalam masa yang sama, jadikanlah aktiviti melancong itu memberi pahala kepada suami yang menaja, bukan sekadar jalan jalan berbelanja untuk kepuasan sendiri ya :-)

Pada suami yang berpendapatan lima angka, anda mudah saja diluluskan pihak mahkamah jika bermohon berpoligami. ( tapi keseluruhannya tak lah semudah yang disangka ) :-P

Ohh jika membaca tentang ini, tentu suami yang kaya berkemampuan berkata,

"Saya memang dari dulu berhajat berpoligami, insyaAllah saya mampu nak menampung lebih dari satu famili. Tapi isteri saya tak boleh terima.."

Jadi mungkinkah sahabat-sahabat, kakak-kakak di luar sana yang punya suami kaya sudi berkongsi kasih sayang dengan wanita-wanita lain...?

Moga kalian para isteri juga memperoleh ganjaran yang bernilai dari Allah atas usaha menghadiahkan pernikahan (baca: suami sendiri) kepada wanita lain.

Pasti suami akan bertambah sayang pada isteri yang membantu memudahkan perjalanan pernikahan keduanya. ( atau ketiga & keempat)

Apapun, bila berbicara tentang 'suami kaya', ia adalah subjektif. Penafsiran kita semua berbeza beza tentang kaya.

Maka saya bukan menggalakkan suami yang kaya harta, tetapi juga kaya budi bahasa.

Sesungguhnya lelaki kaya yang layak berpoligami adalah lelaki yang juga kaya hati dan budi bahasa - itulah kekayaan sebenar yang dipesan oleh Rasul.SAW.

Dalam kehidupan suami isteri, kekayaan hati lah yang perlu suami isteri bangunkan bersama-sama.

Bukankah isteri yang dicintai suami adalah juga isteri yang kaya budi perkerti? Yang tulus mencintai, yang halus cantik perkataan dan perbuatan...

Keharmonian dan kebahagiaan - poligami atau monogami - adalah pada hati yang kaya, berlapis-lapis kesabaran dan perilaku mulia. Jua pada hati yang lapang dan kuat menongkah gelombang rumahtangga. Inilah maksud hakiki insan yang kaya.

Dan semua sifat hati serta akhlak mulia lahir dari kayanya ilmu. Diriku dan dirimu adalah benar insan yang kaya jika semakin bertaqwa dengan bertambah ilmu..

Jadi para peneraju rumahtangga perlu bekal hati yang banyak, kaya jiwa buat mengganti jiwa yang lemah dan tersalah dalam mengharung onak duri kehidupan.

Bernikahlah, berpoligamilah buat insan yang kaya ilmu & akhlak mulia..rancanglah sumber ekonomi, dan yakinlah bahawa isteri isteri dan anak anak akan dicukupkan rezekinya oleh Allah, bukan oleh gaji lima angka.



Published with Blogger-droid v1.7.4







12 comments:

Anonymous said...

Itu berat untuk menemukan orang-orang berpendidikan pada topik ini, namun Anda terdengar seperti Anda menyadari apa yang sedang Anda bicarakan! Terima kasih

Kak Long said...

apakah saudari sudah bersedia meminang wanita lain untuk menjadi isteri ketiga suami, lantaran menulis entry ini. Jika benar Alhamdulillah. Ini kerana di luar sana ramai andartu dan ibu tunggal yang sangat memerlukan perlindungan sosio-ekononomi dari seorang lelaki yang bergelar suami. Benar, Islam itu indah kerana membenarkan poligami tetapi lelaki yang berpoligami itu mestilah cukup syarat-syaratnya..dan wanita yang berpoligami juga mestilah wanita yang cukup syaratnya. Kalau jenis yang tak kuat iman, tak redha, membentak mengamuk tak tentu hala...porak-porandalah rumah tangga jadinya. Saya rasa suami saudari memang layak menambah isteri atas sebab pendapatan, ilmu agamanya dan peribadinya (berdasarkan cerita saudari). Jadi bantulah wanita yang tidak berkahwin dan juga anak-anak yatim jika berkemampuan...

Nurul Adni Adnan said...

assalammu'alaikum kaklong, terima kasih atas perkongsian :)

insyaALLAH hati saya cenderung ke arah itu, sedang memikirkannya.. doakan moga kami para isteri dan suami mampu membina keluarga yang lebih banyak dan lebih baik ~

Anonymous said...

Saudari kelihatan berkeyakinan dalam percakapan. Saya jarang berjumpa wanita yang sehebat, setabah, seredha saudari. Membaca penulisan saudari seolah2 saudari tiada cemburu, sayang, seperti wanita lain. Malah menggalakkan suami berkahwin lagi. Mungkin kerana saudari isteri kedua, maka tidak kisah jika perkara sama berlaku. Kerana saya tidak pernah melihat isteri pertama yang berbicara tentang menggalakkan suami berkahwin lagi. Saya juga hidup dalam persekitaran poligami (bukan isteri pertama), namun saya tidak pernah menyuarakan agar suami memiliki isteri yang seterusnya. Biarlah jika ia berlaku, itu ketentuan Allah dan saya redha. Namun saya tidak bersuara, kerana saya seorang perempuan biasa. Saya tidak tahu bagaimana perasaan isteri pertama yang terluka hatinya, walaupun redha. Namun saya tahu perkara sama mungkin boleh berlaku kepada saya. Tahniah kerana saudari sudah bersedia untuk semua itu. Dan jika suami saudari telah bernikah buat kali ketiga, entri saudari yang saya nantikan...

Anonymous said...

saya bersetuju dengan 'Anonymous said'. saya adalah isteri yg hidup dlm lingkungan poligami, memang hebat kata-kata anda....saya tidak menentang poligami dlm khidupan tetapi jika kita seorang pompuan yang baik, sekurang-kurangya letaklah diri kita ditempat isteri pertama.Mengambil suami orang memang tak sakit, malah anda akan bangga kerana kedudukan tersebut tapi tak berfikirkah anda kedudukan isteri pertama, perasaannya bagai ditusuk sembilu, kehidupan sebelumnya hanya dia dihati suami tapi bila wujudnya isteri kedua bagai hidup diawangan malah lebih teruk jika hubungan dirahsiakan.kalau anda menjadi isteri pertama belum tentu anda seperti madu anda sekarang.Berterima kasihlah padanya, janganlah menulis coretan @ artikal sebegini kerana saya pasti dia akan terluka.

Nurul Adni Adnan said...

Assalammu'alaikum wa rahmatullah

Terima kasih atas respon, pandangan dan keprihatinan semua teman-teman pembaca.

Alhamdulillah saya dan kita semua sama sahaja, ada sisi yang positif ada sisi yang kita lemah. Kita saling belajar ya..

Ya, ujian perkahwinan adalah berat dan sangat menusuk perasaan pada kebanyakan kita, tak kira pada isteri pertama atau kedua, atau ketiga dan keempat. Satu-satunya isteri juga sangat berat diuji.

Doakan keluarga kami bahagia :)Ya, saya sangat berterima kasih pada tuhan atas nikmat suami, berterima kasih pada kakak dan anak-anak..

Anonymous said...

nampaknya suami anda tak lah sehebat mana sebab wpun mampu tapi masih belum lagi menikahi janda2 yg beranak ramai, ibu2 tunggal atau balu....

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih membaca dan merespon...

terima kasih mengingatkan tentang ibu tunggal kerana sememangnya dari awal lagi suami saya telah memilih calon calon ibu tunggal yang punya anak anak namun akhirnya calon lain yang menjadi ketetapan Allah...

terima kasih atas persoalan ini :) mungkin ramai juga yang nak tahu dan tertanya...

Anonymous said...

.............":) mungkin ramai juga yang nak tahu dan tertanya..."

itu statement anda :
jwpan saya "tak perlu & tak ingin nak tau pun sebab jawapan anda tetap sama & biasa :"itulah ketetapan & takdir Allah",,, klise statement....

sama spt "saya tak nak jadi isteri ke2 tapi apakan daya dah takdir & itulah kehendak Allah"....

Hashimah Hassan said...

Assalamualaikum wbt...
Sbnarnya sya baru sahaja menjadi pembaca blog saudari Nurul, Alhamdulillah setiap entri yg ditulis membuat saya berfikir pjg dan lbh menyedari diri sebagai HAMBA Allah yg kdg2 kita terlupa, utk anonymous yg merespon kpd tulisan saudari Nurul, sya kira usahlah disoalkan begitu & begini, byk yg positif yg blh di ambil di sini, pikirkan kita sbg hamba yg tidak memiliki dan dimiliki, kita cuma HAMBA ALLAH, igt yg ini

Anonymous said...

hmmm kalau kaya poligami aje ke cara untuk dpt pahala.

Anonymous said...

sy ibu tunggal anak 3 org..mohon poligami bersama suami puan.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...