Entri sebelum ini merujuk kepada suami, apa khabar pula isteri? Tertanya-tanya kenapa suami tak berinisiatif untuk hubungan seks?
Jika dulu sebelum berkahwin seorang wanita boleh memujuk rayu, berlemah lembut hingga lelaki terdorong untuk memesrai sebelum kahwin, apakah tidak menggunakan kemesraan yang sama untuk mengajak suami berhubungan intim selepas hubungan menjadi halal...
Dah cuba tapi suami menolak? Sama sahaja perasaan suami dan isteri, akan terasa hati jika pasangan menolak sentuhan untuk hubungan intim. Suami terasa jika isteri menolak, isteri juga kecewa jika suami menolak inisiatif isteri...
Apatah lagi isteri yang jarak jauh, berjumpa seminggu sekali, atau dua minggu sekali atau sebulan sekali - namun suami seperti tidak cenderung untuk hubungan seks... sedangkan setelah berhari-hari ditinggal suami/isteri, pasti ada gelojak perasaan masing masing kepada pasangan...apa yang berlaku di sebalik kejauhan pasangan dan kehambaran?
Jika isteri ada cabaran memesrai suami di waktu mengandung dan selepas melahirkan, suami juga ada cabaran hormon yang tersendiri dan harga barangan yang naik di pasaran tempatan dan dunia juga menjauhkan minat suami dari hubungan seks.
Sebelum bersangka suami ada perempuan lain, sebab itu dingin dengan isteri - belajarlah memahami hati dan fikiran seorang lelaki. Jika isteri mahu dihargai dan diberi perhatian istimewa, suami juga penting untuk rasa dirinya dicintai, dihormati, dihargai dalam membuka hati dan fikirannya untuk memesrai isteri.
Kritikan, leteran dan rungutan yang kerap akan menyerabutkan fikiran suami, jadi tak mungkin hati yang tersinggung dengan kata-kata isteri akan bernafsu untuk memesrai isteri...
Jika suami diasak tekanan di tempat kerja dan punya masalah kewangan yang besar, dia tidak mampu memberi pada relationship. Maka isteri berperanan besar menyegarkan suami dengan tindakan dan kata-kata yang manis menyejukkan - bak kata Dr Zubaidi - power isteri lebih hebat dari tongkat Ali... urutan dan sentuhan yang menyamankan dari isteri, insyaALLAH suami terbuka untuk menggembirakan isteri dengan hubungan intim.
Sama seperti isteri - stress dan penat keterlaluan akan melupakan suami dari seks. Suami isteri menjelang malam, letak saja kepala di bantal terus pengsan... isteri pun sedih keseorangan mengharap belaian, sentuhan dan kata-kata cinta dari suami.
Bersediakah isteri yang baru dan telah lama berkahwin untuk memahami situasi suami?
Jika hormon bermesra isteri jatuh merudum setelah melahirkan, suami juga hormon bermesranya jatuh dengan tekanan di tempat kerja. Juga bertambah kehabisan hormon bila bertemu pula isteri yang tidak memahami lagi tidak menenangkan....
Suami dan isteri, ayuh persiapkan iman dan kesabaran. Ayuh mencari ilmu dan tambah skil dan akhlak mulia - bagaimana kita boleh support suami atau isteri kita untuk tetap mempertahankan rumahtangga - dengan mencari ruang bermesra samaada hubungan intim atau yang lainnya...?
Jangan cari solusi dengan mencari perempuan lain yang kononnya lebih menenangkan, atau isteri curang punya kekasih hati yang lain kerana suami dingin tanpa perasaan yang didambakan...
Moga ALLAH melindungi rumahtangga kita semua..
1 comment:
Assalam...
Memang cukup tercabar dik, namun sekiranya kita menjaganya kerana Allah, semata-mata kerana Allah...semata-mata kerana Allah... InsyaAllah, Allah swt akan menjaga kita...itu pasti.
Post a Comment