:: Abdullah sebagai co-pilot mama di kerusi belakang, sila bagi kerjasama ya.. insyaALLAH mama boleh drive dengan bertenang :: |
InsyaALLAH di pagi isnin ini saya akan pulang ke kampung Kuala Pilah. Menziarah mak abah di musim raya ‘orang Malaysia’ yang masih berbaki dua minggu. Alhamdulillah Hari Raya Pertama hari itu saya sempat pulang ke kampung tapi ramai sekali tetamu mak dan abah, kami tak sempat bersembang sangat. Jadi pulang kali ini lebih banyak masa bertukar cerita insyaALLAH.
Hmm mesti ada orang yang rindu kat mak abah kan..Pada kakja dan bancik, adinda-adinda tersayang saya yang tak dapat balik raya tahun ni, mak dan abah pastinya tak lupa kalian berdua :D …kami pun ingat kalian.
Alhamdulillah, Syawal ini adalah tahun ketiga saya menyambut Eidulfitri sebagai seorang isteri. Bertambah serinya dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata.
Ada yang bertanya, kalau poligami, macam mana dengan giliran Hari Raya?
Setakat ni, kami isteri-isteri bergilir-gilir raya dengan suami. Minggu pertama Syawal tahun lepas, suami dengan keluarga pertama. Jadi tahun ni, suami dengan keluarga saya pula.
Apapun, berbincanglah dengan suami sebaiknya, dan dari perbincangan suami dengan isteri-isteri – buatlah keputusan dengan kesepakatan dan rasa kasih sayang. InsyaALLAH ahli keluarga merasa lapang dan tenang, jua boleh elakkan rasa tak puas hati.
Antara tips penting, bila suami berusaha adil dan menggembirakan semua isteri, maka isteri pun berusahalah permudahkan suami merancang dan membuat keputusan. Sebelum isteri ada apa-apa permintaan dan keinginan, fikirkan situasi suami dan keluarga isteri yang lain juga.
Jika isteri ada perancangan tersendiri, awal-awal lagi komunikasikan dengan jelas. Jangan sesekali kita harap suami boleh ‘print’ dari hati dan fikiran kita – apa yang kita mahu dan harapkan.
Jangan berkomunikasi tentang plan balik kampung atau plan beraya dengan sekadar mimik muka, atau renungan atau jelingan heee …perlu ada suara – susun perkataan elok-elok dan kawal nada ya, supaya tak berlaku salah faham antara suami isteri. InsyaALLAH.
Jangan berkomunikasi tentang plan balik kampung atau plan beraya dengan sekadar mimik muka, atau renungan atau jelingan heee …perlu ada suara – susun perkataan elok-elok dan kawal nada ya, supaya tak berlaku salah faham antara suami isteri. InsyaALLAH.
Mak dan abah saya sendiri pula, sudah sedia maklum yang menantunya ini (suami saya) akan jarang balik kampung - kerana kerja dan urusan keluarga lagi satu. Sebelum bernikah lagi, perkara ini telah saya dan suami komunikasikan dengan jelas pada mak abah. Jadi samaada saya balik seorang, atau berdua dengan Abdullah atau bertiga dengan suami, mak dan abah gembira saja. Tidak menjadi isu yang merenggangkan hubungan.
[Tapi suami dah ingatkan isteri-isterinya ini agar aktiviti ziarah parents di masukkan dalam to-do-list setiap bulan].
Pada ibu ayah, asalkan kita gembira, mereka gembira. InsyaALLAH. Janganlah pula depan suami kita macam ok beraya sorang, tapi depan mak abah kita teresak esak atau berwajah muram kerana pulang beraya ke kampung tanpa suami.
Lain orang, lain cerita rumahtangganya. Cerita raya suami isteri pun berbeza-beza. Ada yang aman gembira di hari raya. Ada yang bergaduh bila Syawal menjelma. Ada yang makan hati berulam jantung. Ada yang aman, ada pula yang tertekan kerana tak cukup wang.
Tak perlu kita membanding cerita rumahtangga, kerana setiap kita berbeza karakter dan kemampuan, berlainan jiwa dan citarasa. Mana yang baik jadikan pedoman. Kita usaha dan doakan saja, moga ALLAH merahmati rumahtangga kita semua :)
Apappun, pada hari Raya - pada yang bujang atau berkahwin, yang berpoligami atau tidak, jangan hilangkan roh Ramadhan ya.. Seperti tazkirah sahabat saya Rohayu Abdullah beberapa hari lepas - antara hikmah Ramadhan ialah ia menjadi wasilah mengatur masa kerja, masa ibadah, masa makan, dan aktiviti lainnya dengan sangat indah. Semangat dengan Quran dan solat yang tinggi, hati lunak, lidah terjaga.
Tiba Syawal yang gembira, jangan kita rosakkan dengan banyak makan, banyak tidur, dan perkara lainnya yang sia-sia lagi berdosa. Jangan rasa down untuk terus belajar dan melakukan ibadah sunnah, teruskan rajin bekerja, banyakkan berbuat baik pada orang lain dengan sarana apa sekalipun mengikut kemampuan.
Doakan saya selamat sampai ke kampung esok ya…Awalnya saya merancang balik ke Kuala Pilah hari isnin lepas, tapi kedua-dua kereta kami ALLAH uji dengan kerosakan, maka kami pun keresahan :D
Pada suami saya yang berusaha menguruskan kenderaan kami para isteri, ALLAH saja yang mampu membalas kebaikan dan sumbangannya.
Pada suami saya yang berusaha menguruskan kenderaan kami para isteri, ALLAH saja yang mampu membalas kebaikan dan sumbangannya.
Sekarang kereta-kereta dah baik, jadi saya atau kalian sebagai Kapten (baca:driver) kena pastikan diri sendiri dalam keadaan yang baik– emosi, mental dan fizikal. Untuk emosi, tenangkan hati dengan doa dan zikrullah.
Untuk mental, bersedialah menghadapi perkara yang diduga dan tak diduga. Berdua dengan anak - harus saya menjangkakan anak tidur sepanjang perjalanan atau ‘berpidato’ atau menjerit kebosanan..
Persediaan fizikal – jangan lupa mandi atau bersihkan diri supaya segar. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Kalau mengantuk berhenti tidur sebentar di R &R, bukan makan gula-gula atau chewing gum atau kuci, tak baik tau untuk kesihatan :D
Sekian perkongsian kali ini, moga ALLAH izinkan kita bertemu lagi~ insyaALLAH~
1 comment:
Tq sis
Post a Comment