Seorang
teman bertanya tentang bagaimana untuk muslimah menjaga ibadah khusus
dengan ALLAH dan tanggungjawab dengan manusia dalam kesibukan bekerjaya
dan bekeluarga.
Saya pastinya tidak berada dalam situasi cabaran itu namun saya kongsikan kisah teman-teman di sekeliling yang saya mengenali gaya hidup mereka sebagai muslimah yang baik... Saya suka meminta tips dari wanita yang bermotivasi dan berdisplin seperti teman-teman itu.
Pertama, hubungan dengan ALLAH tidak ada kompromi jika ingin ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan penuh cabaran ini. Pada yang telah menjaga solat dan puasa wajib, pasti ingin menambah yang sunat... hingga kita menjadi hamba-hamba yang dicintai ALLAH..insyaALLAH.
Seorang mulimah jurutera mempunyai 3 anak, kongsinya, ada target ibadah khusus yang ingin dicapai. Jadi di pagi hari dalam tren, akan membaca zikir-zikir mathurat, dan quran sebanyak yang boleh. Sehari satu juzuk. Di ofis usahakan solat dhuha bila berkesempatan, di samping istighfar 100 hari yang ditunjukkan rasul SAW. Jadi sebelum zuhur, telah selesai semua ini. Dan bila kita bertekad mendekati ALLAH, kita mampu mencari masa untuk solat sunut zuhur dan asar.
Dalam perjalanan balik kerja, menyambung bacaan Quran dan zikir Mathurat untuk bahagian petang. Ketika dalam kenderaan ini jugalah masa untuk membaca, mencapai target bacaan buku ilmiah/agama, atau prepare bahan-bahan halaqah.
Malam jika tiada usrah, adalah waktu untuk anak-anak, suami dan famili...
Tips lain yang mereka kongsi ialah mengorbankan tidur untuk tilawah quran, membaca buku yang selain ruang lingkup pekerjaan. Bangun setengah jam lebih awal, dapat solat tahajud dan witir, dapat juga membaca kitab hadis dan tafsirnya.
Dalam kereta menempuh kesesakan lalu lintas, adalah masa yang sangat berharga. Jika menjemput anak atau isteri, itulah masa untuk komunikasi dan bonding. Atau menghafal Quran. Atau menambah ilmu dengan mendengar rakamn kuliah yang sangat banyak disediakan percuma.
Berumahtangga dengan anak-anak dan bekerjaya bagi seorang wanita memang amat memenatkan namun kekuatan ruhiyyah yang kita bina dengan zikrullah, amalan sunat dan amalan wajib inilah yang memberi tenaga luar biasa pada insan...
Kerja-kerja rumah dilunaskan samaada dengan bantuan fulltima/part time helper atau suami dan anak-anak bersama membantu ibu sang pengurus rumahtangga... Boleh didik anak-anak untuk bantu ibu berkemas dan kurangkan keserabutan rumah..
Ibadah-ibadah khusus yang wajib dan sunat itu pada awalnya memang kita akan buat kerana checklist atau mengejar target namun insyaALLAH lama kelamaan kita menghayatinya kerana itulah vitaman hati yang sangat penting untuk menjadi wanita yang bahagia dan membahagiakan.
Itulah sedikit yang mampu dikongsi, yang lain silakan menambah.. Moga bermanfaat ♥

Tidaklah hambaku medekati-Ku dengan sesuatu yang lebih Kucintai
daripada apa yang telah Aku wajibkan. Hamba-Ku tidak henti-hentinya
mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunah sehingga Aku
mencintainya. Ketika Aku mencintainya, Aku menjadi pendengaran yang ia
gunakan untuk mendengar, menjadi penglihatan yang ia gunakan untuk
melihat, menjadi tangan yang ia gunakan untuk menggenggam dan menjadi
kaki yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, pasti
Ku-beri, jika ia memohon perlindungan-Ku, pasti Kulindungi.” (HR.
Bukhari)
Itulah sedikit yang mampu dikongsi, yang lain silakan menambah.. Moga bermanfaat ♥
3 comments:
Hi.. Perkongsian yang bermanfaat...
Hadis itu..buat saya sebak..terima kasih atas perkongsian..
"..pada awalnya memang kita akan buat kerana checklist atau mengejar target namun insyaALLAH lama kelamaan kita menghayatinya kerana itulah vitaman hati yang sangat penting untuk menjadi wanita yang bahagia dan membahagiakan.."
insyaAllah...ini lah tekad dan impian saya...yg mula2 rasa terpaksa tu lah, harap2 nanti lama2 jd kebiasaan yang manis.. :)
.
Post a Comment