Saturday, November 24, 2012

Menahan keburukan kerana ALLAH.




Teman-temanku yang kecewa dengan ujian yang datang melalui teman-teman, famili, dan rumahtangga - ketahuilah bahawa ujian ini semuanya sangat penting untuk mengukur hubungan kita dengan ALLAH. Kita adalah hamba ALLAH, tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH. Kalau kita bersikap buruk kerana sikap teman-teman kita macam tu juga pada kita- maka kita adalah hamba mereka dan hamba dunia...

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. 

Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai  bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat” ( Surah Fussilat, Ayat 33-35)

Semua ujian yang ALLAH datangkan pada kita antara hikmahnya adalah kerana ALLAH ingin menanggalkan dunia dari hati kita. ALLAH mahu kita mengagungkan ALLAH di segenap nafas dan kehidupan. Manusia dan harta menjadi ujian yang tak berhenti, setiap tahap kehidupan akan ada manusia dan harta yang menjadi ujian nafsumu yang ingin menjadi soleh solehah.

Diriku juga sepertimu, secara berkala ada ujian yang ALLAH datangkan yang sakit merentap jantung hati, Namun dengan persiapan iman insyaALLAH hati kita kembali kuat dan sabar serta bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita dengan ujian ini...

Manusia dan harta yang diberi dalam hidup, duit, serta anak dan teman-teman - manfaatkanlah untuk kita menjadi manusia yang benar-benar manusia. Mengenal ALLAH. Hidup dan mati untuk mencari redha ALLAH.

Kebahagiaan dan kasih sayang sempurna HANYA diberi ALLAH, bukan dari lelaki atau wanita yang memang pasti mengecewakan kita kerana mereka juga mengharap kesempurnaan dari kita. Cinta dan bahagia selamanya hanya di syurga. Kat sini, tak jumpa. Di dunia ini, sedikit harta dan kasih sayang yang kita peroleh, kita bersyukur dan kongsikan dengan orang lain semampunya... ALLAH akan tambah-tambah lagi.

Jangan post di wall fb mu kata-kata sinis atau mengaibkan tentang teman mu itu, walau tanpa nama, kerana di facebook penghuninya know what's on your mind :O

Tutuplah keaiban saudaramu kerana kita juga banyak keaiban yang ALLAH tutup. Berbuat baik dan berkatalah yang baik kerana ALLAH sangat baik dengan kita. Kita buat baik kerana kita ingin baik kerana ALLAh. Bukan kerana dia.


Barangsiapa yang menutup kesalahan dan keaiban saudaranya di dunia, ALLAH akan menutup kesalahannya di akhirat kelak- sahih.















No comments:

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...