Tuesday, November 20, 2012

Poligami: Suami tak mampu kewangan...?



'Suami tak cukup duit, tapi nak kahwin lagi.'

Berkali-kali saya ditanya pandangan tentang ini, maafkan saya lambat merespon kerana saya juga membantu mencari jawapan kepada persoalan kewangan yang bukan mudah. Ia bukan sekadar isu yang timbul bila suami mahu berkahwin lagi, tetapi juga cabaran rumahtangga yang paling besar untuk pasangan suami isteri hari ini. Keberantakan rumahtangga akibat aliran keluar masuk tunai yang jauh lebih besar melebihi pendapatan kita semua... Siapa yang punya masa untuk berkasih masa ketika kepenatan dan tekanan mencari rezeki melingkari jiwa...?

_________________

kak nurul, tlg saya... suami saya ada mintak nak kawin lg.... tapi masalahnya... mampukah dia? gaji dia rm 1800,keluarga saya baru nak mula... rumah pun belum ada, duduk menyewa, anak 3 org... x lama lg nak sekolah... saya kenal org yg suami saya berkenan tu... tapi dia belum tahu yg suami saya minat kat dia.... mampukah dia./??? setiap bulan pun kena bercatu... saya pun bekerja bantu dia... tlg saya kak nasihatkan saya... cam ne saya nak buat... sbb saya tgk akak tabah...

____________________


Saya tiada jawapan yang spesifik namun ada beberapa perkara yang saya terfikir dan ingin kongsikan:


1 - Perkahwinan atau berkahwin lagi tidaklah menjadikan seseorang itu bertambah miskin, susah dan daif kehidupannya. Mungkin lebih bertambah rezeki kerana kita semua percaya 'anak adalah rezeki'. Maksud yang sebenarnya ialah setiap dan seluruh insan yang ALLAH lahirkan di muka bumi ini telah ada rezekinya yang tersendiri. Isteri yang baru, atau isteri kedua akan ada rezekinya sendiri dalam pernikahan. Orang lain tidak sama sekali akan menarik atau menghilangkan kekayaan kita atau menyebabkan kemiskinan diri kita kerana janji ALLAh adalah benar semua hamba diberi makan dan minum.


Malah, perkahwinan adalah salah satu sebab bertambahnya rezeki dan menjadi kaya. Mudah-mudahan ALLAH bantu kita, isteri baru dan suami bersabar mencari rezeki tuhan. Lalui kesusahan sama-sama.

2 -  Yang memberi kekuatan kepada seorang isteri menerima atau melalui alam poligami bukanlah kewangan suaminya yang mantap, sekalipun duit itu begitu penting di segenap kekuatan. Yang memberi kekuatan adalah ilmu dan keimanan. Lagipun, saya sendiri misalnya, bila ALLAH bagi lebih sedikit rezeki duit pada saya, saya rasa nafsu berbelanja makin besar. Saya dan kita semua seperti yang rasul SAW kata, beberapa banyak sekalipun diberi kekayaan, tak rasa cukup. Ya nafsu kita akan tak pernah puas dan cukup. Jadi jangan sesekali sandarkan bahagia atau ketenangan pada duit atau perkara dunia. Ia akan merosakkan jiwa kita.


Dari persoalan itu saya merasakan 'tergamaknya suami berkahwin lagi dalam anak isteri hidup kesusahan'. Temanku yang dikasihi, suami tahu dia tak senang namun dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Dia bukan beerti mahu membuang atau mengetepikan keluarga sedia ada, namun dia berasa dia mahu bernikah lagi dan akan bekerja keras untuk menyara kedua keluarga lagi... Banyakkan komunikasi dengan suami.

3 - Jadi saya cadangkan begini, kita tidak mampu mengubah seluruh suasana, namun ALLAH mengajar kita untuk mengubah suasana diri sendiri. Insya ALLAH ALLAH ubah suasana rumahtangga kita. Pertama, yakinlah bahawa ALLAH Maha Teliti, Maha Adil memberikan segala keperluan kita dan anak. Carilah keimanan pada sifat ALLAH yang Maha Pemurah, jika menyandarkan keyakinan dan harapan kepada suami atau kerjaya suami atau kerjaya kita, sandaran kita itu sangat rapuh dan boleh rebah bila bila masa saja. Bila dalam solat dan di luar solat kita menyerahkan hati dan hidup seluruhnya kepada ALLAH - kita yakin menempuh ujian mendatang.


4 - Perasaan suami bernikah lagi itu begitu berat, apatah lagi dengan kewangan yang teruji. Maka yang harus dilakukan adalah tetap berusaha menjadi isteri yang terbaik di mata suami, dengan menjadi hamba yang terbaik di mata ALLAH. Ia tak mampu diuraikan dengan kata-kata, namun sebaik sahaja kita menjejaki jalan mencari keredhaan Tuhan, mengenali dan mendekati Tuhan - banyak pintu-pintu kebaikan dan kedamaian ALLAH bukakan untuk kita... Buat baik dengan suami sebab kita nak ALLAH cinta. Bila ALLAH cinta kita, ALLAH bagi rezeki mencurah-curah bukan sekadar duit namun kasih sayang suami, anak-anak, ilmu, dan yang paling berharga adalah rezeki hidayah.


Jadikan ujian poligami ini wasilah indah untuk mencapai bahagia yang lebih beerti - kesakitan kepedihan kita ALLAh akan bayar jika kita bersabar,..


Saya bukanlah setabah yang kalian sangka -, suami saya, madu-madu saya, teman-teman rapat saya pun tahu saya manusia biasa tiada lebihnya dari kalian. Kita hanya berbeza dan terus berbeza dalam hubungan kita dengan ALLAH. Saya mencemburui amat-amat wanita-wanita yang ada hubungan sangat istimewa dengan Tuhannya, kerana saya tahu mereka lah orang-orang yang beroleh sebenar-benar bahagia. Mereka kaya bukan sekadar hidup dengan kaya duit namun kaya ilmu dan akhlak , mereka mulia, mereka redha pada ALLAH dan ALLAH pun redha pada mereka.


Tiada ketakutan, tiada kesedihan pada mereka. Berkerjalah mencari rezeki membantu suami,  ikhlaskan kerana ALLAH, bukan kerana mengelak suami berkahwin lagi - dan bekerja sebagai hamba ALLAH yang menyerahkan seluruh duka lara pada DIA. Dia akan memberi jawapan yang dirimu mahukan, bukan dari saya. Kerana saya juga banyak persoalan yang menanti jawapan DIA. DIA akan tenangkan hatimu walau sulit kewangan, DIA tahu keperluan anak-anakmu dan akan mencukupkannya. 



Saya pun rasa sangat sayang kalian pembaca semua :) bagaimana pula kasih sayang ALLAH yang Maha Penyayang kepada kita semua..? ALLAH saaaaaangat sayang kita semua, sambutlah cintaNYA.





9 comments:

Anonymous said...

Thanks kak... tapi kak cam ne kami nak melamar dia sedangkan simpanan pun x de... dia mcm mendesak...pas tu mgkin ditolak... sbb dia kaya pempuan tu exekutif

Anonymous said...

Minta dari DIA. Perhaps your husband is NOT one of the special man to lead more than one woman. ALLAH knew BEST.

Mimie Hezrizah said...

Alhamdulillah... Allah telah memberi jawapan yg sy inginkan dr tulisan kamu..ilham dr ALLAH jua..

Semoga segala urusan KITA dipermudahkan ALLAH.. :)

Anonymous said...

saya selalu istikharah... tapi hati saya tetap jgk x tenang tentang poligami... petunjuk yg saya nampak dlm mimpi sume yg x elok... tapi suami tetap jgk bertegas nak berpoligami... betul ckp anynomus tu mgkin suami saya bukan dipilih untuk beristeri lebih... sbb kewangan sbb mcm2 lg... saya x nyatakan disini... tapi mcm ne saya nak buat dia faham... saya dah jelaskan tentang istikharah yg saya nampak... dia tetap jgk x faham... mintak nasihat sume yg ada kat sini... please....tertekan dan buntu...


Anonymous said...

Minta dia buat permohonan poligami di Mahkamah Syariah. You ambil dan sign siap-siap. If he won't listen to you,perhaps he will listen to subject matter expert. Jangan lupa doa ya. Be a smart lady, use reverse psychology. If it is meant to be, it will. If it is not, it won't. As i say, Allah KNEW best.

Anonymous said...

thanks... saya selalu kata pada suami... kalau ada jodoh ada lah, klu x de jgn di ikut nafsu... sbb apa yg saya nampak tujuan dia hanya nafsu je...

Unknown said...

Allahuakbar..indah sekali penerangan yang diberi..saya yang telah berada di dalam dunia poligami mengiyakan apa yang ditulis..alhamdulillah..jika kita yakin pada Allah swt semuanya akan nampak mudah..pgalaman saya sebelum berada dalam poligami saya berada dalam monogami dan masalah yang dilalui lagi berat dari semasa berada dalam poligami..yakinlah apa yang Allah tentukan itu yang tbaik untuk kita..insya Allah..kepada Allah kita btawakal dan kepada Dia kita akan kembali...serahkan segala2nya pada Dia..insya Allah semuanya akan selamat..dunia n akhirat..insya Allah.. :)

Anonymous said...

adatlah bini nombor 2,or 3 yg cite suka poligami, bini nombor 1. kurang sikit ye cite pasal poligami, pelikkan? apakah?..

Anonymous said...

tIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA. suami yang ada masalah kewangan ada diantaranya mengambil kesempatan ke atas isteri malah membebankan isteri dengan hutang piutang sehingga isteri hidup melarat dengan anak tapi suami masih gila nak kahwin lagi, ini bukan pasal bersyukur dengan yang sedikit, ini adalah tentang suami tak pernah bagi nafkah.

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...