Friday, September 16, 2011

Kelembutan & Kemaafan Akan Menang




:: Sesungguhnya syaitan telah merosakkan hubungan antara aku dan saudara-saudaraku
(surah Yusuf) ::


Seorang teman berkongsi masalah tentang konflik dan permusuhan berpanjangan yang dibina oleh saudara terdekatnya. Saya mendengar dan memberi nasihat semampunya agar dia tidak berputus asa mencari ruang perbaikan.

Sesungguhnya hidup adalah medan ujian, dan andai kita menginsafi ALLAH Yang Maha Berkuasa mentakdirkan segala keaadan, insyaALLAH akan hadir secebis ketenangan.

Temanku, kembalikan lah keikhlasan benar-benar untuk meraih keredhaanNYA. Berbuatlah kerana ALLAH. Jika berbuat kerana manusia, kecewa dan putus asa pasti ada...

Dalam menghadapi kekerasan sikap mereka, teruslah berlembut. Kerana sesungguhnya ALLAH SWT mencintai kelembutan dan kasih sayang, seperti mana yang Rasulullah SAW ungkapkan dalam hadith yang sahih Riwayat Muslim, baginda berpesan kepada Aisyah,

"Wahai Aisyah, sesungguhnya ALLAH itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut, akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras..."

Maafkanlah walaupun berat.. Maafkanlah kerana ALLAH...

Betapa sakit sekalipun yang dirimu rasai kerana perbuatan mereka, berusahalah memaafkan hingga hatimu benar-benar tersentuh pada kedamaian..

Pesanan baginda SAW juga dalam hadith sahih Riwayat Muslim insyaALLAH memotivasikan kita..

"...Tidak ada orang yang memberi maaf pada orang lain melainkan ALLAH akan menambah kemuliaannya..."

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Payahnya situasi berburuk sangka, bilamana kebaikan yang dirimu hulurkan hanya dipandang sebagai keburukan yang tak kunjung sudah. Apapun, di samping berdoa, di mana kesempatan yang ada - taburkanlah benih-benih bakti kebaikan dan kasih sayang agar mencantum hati yang lemah terpisah.

Biarlah temanku, masa yang menentukan. Dirimu telah berusaha menyambung silaturahim.  Mereka akan terus duka jika menyempitkan ruang kemaafan dan perbaikan, mereka akan terus derita jika melihat kesusahan yang mereka alami hanya kerana tindakan dirimu.

Sedangkan, apapun ujian yang datang adalah dari Ar-Rahman... Lihatlah semua ini dari pandangan Al Quran dan Sunnah.. Agar lapang hatimu untuk redha lagi memaafkan.

Apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini?

Kita mahu menjadi hamba yang benar-benar diredhai tuhan. Selalu lah ingat tujuan akhir ini, buat meringankan jiwa yang diuji kesulitan.

Kita hanya mahu mencari nilai diri di sisi ALLAH... Kita mencari kecintaan ALLAH yang akan mengalirkan rasa cinta manusia pada kita.. kita takutkan kebenciaan ALLAH, yang tatkala ALLAH membenci, manusia selalu juga akan turut membenci..

:: Moga diri saya dan kalian termasuk dalam orang-orang yang selalu mensucikan hati ::




10 comments:

ummu durrah said...

Assalamu'alaikum Kak Nurul :)

"tidak berputus asa mencari ruang perbaikan."

Mai suka petikan ini.

Doakan mai sekali ye kak..

sea_lavender said...

Alhamdulillah..terbaca artikel yg benar mmbuatkan diri mas'ul dlm kehidupn ini..tk perlu ada lafaz benci pd sape2...saling memaafkn antara 1 sme lain itu yg trbaik.. mncri keredhaan-Nya dan krahmatan-Nya dalam kehidupan..Allah Maha Mengetahui segalanya tntg isi hati kte.. biar kte d pndang hina pd manusia..nmun berusaha d pndng mulia oleh Allah pd kte... Insya-Allah...ingtn buat diri ni juga...

Zyla said...

assalammualaikum akak.. bagaimana pula kalau kelembutan kita itu sendiri akan menampakkan kita lemah dimata yang lain? saya cuba utk menjadi lembut dan tidak mahu mengikut amarahnya.. kadang2 saya sendiri rasa terlalu payah utk menghadapi situasi ni.. akhirnya saya buat keputusan utk menyarahkan pada masa shj...

Nurul Adni Adnan said...

wa'alaikumussalam wa rahmatullah,

mai.. kita saling doa ya, kadang-kadang yang memberi nasihat ini tidak lah lebih kuat pun dari yang menasihati..

hanya saja, kita berusaha yang terbaik untuk mempraktikkan nasihat yang kita kongsi .. ameen.

:)

Nurul Adni Adnan said...

adik sea lavender, kita sama-sama buang rasa benci dari hati.., kasih sayang dan kemaafan yang perlu kita isi..

:)

Nurul Adni Adnan said...

fathin, kak sendiri pun selalu berkonflik tentang ini,.. kelembutan kita disalah tafsir orang.. kita mintalah petunjuk ALLAH dalam bertindak..

LiYa HaNiF :: said...

dah cuba yang terbaik untuk memaafkan. tapi hanya mulut berkata memaafkan tapi hati masih lagi tidak dapat memaafkannya. pd sy sekarang biar tak jumpa di depan mata. kalau boleh dielakkan mmg sy elakkan untuk berjumpa. supaya terasa ati sy nie tidak berlarutan.

Nurul Adni Adnan said...

Liya..memang kadang kadang kita tak mampu nak hilangkan dari hati.. Kita mnta Allah delete dari hati..

Roni said...

Salam Nurul Adni,

Akak paste sedikit dari coretan ini untuk dikongsikan bersama rakan di FB akak.. harap Nurul tidak kisah dan mengizinkannya... seperti di bawah ini...

"Sesungguhnya hidup adalah medan ujian, dan andai kita menginsafi ALLAH Yang Maha Berkuasa mentakdirkan segala keaadan, insyaALLAH akan hadir secebis ketenangan.

Temanku, kembalikan lah keikhlasan benar-benar untuk meraih keredhaanNYA. Berbuatlah kerana ALLAH. Jika berbuat kerana manusia, kecewa dan putus asa pasti ada...

Dalam menghadapi kekerasan sikap manusia, teruslah berlembut. Kerana sesungguhnya ALLAH SWT mencintai kelembutan dan kasih sayang, seperti mana yang Rasulullah SAW ungkapkan dalam hadith yang sahih Riwayat Muslim, baginda berpesan kepada Aisyah,

"Wahai Aisyah, sesungguhnya ALLAH itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut, akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras..."

Maafkanlah walaupun berat.. Maafkanlah kerana ALLAH...

Betapa sakit sekalipun yang dirimu rasai kerana perbuatan manusia, berusahalah memaafkan hingga hatimu benar-benar tersentuh pada kedamaian.."

cebisan dari coretan seorang rakan di blognya..... Nurul Adni Adnan

Terima kasih...

Unknown said...

akak terima kasih wat post pasal kemaafan ni...sgt berguna :-)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...