Gambar Abdullah masa muda dan gambar papa masa muda :D |
Assalammualaikum wa rahmatullah....Apa khabar sahabat sahabat heroin saya semua :)
Moga berada dalam kesihatan fizikal ketenangan emosi dan
tidak putus asa melalui kehidupan yang
sentiasa berisi ujian kesenangan dan kesusahan. Sebelum hanyut dengan kesedihan
dan kegembiraan, ingatlah ..! Sesungguhnya hidup kita bukan habis di dunia
namun ini adalah tempat ujian yang memilih kita untuk kehidupan seterusnya !
Ohh tengoklah gambar hero saya, Abdullah dan papanya :P
mesti ada heroin yang teruja… jom sahabat sahabat semua, kita jadi heroin yang
membangun ke'hero'an dalam diri warga lelaki famili kita iaitu suami dan anak-anak…
hero tak turun bergolek dari langit ya !! :D
‘Beruntung nurul dapat suami yang baik’..hehe inilah
statement biasa bila sekeping gambar kaku abdullah dan papanya di upload ke fb
atau blog.. .sedangkan kami pun ada hujan panas, ribut taufan dan perang hihi
samada isu suami isteri atau isu anak ! Jangan sekadar baca blog saya untuk jadi bersedih dengan suami sendiri dan rumahtangga sendiri sebaliknya kita sama belajar dan mengubah diri ya!
Antara cabaran yang dikongsi di alam rumahtangga di zaman
moden ini ialah pengurusan rumahtangga, di mana keluhan isteri adalah suami tak
bantu jaga anak dan tak bantu mengurus rumah. Isteri dah penat bersesak-sesak
pergi balik kerja naik tren dan bas, bantu suami cari duit, sampai rumah kena
jadi superwoman lagi…! Sebelum isteri pakai ‘seluar dalam’ di luar pakaian
sebagai tanda superwoman (baca; gila tertekan), ayuh kita bekerja sama mencari solusi untuk isu ini.
Kita bantu suami menjadi hero meringankan tugas wanita yang berkeluarga berkerjaya dan
mudah-mudahan anak lelaki kita mencontohi hero keluarga kita !
Sekali lagi wahai heroin para pembacaku tersayang, saya pun gaduh dengan suami bab
urusan jaga anak dan uruskan rumahtangga, sebelum ada anak pun banyak je
konflik macam kalian semua..jangan sedih-sedih ok, kita semua berpeluang jadi
isteri dan ibu yang bahagia dan membahagiakan…! :D insyaALLAH.
Macammana caranya…? Ada assignment/tips yang para isteri dan ibu
kena buat untuk melahirkan suami dan ayah yang penyayang..!
‘Boleh ke boleh berubah?? Suami saya memang macam tu…! Suami orang
lain boleh lah kot berubah…!!??”
Boleh insyaALLAH. Sebelum dan semasa tips di bawah
dilaksanakan, terus buat golden rule # mendekatkan diri dengan ALLAH. Berdoa
dan berdoa. Mencari redha ALLAH dan bertaubat.
“Saya letih, penat, stress, sebab suami tak bantu buat kerja
rumah…sama-sama pergi kerja tapi bila balik rumah, suami terus online depan
laptop. Facebooking, main games atau baca suratkhabar atau tertidur. Saya bertungkus
lumus masak kemas kat dapur dengan anak. Malam rasa nak pengsan tapi suami nak
kita layan dia pulak…! :((("
Kita wanita bukan makhluk mangsa apatah lagi menjadi mangsa kepada suami, kita perlu kuat dan mengambil tanggungjawab atas ujian
yang ALLAH bagi. ALLAH berkehendak menguatkan iman dan jati diri kita sebagai
isteri dan ibu… ameen insyaALLAH. Sangka baik kita pada ALLAH akan selalu
mendamaikan perasaan..
Tips ini saya dapat di laman web keibubapaan, alhamdulillah
bila saya praktikkan dari anak lahir, ALLAH bantu saya dan suami harmoni dan boleh bekerjasama dalam
menjadi ibu bapa di sebalik cabaran yang kadang menjelma… moga bermanfaat untuk yang anak satu atau
anak yang ramaiJ
1. Bina hubungan yang baik sebagai couple sebelum menjadi parents
- Menjadi parents perlu rasa teamwork
yang tinggi dalam perkahwinan. Justeru, kita perlu saling kenal kelemahan dan
kekuatan, memberi support dan bahasa cinta yang pasangan perlukan, memberi
dorongan, berkongsi kritikan membina, belajar menyeludup ke dalam fikiran dan
perasaan orang lelaki (suami kita) – dengan sifat memahami yang tinggi – kita mampu
bantu suami menjadi lebih baik sebagai suami dan ayah.
Sepanjang perkahwinan, perlu bina budaya meluah dan
berkongsi dengan sihat dan penuh kepercayaan – itu yang mengikat dan memesrakan
hati kita dan suami - membuatkan suami bersemangat membahagiakan kita! insyaALLAH!
"Abang..kelebihan abang begini dan begitu.. Nurul rasa
gembira dan tenang bila abang buat begini dan begitu.. Satu perkara yang nurul
rasa abang boleh baiki adalah begini dan begitu"
Ok, tak payah skema macam saya, ikut bahasa anda dan
pasangan, boleh secara berhadapan atau melalui tulisan.. tanya feedback suami
dengan luahan kita. Tanya suami, apa pula nasihat dan tegurannya untuk kita memperbaiki diri.
Bila dah banyak kenal dan faham suami, kita mampu jadi
teamwork yang baik bila ada anak. BAIK, bukan sempurna.
2. Hargai cara suami membantu.
Dari anak lahir, jangan asyik mengkritik tapi memuji dan
mensyukuri. ALLAH dan Rasul mencintai insan yang bersyukur kepada manusia.
"Eh apa pulak abang dukung baby macam tu…"
"Eh abang ni bahaya lah cara abang mandikan anak..."
"Abang ni kasar lah main dengan baby, kan baby lagi tu.."
"Abang ni..tolonglah tengok anak tu, tak nampak ke saya sibuk
kat dapur …haishhh!!"
Ohh kalau macam tu dialog kita, jangan pelik kalau suami malas dah nak bantu isteri jaga baby dan urusan lain..! Tukar statement negatif di atas kepada yang positif dan menggembirakan! Spesifik dan membina semangat!
"Abang..terima kasih jaga saya waktu kat hospital. Kehadiran
abang bagi semangat kat saya bla..bla.."
"Abang terima kasih bantu uruskan anak…buat itu..buat ini"
"Terima kasih mandikan baby.. dapat saya rehat kejap.. Betul
cara abang mandikan tapi bahaya sikit kalau mandi dalam sink macam tu je.. saya
cadangkan abang buat begitu dan begitu.. thank you abang" dengan ciuman manja hehe
Bercakap kepada suami dengan nada happy dan penuh cinta ok,
tak semestinya dengan bahasa buku teks contoh saya bagi tu :D
Dengan penghargaan isteri yang tulus, suami sangat terdorong
untuk lebih banyak terlibat dalam mengurus dan mengasuh anak.
3. Hormati pandangan suami dan bincang masalah atau konflik secara privasi,
tidak di depan anak-anak supaya anak-anak lebih menghormati ibu ayahnya, yelah
pergaduhan dan konflik yang normal akan ada sesi mengkritik dan kadang ter over
:D tak sihat untuk perasaan anak :O
Kalau bergaduh depan anak, tunjukkan juga cara berbaik dengan depan anak supaya anak-anak belajar it's ok to gaduh-gaduh tapi kena resolve conflict dan berbaik semula.
Jangan bersaing untuk jadi the best parent depan anak-anak, nak
tunjuk yang kita ibu serba boleh,... ajak ayah bergembira dengan anak, ajak ayah jadi hero, menghabiskan masa dengan anak, ajak anak-anak bersyukur pada ayah mereka,
mudah-mudahan anak juga bersyukur punya ibu yang menyayangi ayah mereka yang
berusaha menghidupkan keluarga dengan kasih sayang..
Tips ini sangat penting terutama jika suami anda tak biasa
dengan anak-anak sedangkan jauh di sudut hati dia ingin menjadi ayah yang
disayangi dan menyayangi..! Tunjukkan dengan hikmah!
4. TLC – Trust , Love, Care. Percaya, Cinta, Beri perhatian kepada perkara kecil dan besar. Mencintai suami tanpa syarat.
Mensyukuri suami dengan mengiktiraf segala kebaikan dan pemberiannya mampu
memberi kekuatan kepada suami untuk menyayangi dan memberi lebih banyak lagi
kepada anak dan isteri.
5. Dorong suami untuk jadi role model kepada anak – Kongsi dengan
anak-anak, apa kelebihan ayah mereka, dan kongsikan dengan suami, apa kelebihan
suami yang kita nampak… Kalau rasa suami tak ada kelebihan, cari juga kebaikan
dan kelebihan yang tersembunyi , ingat balik dulu apa reason kita terpaut pada
suami atau tergilakannya :D – jadilah isteri yang mampu memberi semangat,
inspirasi dan perhatian kepada usaha suami dalam membangun keluarga …! Wanita
boleh mengubah dunia dengan kelembutan, perhatian dan kasih sayangnya!
6. Bantu suami meningkatkan cita-cita dan mengembangkan
bakat dan hobi – e.g sports, photography, writing…
‘Abang…bagus abang suka menulis dan berkongsi ilmu agama,
kita sama-sama belajar agama ALLAH kan… ramai orang dapat manfaat dari tulisan
abang, walau abang selalu takde, nurul dapat pesanan dari tulisan abang.. ‘
hei, kamu hilang banyak masa bila suami sibuk menulis dan membaca tau…! Namun carilah
juga sisi positif :D
Suami asyik tengok bola dan main bola atau futsal…? Ajak
suami beriadah juga dengan isteri dan anak, puji kelebihan suami mengamalkan
gaya hidup sihat walau isteri stress dia asyik di padang…:O Puji fizikal dia yang tough sebab bersukan hoho
Suami suka kamera, sibuk ambil gambar, amik gambar anak-anak, gambar nature,
gambar peristiwa…??? Pandai-pandai manfaatkan gambar yang suami amik untuk
mengikat hubungan anak dengan suami, famili dan tuhan…
Suami suka main games, layanlah sekali sekala main games menghiburkannnya
nanti suami akan balas juga dengan menggembirakan isteri dan menunaikan
permintaannya… bila isteri berusaha menggembirakan dan memahami suami, suami
akan berusaha yang sama juga kelak…! Jangan putus asa dengan suamimu…! Tak
perlu puji atau nampak kelebihan suami orang lain kerana banyak kebaikan suami terpendam,
menunggu heroin menghidupkan :D
Jangan amalkan tips ini hanya sekali, tapi berkali kali
selagi bergelar suami isteri.. suami kalian perlukan kalian untuk mendorongnya…positif
dan istiqamahlah, ALLAh akan memberi hadiah yang indah atas usaha heroin
sekalian membangun suami sebagai hero isteri dan anak-anak insyaALLAH ..!!
Mana yang relevan amalkan, mana yang tak relevan, abaikan :)
Indeed, a father’s role
is way beyond simply providing for the family, and as his partner, we women
need to devote ourselves into supporting him in this task. Fatherhood is a
tough role to fulfill, but behind every great father is the encouragement, affirmation,
trust, respect, love and full support of his family. (Smartparenting.com)
3 comments:
kak nurul, tlg saya... suami saya ada mintak nak kawin lg.... tapi masalahnya... mampukah dia? gaji dia rm 1800,keluarga saya baru nak mula... rumah pun belum ada, duduk menyewa, anak 3 org... x lama lg nak sekolah... saya kenal org yg suami saya berkenan tu... tapi dia belum tahu yg suami saya minat kat dia.... mampukah dia./??? setiap bulan pun kena bercatu... saya pun bekerja bantu dia... tlg saya kak nasihatkan saya... cam ne saya nak buat... sbb saya tgk akak tabah...
Betul sis, disebalik lelaki yang berjaya berdirinya seorang perempuan, jadi kita kene berjaya bentuk diri sendiri sebelum membentuk suami (betulkan jika silap) yang penting bagaimana kita hendak mempositifkan diri dalam apa jua situasi.
Ssh mmg ssh ada suami tk mbntu...dlm pntng pn still dia brt tulang..tk bubah...asik main game..agkny klu sy tk ade br nk sdr..tk pnh putus doa utk lmbutkn ati dia utk bbubah..nk cuba praktikkn hargai cara suami mbntu..mog a ada prubhn.. Thx bg tips...
Post a Comment