"Menyesal aku kahwin awal'" luahan insan yang berkahwin awal.
"Lebih seronok rupanya hidup bujang sendiri" luahan insan yang telah puluhan ribu dihabiskan untuk majlis perkahwinan.
"Jadi andartu pun takpe, hati tak sakit" luahan insan yang berkahwin di usia lewat.
"Kalau aku tau, aku takkan pilih suami orang" luahan isteri kedua, ketiga.
"Sepatutnya aku kahwin dengan orang yang lebih matang" luahan mereka yang kahwin dengan pasangan sebaya atau lebih muda.
" Sepatutnya aku kahwin dengan yang sebaya, yang lebih memahami " luahan yang punya pasangan jauh berbeza jarak usia.
"Betul cakap mak aku dulu, inilah akibat tak dapat restu mak ayah" luahan insan yang perkahwinan ditentang ibu bapa.
"Aku terburu-buru buat keputusan nak kahwin" padahal telah bercinta empat tahun.
Pada yang berhasrat atau telah bernikah, ini adalah peringatan penting:
Ujian, konflik, goncangan, dugaan, pergaduhan, berkelahi, merajuk, tersinggung, terguris, marah, sedih, kecewa, sakit hati, bosan, menyampah, serabut, darah menyirap...
Rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa nak kelar tangan sendiri, rasa nak baling pinggan ke dinding, rasa nak bunuh diri...
Salah satu atau semua ini adalah hampir pasti kalian akan lalui dalam pernikahan yang kalian dambakan..!
Tak kisah lah dengan siapa atau macam mana situasi nya - konflik, konflik dan konflik. Gaduh, gaduh dan gaduh - di dalam alam perkahwinan. Bezanya - konflik banyak atau konflik sedikit. Bergaduh sekejap atau bergaduh lama.
Kahwin awal. Kahwin Lewat. Mak ayah restu. Peminat restu. Mak ayah tak restu. Mertua tak restu. Majlis kahwin 'grand'. Majlis kahwin 'simple'. Kahwin suami orang. Kahwin orang bujang. Kahwin orang dekat. Kahwin orang jauh.
Kahwin dengan artis. Kahwin dengan ustaz ustazah. Kahwin dengan kaki bola. Kahwin dengan kaki masjid. Kahwin dengan jutawan. Kahwin dengan drebar teksi. Kahwin tukang cuci. Kahwin dengan usahawan kelapa bali.
Kahwin di Malaysia. Kahwin kat oversea. Kahwin di sempadan. Nikah di masjid. Nikah di rumah. Nikah di bawah pokok. Kahwin sebaya. Kahwin lebih muda. Kahwin lebih berusia. Kenal lama. Kenal sekejap. Bercinta lama. Bercinta sekejap. Mak ayah pilihkan. Sendiri pilih......
Semuanya adalah pasti akan berkonflik!
Dulu waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tak nak terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling. Peminat dah bising..
Tak bersedia untuk menghadapi siri-siri konflik dengan suami.
Tak bersedia menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama mertua ipar duai.
Tidak belajar proaktif membangun ekonomi rumahtangga.
Tidak belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Tak belajar betapa besarnya hak-hak pasangan.
Tak belajar habit-habit yang sihat dan penting dalam sebuah perkahwinan.
Tak sangka hubungan intim akan bermasalah.
Tak belajar psikologi dan perbezaan cara hidup dan cara fikir pasangan.
Tak menyiapkan bekal taqwa yang menjadi asas kebahagian hakiki hidup berpasangan.
Lalu... apakah kesannya pada cinta dan harapan yang ada tika 'aku terima nikahnya'?
Ya, bernikah adalah tempat menyalurkan keinginan nafsu dan perasaan yang fitrah. Boleh menjadi salah satu solusi mengelakkan perzinaan. Pernikahan boleh menjadi sumber hiburan dan ketenangan. Kehadiran teman hidup mampu meleraikan kesunyian dan kesepian.
Namun harus kita perhatikan juga perkara-perkara penting untuk keberlangsungan sebuah rumahtangga. Fahami dan bersungguh mempraktikkannya bila rumahtangga telah dibina.
Jika tidak matang dan tidak menyedari pentingnya ilmu tentang alam perkahwinan, perkahwinan kita mudah usai setelah beberapa siri hubungan seks.
Jua tanpa iman dan ketaqwaan, mudah saja perkahwinan terbubar kerana merasakan pernikahan sebenarnya tak memberi kegembiraan, namun menyerabutkan dan menyakitkan perasaan...
Pada yang sedang bersemangat untuk bernikah, mungkin apa yang dikongsikan di sini telah kalian faham dan berusaha hadam.. tapi percayalah jika kalian bernikah, setelah musim honeymoon berlalu - baru benar-benar tahu tinggi rendahnya teori dan realiti.
[ Malah jika tak bersedia ilmu, kematangan, kewangan etc, keindahan musim honeymoon yang diharapkan pun tak akan berlaku...]
Pada yang merasa hampir putus asa untuk menikah, baguslah jika kalian terus tabah.
Hadapilah dengan bijak dan berlapis kesabaran dalam mendapatkan sokongan ibu ayah. Belajar menenangkan diri dan bersungguh mencari strategi dalam cabaran kewangan yang tak cukup untuk buat majlis kahwin, tak cukup duit untuk meyakinkan keluarga si perempuan.
Pada yang mudah menyerah kalah, dengan ranjau berliku proses untuk bernikah dan marah-marah tak dipermudahkan ibu ayah untuk bernikah... ayuh kita muhasabah.
Mungkin ada bagusnya kita tak dapat bernikah lagi, kerana selesai satu masalah hati, ada sembilan lagi cabaran alam pernikahan.. mampukah kita hadapi jika ujian sebelum nikah kita sebegitu lemah dan tak tentu arah?
Pada yang telah bernikah, teruslah mengenali dan mendekatkan diri pada ALLAH. Ini kunci pertama menyejukkan keadaan, membahagiakan perasaan.
Kedua, akhlak baik - lapang dada, memaafkan, memberi maaf, senyum, menahan kemarahan, menggembirakan, dan seribu satu lagi karakter mulia perlu dijadikan perhiasan diri. Seterusnya, tambahkan ilmu dan iman - moga mampu beramal untuk kebaikan, samaada di dalam atau di luar rumahtangga.
Sesungguh, cinta benci dalam alam pernikahan, jua duka lara, suka gembira... adalah rempah ratus kehidupan. Sama-samalah kita mengingatkan diri - bahawa akhirnya kita akan kembali kepada tuhan...
“ (Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)
14 comments:
Assalaamu'alaykum
Nurul,
Akak senyum sendiri baca banyak tulisan awak.. Pada akak, awak seorang yg berada di pertengahan yg sentiasa cuba menjadi POSITIF.
Walau negatifnya tetap ada.. Tapi nak buat mcmana, kita semua manusia..
Akak cadangkan, awak lebih patut menyebarkan tulisan awak ni di media2 lain juga agar manfaatnya dapat diterima umum.
Tapi, akak rasakan strategi ini lebih mampan jika telah ada isteri ke3. Kerana, akak fikir, orang akan berkata, "takpelah dia ckp camtu.. dia tak rasa perasaan isteri pertama.. cuba kalau dah ada isteri lain yg seterusnya.."
Sepertimana akak juga tersenyum membaca tulisan ini,
http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/08/lebih-rela-menjadi-fatimah.html
Akak sebenarnya senyum dgn muka yg berkerut, memikirkan..
1) Adakah nabi kita seorang suami yang 'kejam' buat para isterinya tetapi seorang bapa yg sangat pengasih kepada anak-anaknya?
Benarkah?
Akak terkeliru..
- Kak IZzah
Salam,
Saya tertarik sekali dgn artikel ni. Apa2 pun, terima kasih atas peringatan yg berguna.. kadang2 nasihat org terdekat dgn kita susah utk kita terima, hati lebih terbuka utk terima nasihat org lain..
Apa pun, saya doakan kebahagiaan Nurul dan keluarga, juga harap keluarga saya juga, inshaAllah :)
peringatan yang amat berguna dan mendalam
tqvm..................
assalamualaikum..
seperti selalu, entrie saudari selalu menyentuh hati saya..sambil baca entrie ni, tanpa sedar saya mengangguk-angguk setuju.. :)
mohon izin kongsi entrie ni di facebook.. (^__^)
kak izzah, terima kasih atas perkongsian.
moga-moga tulisan kak, saya dan ukhti fatimah syarha membawa manfaat dan membuka minda~
doakan dapat yang ketiga dan keempat :p moga baik untuk kehidupan dunia dan akhirat~
cik zunita: terima kasih atas doanya, moga kita saling doa dan saling mengingatkan :)
cik sakura: moga ALLAH bagi kekuatan untuk kita jadi lebih baik dan lebih baik, terima kasih membaca blog ini :)
cik dramatic: terima kasih atas dorongan, silakan berkongsi untuk kebaikan semua~
salam nurul
**moga sihat^_^**
TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM
1) Adakah nabi kita seorang suami yang 'kejam' buat para isterinya tetapi seorang bapa yg sangat pengasih kepada anak-anaknya?
Benarkah?
Akak terkeliru..
~ persoalan yang menarik, pasti jawapannya tidak. Nabi tidak 'kejam'.. hehe dan saya yakin kak izzah juga mengetahuinya ^_~. apapun soalan ini amat menarik untuk membuka perbincangan & minda serta untuk difikirkan bersama. ^_^
- saya juga turut membaca tulisan di blog 'sebarkan bahagia' dan turut memberi sedikit ulasan.. antaranya:
Bagi saya, ini kerana wanita itu berbeza keadaan & ujian mereka..
Sebagaimana Maryam, Khadijah, Fatimah, dan Isteri Firaun (biasanya dikenali sebagai Asiah) telah diperakui oleh Allah & RasulNYA sebagai wanita paling bertakwa (dan mereka tidak diuji dengan poligami tetapi diuji dengan pelbagai ujian lain yang lebih berat yang membuktikan ketaqwaan mereka serta mengangkat martabat mereka sebegitu tinggi), begitu juga para isteri Nabi diperakui sebagai wanita yang bertakwa (dan mereka diuji dengan poligami dan pelbagai ujian lain sehingga mengangkat martabat mereka lebih tinggi daripada para muslimah lain), Alhamdulillah.^_^
sejak zaman Salafussoleh..
ada wanita, yang ingin hidup dalam monogami antaranya kisah Fatimah r.a. dan ada juga wanita yang sanggup hidup berpoligami antaranya para isteri Nabi.
Kedua-dua golongan wanita ini sama sahaja, yang menambahkan kemulian mereka hanyalah Taqwa kepada Allah s.w.t.
Siapa antara kita yang lebih mulia?
Hanya Allah yang Maha Tahu.
Kerana kemuliaan seorang wanita
bukanlah diukur dengan kesanggupannya berpoligami
atau tidak..tetapi diukur berdasarkan Taqwa..dan Taqwa itu, biarlah Allah swt sahaja yang mengukurnya.. Kita manusia hanya berbaik sangka.. ^_^
Assalaamu'alaykum
Nurul,
Huhu. Tulisan akak selalu suka2.. terima kasih atas peringatan dan doa awak.. huhu
Ummu Nuh,
Soalan itu sebenarnya adalah persoalan kritis saya terhadap sebuah hadith 'fatimah adalah sebahagian daripadaku. siapa yg menyakitinya bererti menyakitiku'.
Benarkah ini adalah dalil naqli utk sebuah 'pengharaman poligami ke atas Fatimah'?
semak pula bahasan dan kupasan para ulama atas hadith ini.. wallahu 'alam.
Assalamu'alaikum kak nurul ^_^
Artikel akak ni bila senaraikan jenis2 orang kahwin tu, agak menarik (baca:lucu).
Tapi kan, bila dah habis baca post ni.. rasa seram nak kahwin pun ada, huhu. Sungguh perkahwinan itu bukan hal main-main. Bukan hal yg baru sehari nak fikir..
Petikan yg menarik dari ummu Nuh:
"Kemuliaan seorang wanita bukanlah diukur dgn kesanggupannya berpoligami atau tidak.. tetapi diukur berdasarkan Taqwa."
Dan hanya Allah yg dapat menilainya. Saya doakan, moga kesanggupannya termasuk dalam mendapatkan Taqwa.. ameen.
Saya adalah wanita yg sangat cemburu, juga wanita2 lain pun cemburu lebih atau kurang mcm saya. Dan saya tahu cemburu ini tidak akan terhapus.. Hanya dengan rahmat Allah, ia bisa mudah diurus. InsyaAllah
**- Ni kak izzah la ni, buka topik poligami :p
salam...
mtk izin share artikel ni ye,
sebab ia seseolah memberi saya semangat walau sesempurna mana pun pasangan kita,konflik tetap ada!
baru pertama kali terjah blog ini. mohon izin share pada rakan fb dan blogger lainnya.
terima kasih atas semua artikelnya..sangat berguna pada saya saat ini..
saya ditomah perempuan yang bodoh sanggup bermadu/menerima perempuan lain di dalam hidup kami. mereka mempersoalkan keikhlasan hati saya. sememangnya saya dapat terima dengan ujian yang Allah berikan kepada saya kini. cuma tidak semua yang mampu menyokong keputusan saya
maaf,blh bertanya..ada x hadis nabi yang berkaitan dengan seorang isteri yang menyesal berkahwin dengan suaminya? klu ad, riwayat siapa ya?
Tapi bagi saya...saya tetap menyesal bernikah...baru je anak lahir bulan sembilan..seingat saya saya tak pernah berkasar dengan isteri saya...kebanyakan kemarahan saya berpunca dari dia...banyak kemahuan dia sy turutkan..berpantang pun saya yg jaga masa saya cuti.....entah lah...baru2 ni ada bg cadangan untuk adik saya duduk sementara waktu kat rumah kami..sementara adik sy dpt rumah sewa semester depan..untuk sebulan dua je pun duduk rumah kami...bukan selamanya...dia terus tak setuju...kalau sy boleh bertolak ansur dgn ahli keluaganya dan saya tak pernah anggap ahli keluarga dia orang asing...dia boleh anggap adik beradik sy orang asing...sy rasa pernikahan sy tak kemana pun...bila kita bg buah fikiran dan rasional perkara tersebut dia tak terima jugak..lagi pun itu cadangan je untuk adik sy duduk kat rumah kami...darah daging sy mesti la sy nak tolong...sy menyesal bernikah...tp anak kami comel pulak tu...alhamdulillah isteri sy pandai jaga anak kami...tp kurang sifat tolak ansur...dia dah set dlm kepala kalau adik sy duduk rumah kami nanti kalau gaduh habis orang tahu hal rumah tangga...padahal kalau bergaduh dia yg mula dulu...gila betol...sy tetap menyesal nikah...nak kena jumpa tok kadi..sayang tu mmg sayang...kalau serabut kepala otak buat apa..nak solat beribadat pun hati dok menyampah je ...
Post a Comment