Wahai
pemuda, ingin bernikah kerana ingin menjaga kehormatan diri...? Kalian
memilih saluran yang benar. Dalam masa yang sama, apapun pakej
kenikmatan yang ALLAH bagi dalam kehidupan ini datang bersama cabaran
dan ujian. Tiada kesempurnaan.
Nantinya setelah bernikah, di sebalik kurnia hubungan yang halal, pasti akan menghadapi cabaran untuk memesrai isteri. Waktu suami ingin berhubungan, isteri menolak dan keberatan lagi menjauh, secara fizikal dan emosi...atas sebab yang pelbagai.
Tiga bulan selepas bernikah, isteri mabuk muntah-muntah mengandung. Isteri bukan sekadar lembik tak bermaya fizikal malah isu yang sering timbul ialah tak boleh tahan bau badan suami. Tak boleh suami dekat, apatah lagi untuk bermesra dan hubungan seks. Persiapkan diri menghadapi situasi ini walau bukan semua isteri mengalaminya.
Komunikasi pada isteri dengan lembut dan berhikmah akan keinginan perasaan...
Kadang hal itu berakhir setelah kandungan berusia 3 bulan, tapi kalau 9 bulan mengandung tak larat nak melayan suami untuk hubungan intim...? Persiapkan iman dan kesabaran.
Selepas melahirkan, hormon menyusu ibu menjatuhkan hormon-hormon lain yang mendorong untuk hubungan intim... Dah bersabar 9 bulan, berapa bulan lagi suami nak sabar? Ia bukan berlaku pada semua isteri, namun mungkin isteri anda yang terpilih.. Maka bersedialah.
Isteri juga suka hubungan seks seperti suami namun isteri perlu lebih banyak suasana yang meransang emosinya sebelum fizikalnya. Jika suasana tidak menyenangkan untuk isteri, ditambah pula suami tidak meransang fizikal isteri dengan sebaiknya untuk isteri menikmati hubungan intim, suami hanya menyelesaikan nafsunya - ia hanya menambah benci dan jarak isteri kepada suami.
Dalam situasi biasa tidak mengandung, isteri berkongsi cabaran yang serupa dengan suami apabila menolak atau dingin untuk hubungan seks iaitu stress, penat keterlaluan dan berasa tidak dihargai, tidak dihormati.
Justeru harus suami dan isteri saling membantu mengurangkan stress pasangan, membantu kerja-kerja rumah dan urusan anak serta rumahtangga... Cari alternatif yang membantu isteri terutama jika suami meminta isteri juga bekerja...
Isteri akan terbuka hati untuk hubungan intim apabila rasanya dirinya penting, diberi perhatian dan penghargaan - dengan ucapan cinta dan terima kasih yang berkala - dengan sentuhan dan pelukan di luar hubungan seks... Isteri memang menjauh, jauh hati dan kecewa jika suami hanya berbaik dan menyentuh isteri bila mahu berhubungan intim.
Kalau suami isteri bergaduh, saling menyalahkan, saling memburukkan - ini adalah faktor utama yang menolak suami isteri untuk hubungan seks. Suami isteri pasti berkonflik - maka ubati dengan saling berbaik, memaafkan, memberi maaf dan bina semula bibit cinta dan kemesraan... Cari penyelesaian untuk isu-isu rumahtangga dan cari keserasian dalam berbeza pandangan dan keinginan.
Jika isteri merajuk, pujuk. Isteri bersedih, pujuk. Gembirakan isteri seperti mana Isteri juga perlu memujuk dan memasukkan ketenangan ke dalam hati suami.
Hubungan intim adalah ruang ibadah berpahala, maka memahami psikologi suami dan isteri sedikit sebanyak menjadikan seks sebagai ibadah yang indah.
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka."

Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah
memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih
adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar
Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun
sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat
mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau
dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa?
Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia
memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Setakat ini dari pembacaan, perkongsian muskilah teman-teman dan ilmu yang saya dapat di buku, web dan kursus perkahwinan... juga dalam kursus Pak Utih Ahmad Shafiai Uda Jaafar dan page and blog Dr Zubaidi Hj Ahmad..

Baca sambungannya dalam artikel entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment