Wednesday, November 28, 2012

Poligami: Apa sebab yang kukuh?



Cereka poligami tak kunjung habis. Ayuh kita lalui dengan saling memahami, saling memotivasi dan saling memahami.


"Akak boleh bagi suami akak kahwin lagi kalau dia ada alasan dan sebab yang kukuh"

Kalau ada gadis yang berkenan dengan suami akak, kukuh tak alasan tu...?

Kalau suami akak tersuka dan terjatuh cinta pada seorang gadis, kukuh tak alasan tu...?

Saya tahu jawapannya...:)

Dan pada saya, tidak ada satu alasan dan sebab yang kukuh pun untuk suami bentangkan pada isteri kenapa ingin berkahwin lagi, melainkan kalau si isteri sendiri yang meyakinkan suaminya bahawa suaminya perlu berkahwin lagi atas alasan dan sebab yang diyakini isteri.

Tak perlu minta saya pujuk isteri agar sudi berpoligami kalau anda sebagai suami pun tak mampu pujuk, apatah lagi saya yang tak tahu kisah rumahtangga kalian berdua. Hanya isteri itu sendirilah yang boleh memujuk hatinya sendiri, dengan sokongan suami yang memahami pastinya.

Tidak ada situasi yang menyenangkan dan menenangkan isteri jika ditanya, bila masa dan keadaan yang sesuai untuk suaminya berkahwin lagi...

Saya sendiri, suami berkahwin lagi ketika saya berumur 28 tahun, anak masih kecil berusia setahun lebih - apa komen sebahagian pembaca blog..? "Sampai hati suami awak kahwin lagi, sedangkan baru tiga tahun awak berumahtangga..." Tidak tahukah dia komen lain, sampai hati suami kahwin lagi setelah lima belas tahun berkahwin...

Kalau tunggu anak besar, dikatanya sampai hati tak fikir perasaan anak anak yang malu ayahnya berkahwin lagi...

Komen lain, "tengoklah tu kahwin dengan anak dara, bukan nak kahwin dengan ibu tunggal atau yang dah lanjut usia..."

Sedangkan sahabatku, ada isteri isteri lain yang merasa tertekan dan tak sangka suaminya memilih wanita yang jauh berusia, sedangkan dirinya masih muda, cantik bergaya. rasa tercabar dan tak boleh menerima suaminya berkahwin lebih matang...

Jadi teman temanku yang baik, tak perlulah kita tunggu alasan yang diberi suami, apakata kita sendiri memberi alasan itu pada suami...

"Abang... abang ni suami yang baik dan bertanggungjawab...abang kahwinlah lagi, supaya dapat jadi suami yang baik kepada perempuan-perempuan lain..."

"Abang...abang orang yang beragama dan berilmu, abang kahwinlah lagi supaya kita dapat besarluaskan keluarga islami kita..."

"Abang....abang ni romantik, caring, loving... abang kahwinlah lagi.... supaya wanita lain pun bahagia dalam rumahtangga..."

:)






14 comments:

Anonymous said...

saya x kuat nak menempuh alam poligami... rasa mcm nak bunuh diri je klu suami nak kawin lg...

Anonymous said...

Salam,

Post yg ringkas tp padat dan baik.

Sebenarnya there is no such thing as 'alasan yg kukuh'. Hakikatnya poligami itu sendiri adalah perbuatan yg melukakan hati isteri, manakala segala 'alasan yg kukuh' itu cuma terbina atas dasar terluka tadi. Oleh itu selagi mana hati terluka, selagi itu ada alasannya.

Terlalu ramai yg keliru di antara sebab dan hikmah. Allah swt sendiri tidak pernah memberikan apa2 sebab utk berpoligami. Adapun hikmah poligami seperti ramaikan anak, cukupkan keperluan seks suami, menolong ibu tunggal, itu adalah hikmah, bukan sebab. Mungkin dalam sesuatu perkahwinan poligami itu ada tercapai salah satu hikmah di atas, mungkin juga tidak, namun apa pun poligami itu mubah hukumnya secara mutlak, selagi mana si suami mampu.

Jika berkahwin dengan yg lebih tua dari isteri yg ada, "tgk tu xreti syukur, isteri lg muda nak jugak cari lain. Jika kawin dgn yg lebih muda, "tgk tu, isteri tulah yg teman susah senang selama ni, akhirnya xhargai kawin jugak dgn budak sekolah". Jika kerana ingin anak, "yelah tu nk anak, entah2 dia yg mandul salahkan isteri". Jika berpoligami usia muda, "muda2 dah gatal, xreti cukup satu", jika kawin usia lewat, "dah nak mati ada hati lagi nk kahwin lagi".

Hakikatnya tidak pernah ada jawapan yg mutlak.

Jika dilihat secara fitrah lelaki, pokoknya dia berkeinginan utk berhubungan lebih dari 10 wanita. Andaikan seks itu halal dgn sesiapa sahaja, dan dia tidak perlu bertanggungjawab atas sesiapa yg disetubuhinya, maka hampir kesemua lelaki menginginkan pasangan seks yg berlainan setiap kali. Iklan di tv sahaja sudah berdozen2 wanita yg cantik dan menaikkan nafsunya.

Namun atas kebijaksanaan Allah, Dia hanya 'melimitkan' kpd 4 shj. Bukan tu sahaja, seorg lelaki perlu bertanggungjawab atas saluran halal yg digunakan utk nafsunya. Jika mengandung maka anaknya berhak utk dibinkan kepadanya. Disetubuhi maka berhak diberikan nafkahnya, dicukupkan pakai minumnya, dan ada rumahnya. Berlaku kematian maka ada hak perwarisan hartanya.

Malahan tidak blh seorg suami memukul, atau menyakiti hati isterinya, melainkan kes yg sgt nadir yg diizinkan syarak. Itupun susah sgt2 utk berlaku secara hakiki.

Dan wanita pula secara fitrahnya mmg bersifat monogami, namun atas kebijaksanaan Allah, Dia memungkinkan seorg wanita berkongsi suaminya, maksimum dgn 3 madunya.

Jadi bukankah poligami itu adalah hukum pertengahan antara fitrah seorg lelaki dan seorg wanita?

Anonymous said...

Sungguh hati saya runtun sedih melihat kerosakan yg berlaku, bilamana poligami disulitkan. Ada suami meliwat anak lelakinya umur 4 bulan, ada suami merogol anak perempuannya 15 tahun sehingga mengandung. Ada suami merogol cucu sendiri, ada suami menempah pelacur berbayar rm 30 sekali zina, dan ada lelaki menjadi gay demi memuaskan nafsu.

Benar semua itu salah lelaki itu sendiri, namun bukankah kita ada istilah bersubahat?

Media masakini mecanangkan poligami sebagai sesuatu yg perit, cuma berendam air mata sehingga mati. Asal sahaja kisah drama sedih, mesti berkenaan ada org mati atau suami kawin lain.

Saya sendiri berasa terlalu kesal, menjadi mangsa disusahkan poligami. Jika sesuatu perkara itu Allah yg izinkan, maka manfaatnya pasti besar dan mudharatnya pasti sedikit, jika sekalipun ada. Jika ditutup syariat Allah, maka tidak ada lagi jalan lain yg lebih bak darinya. Makanya kita sebagai manusia, mampukah kita membuka pintu yg lain, melebihi kebijaksanaan Allah sendiri?

Makanya saya di sini, cuba surfing internet utk mencari2 teman bicara bagi permasalahan yg sukar dicari jawapannya. Atau mungkin dikatakan jawapannya ada di dalam kitab Allah, namun atas kejahilan manusia, cerai dan keretakan keluarga itu yg dilihat lebih baik.

Ya Allah...bukakan pintu kecil hambaMu ini yg takut akan seksaMu, dan mengharapkan rahmat dariMu. Aku akan tetap bersabar, namun bantuan dan rahmatMu kian aku dambakan...

Sudah lama aku memendam rasa keluh atas beban kesusahan yg dicipta reka oleh kebodohan dan nafsu manusia, yg tidak menuju apa2 melainkan kemusnahan sendiri...

Sungguh syaitan hanya menjanjikan kefakiran dunia dan akhirat, dan Allah menjanjikan kekayaan, kebahagiaan dunia dan akhirat...

Wallahualam.

Hamba Allah yang Bahagiaan said...

Akak, kuatnya akak... Sampai skarang, saya masih tak sanggup lagi nak offer kalau suami saya nak poligami.. Kalau dia yang suarakan, saya redha.. Tapi, sangat kagum dengan akak.. :)

Anonymous said...

Salam sis..seronok membace input dr sis..

Anonymous said...

Nk mtk nsht..cmner nk jauhkn sifat cemburu..sy izinkn husband berkawan tp dlm ms yg same masih cemburu..

Nurul Adni Adnan said...

terima kasih, saya bersetuju dengan pencerahan anda .

Wardina said...

salam,

this post is so spot on nurul! a true reflection of our society's perception towards polygany. truthfully, i've consented to my husband's wanting to marry another but it's the whole family who is now opposing polygany.
i'm calling all women to open up their mind to this fact; if Allah allows a man to marry 2, 3 or 4 women; who are we to question or deny His summons? We are merely His servants and servants are to obey diligently to the Creator/Master of the universe. think about it, Allah could twist our fate in a flick of an eye, if He wants to. We should remember at all times, that we are always at His mercy. Seek Allah's eternal love not men as men too would leave this world and return to the Lord but Allah's love will live within you forever.

Anonymous said...

Salam Pn Nurul,

Setelah sekian lama akhirnya saya bertemu dgn artikel yg sebegini..nukilan yg sgt positif ttg poligami....

Media, malah ada juga motivator mahupun ustazah2 yg selalu keluar tv hanya memusatkan poligami dari sisi yg negatif...sehingga wujudnya stigma dr kalangan para wanita bila sebut ttg poligami, maka bala menunggu...kita bersemangat bila ada sahaja pihak yg nenghina Rasul SAW, maka kita tunjuk perasaan, marah dsb...namun kita sendiri sebenarnya menafikan sunnah Rasul SAW bahawa baginda berpoligami...ayat Al Quran membenarkan poligami...sikap kita terhadap poligami tersgt2 negatif...

Tapi dgn pencerahan dr Puan,kalaulah ramai isteri yg menghayati seperti ini..insyaAllah byk poligami akan berjaya...

Alhamdulillah saya sudah berkahwin 10 tahun, berkerjaya agak baik...dan tak pernah terfikir utk berpoligami...tak pernah ada niat...namun kuasa Allah mempertemukan saya dgn gadis ini, yg mencuit hati saya, lalu saya jatuh cinta padanya..slps 10 tahun...dan saya sgt bersetuju dgn pendapat Puan bahawa tiada sbb kukuh utk saya berikan pada isteri saya melainkan kerana saya telah jatuh cnta sekali lagi...dan saya ingin sekali melunaskan cinta saya dengan jalan yg paling Allah redhoi...

Perkara ini tidak menjadi mudah disbbkan stigma yg saya sebutkan di atas...dan saya masih lagi berputar2 memikirkan bagaimana mahu meyakinkan isteri bahawa kasih sayang saya padanya tidak akan pudar walaupun berkahwin satu lagi...mungin Puan boleh berikan motivasi sikit utk move forward dalam hal ini...terima kasih

Anonymous said...

salam..pada sesiapa yang berpoligami atau akan berpoligami jom kita buat support grp utk kebaikan bersama..sms sy di 010 3688 637..kak suria..area kl n sel senang nak jumpa :)...alasan kukuh berpoligami, Allah swt telah tentukan jodoh suami kita ada berapa, semasa dia berusia 4 bulan dalam rahim ibunya, dan isteri pula telah tertulis qada dan qadarnya akan jodohnya dengan suami yang akan berpoligami..redha lah kita..Allah knows BEST :)

Unknown said...

k.suria msih boleh dhubungi ke..

AllAboutLife said...

salam..

bagaimana pula suami nk kawin lg sedangkan dia sendiri ckp bukan sekarNG keranan masih tak mampu..niat nk senangkan isteri dulu bru kawin..ok..let say 1thun,2tahun,,,then sepanjang tempoh itu apa status mereka?? bercinta? msg syg,abg,rindu..xsalah kah itu???? bukan kah agama kata klu tak mampu lg berpuasa lah kamu...tlg terangkan..hati sedang berkocak bila suami ingin berkahwin....

AllAboutLife said...

email saya zairul.akmal@gmail.com..i need consultation..really need help!!

Mawar Pertama said...

tak tahu la nak komen apa pasal poligami...rasulullah dah tunjuk contoh poligami yang dia amalkan bagaimana dia membela nasib wanita...tapi zaman ni wanita yang dipilih untuk suami berpoligami kebanyakannya yang cantik2, muda2, bergetah..kalau suami orang tak kahwin dengan dia pun ramai lagi lelaki bujang yang nak... manakala yang janda dan anak yatim memerlukan pembelaan serta anak dara yang tak berapa cantik...semuanya tetap bersendirian...sampai bila2 pun masalah wanita tanpa suami masih berkudis... ontahlaa...terpulang lah pada masing2...kalau sanggup berkongsi kasih..terpulang... benda dah harus..:)

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...