:: Jadi perempuan ni kena banyak bersabar, bersabar dengan seribu satu perhiasan dunia yang dibentangkan pada kita :: |
"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. " (21:35)
Tiga tahun dulu sewaktu bujang dan bergelar pelajar, saya selalu tak cukup duit. Rasa susah kerana selalu ada dua tiga ringgit saja dalam purse. (Duit tak cukup atau money managemet tak cukup bagus...?? hee...)
Memang rasa susah, tapi seronok pun ada. Sebab ada teman-teman yang berbesar hati berkongsi nasi bungkus. Kalau bukan saya yang beli nasi, mereka yang beli.
Memang rasa susah, tapi seronok pun ada. Sebab ada teman-teman yang berbesar hati berkongsi nasi bungkus. Kalau bukan saya yang beli nasi, mereka yang beli.
Bahagia kan bila berkongsi makanan, makan bersama? Lagipun Rasul SAW pesan, makan berjemaah ada keberkatan :)
Waktu tu juga tak punya kereta, selalu naik bas atau komuter ke mana-mana.. Ingat lagi, kadang-kadang kalau lama sangat menunggu bas di stesen komuter Shah Alam tu, kami berjalan kaki sahaja pulang ke Kolej Akasia Seksyen 18.
Alhamdulillah kini rezeki telah dilapangkan, ada kereta dan rumah. ALLAH memberi (baca: menguji) saya dengan rezeki yang dikurnia melalui suami.
Sakit juga rupanya ya ujian kesenangan..
Saya sama seperti perempuan kebanyakan, saya suka kasut. Suka sandal. Suka baju. Suka makan. Suka jalan-jalan. Suka perhiasan rumah yang pelbagai. Rasa nak langsir macam ni. Rasa nak sofa begitu. Nak kusyen macam ni. Ni cadar macam tu..
Berpeluh saya menahan keinginan pada semua itu dari awal kahwin. Mujurlah suami saya bukan orang yang mudah mengikut keinginan isteri (well, alhamdulillah suami saya dah bagi semua..tapi bukankah manusia tak pernah rasa cukup dengan selembah emas huuuu...)
Kenapa nak menahan diri kalau mampu? Terpulanglah pada perasaan dan pemikiran masing-masing.
Pada saya, cukuplah yang basic - bila membayangkan orang tak mampu beli kasut dan baju, saya pun memujuk hati dari membuat koleksi kasut.. Kita perempuan kan suka macam ni - ni kasut jalan, ni kasut pergi pasar, ni untuk baju kurung, ni kasut untuk pakai seluar dan seterusnya..
Macam tu juga dengan handbag..saya cuba setia dengan yang satu :D Satu handbag untuk semua keadaan dan pakaian. Tapi sekarang dah ada baby, handbag macam tak praktikal, jadi hanya bawa beg baby..
Lagi satu, kalau nak beli apa-apa (yang mahal) biasanya saya cerita pada suami, tapi biasanya benda yang saya rasa nak beli tu, tak penting. Saya jadi malu nak cerita keinginan nak beli pada suami.. Memanglah suami ada bagi duit, tapi tak boleh lah ikut perasaan.
Alhamdulillah bila ada suami ni, saya bersyukur saya berfikir panjang sikit bab shopping... (hurm tapi ada juga waktu-waktu yang saya beli suka hati..)
Alhamdulillah bila ada suami ni, saya bersyukur saya berfikir panjang sikit bab shopping... (hurm tapi ada juga waktu-waktu yang saya beli suka hati..)
Teman-temanku .. ingat-ingatkan diri ini selalu. Bahawa segala sesuatu yang dimiliki ini adalah milik ALLAH. Kita hanya menguruskan... Kita hanya diberi pinjam... Bukan kesusahan sahaja dipanggil ujian, kesenangan juga adalah ujian. Dan ramai juga yang kalah dengan ujian kesenangan.
Baiknya ALLAH pada kita...Jom kita buat baik pada orang, walaupun mungkin orang itu telah menyakiti perasaan kita - pada suami, pada famili, pada teman sekerja atau sesiapa - jom kita buat baik ikhlas kerana ALLAH..
Baiknya ALLAH pada kita...Jom kita buat baik pada orang, walaupun mungkin orang itu telah menyakiti perasaan kita - pada suami, pada famili, pada teman sekerja atau sesiapa - jom kita buat baik ikhlas kerana ALLAH..
Temanku..kita semua nak masuk syurga kan.. masakan syurga itu diperolehi dalam berulit kesenangan, tanpa kepayahan..? Ingat-ingatkan diri ini untuk bersabar, bersabar dari lemas dengan kesenangan. Bersabar mujahadah menyediakan infaq, buat mereka yang memerlukan. Bersabar melakukan kebaikan.
Apa sekalipun yang kita hadapi dan miliki di dunia, akhirnya yang kita inginkan adalah jauh dari azab ALLAH.. ingat-ingatkan diri ini supaya ujian kesenangan tak menjerumuskan saya dan kita ke neraka tuhan..
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” ( 3:185)
Dulu bujang, sekarang dah ada suami.. Teman hidup juga adalah kesenangan yang menjadi ujian.
“Wah…seronoknya ada suami macam tu.."
"Carikanlah saya jodoh macam suami XXX jugak.. "
Alhamdulillah suami yang baik adalah kurnia ALLAH yang sangat besar..
Namun temanku, jangan tersalah menilai, suami yang bekerjaya baik, suami yang bagus dan soleh, apalah ertinya jika diri kita sendiri jauh dari kesolehan di sisi ALLAH..
Carilah suami profesyen apapun, yang penting, moga profesyen isteri dan ibu yang kita sandang punya nilai di sisi ALLAH…
"Wah…bestnya kereta dia.! "
Adakah kereta itu membantu diri beramal soleh..? Atau hanya mengundang riyak tak terkawal..?
"Wah besarnya rumah dia... Saya teringin nak ada rumah macam tu.., "
Rumah yang besar itu, adakah besar juga ketenangan yang dimiliki..? Adakah makin besar cintanya kepada ALLAH... Ayuh kita manfaatkan seluruh nikmat untuk lebih taat. Dan terus taat.
Pada saya yang menjadi surirumah, dengan masa yang lebih fleksibel, adakah masa itu bermanfaat..? Adakah diri menjadi manager rumahtangga yang baik..? Adakah memberi khidmat yang terbaik untuk suami demi redha ALLAH..?
Renung-renungkanlah nikmat yang ada ditangan, sudahkah kita bersyukur dan manfaatkan…?
************************************
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, maka ia adalah dari Allah (4:79)
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (3:14)
2 comments:
saya suka baca cara penulisan saudari..baru je jumpa blog ni..salam kenal..
Assalamualaikum...boleh bagi tips macamana saudari punya time management seharian?..saya juga Stay At Home Mother beranak 2 age 2 and 4yrs..memang terasa tidak punya banyak masa untuk segalanya...:) sedih sedikit mengenang nasib ...jazakallah
Post a Comment