Reverse-Cinderella Syndrome :D
Wanita itu mulia dijadikan ALLAH dengan fungsinya untuk memberi kepada keluarga dengan membantu mengatur urusan dan berkhidmat di dalam rumah, mengurus, memberi inspirasi, mengasuh, mendidik, menenangkan, membantu mencari rezeki - samaada sebagai anak perempuan, isteri, ibu ... tetapi saya dan kamu lahir dalam dunia fantasi Cinderella yang dimomokkan saban waktu - bahawa kehidupan ini adalah untuk mencari seorang lelaki yang akan mendampingi, menjaga, menyayangi sepenuh hati seperti kamu puteri...! Mencari lelaki yang akan menjaga kamu dari susah payah dan keluh kesah...!
Tidak puteriku ! Dunia ini adalah tempat kamu bermandi ujian berpenat lelah menunaikan tanggungjawab...! Kasut Cinderella tidak akan menyelamatkan kita wanita dari ujian ALLAH yang tak berhenti..hanya iman dan taqwa...!
Kenapa jiwa terseksa dan tak bahagia... ? Kerana Reverse Cinderellah Syndrome..
Awal-awal zaman bercinta atau berkahwin, si putera lelaki memberi perhatian tak berbelah bagi kepadamu, mendengar dan melayan keluh kesahmu, memberi yang kamu ingin dan harapkan, memujuk dan menggembirakan... tetapi bila semakin lama, kamu rasa keseorangan dalam kesulitan - lelaki sibuk dengan peranannya kerana dia bukan putera raja yang ada segala keistimewaan. Kita wanita tersibuk dengan tugas wanita... akhirnya menangis sendiri sewaktu letih memberus lantai, menghadap kain baju menimbun tak berlipat, anak-anak menjerti bergaduh tak terkawal, badan tak boleh nak wangi kerana berpeluh-peluh di dapur mengurus anak dan memasak...kepenatan mencari duit, tertekan kesesakan di jalan...
Kenapa diriku tidak Cinderalla...?
Setiap kita mampu menjadi Cinderella (baca:wanita pilihan) paling istimewa, bila tiba saatnya. InsyaALLAH. Dengan kebaikan dan ketaatan pada Tuhan. Tapi bukan di dunia...
Hanya saja, model kita bukan kartun Cinderella tetapi wanita syurga yang ALLAH dan Rasul SAW rakamkan kisahnya buat kita - Iaitu Khadijah, Aseeyah, Fatimah dan Maryam... pada mereka ada teladan untuk gadis yang bujang, untuk yang bergelar isteri, untuk surirumah, untuk wanita yang berbisnes atau bekerjaya, untuk yang bergelar ibu, untuk yang ditinggal suami, untuk yang suami baik, untuk yang suami kurang baik, untuk wanita yang hidup susah, untuk wanita yang hidup kaya....
Kita ingin menjadi istimewa, pertama dan paling utama, di mata ALLAH, bukan sekadar di mata suami apatah lagi di mata lelaki entah siapa-siapa - maka pasti ALLAH jadikan kamu istimewa di mata manusia.
Dan sedarilah wahai diriku dan wahai para gadis, isteri dan ibu - bahawa kehidupan ini adalah perjuangan panjang penuh kesulitan dan cabaran, bahagia dan kecewa akan silih berganti datang - tujukanlah pencarianmu pada redha dan Cinta ALLAH yang Maha Agung...supaya hatimu tak akan berkali-kali terlukakan dan tersakitkan menanti putera sempurna yang tak kunjung datang :D mereka hanya di syurga.
Laluilah kehidupan bersama lelaki yang di sisimu - samaada seorang ayah, abang, suami, anak lelaki atau sesiapa saja dengan keimanan dan ketaqwaan ♥ mereka manusia biasa punya kelemahan dan kesalahan dalam mengharungi kehidupan, memerlukan kekuatan dan inspirasimu..!
# cetusan idea dari pembacaan hari ini di momlifetoday web.
:) moga bermanfaat
2 comments:
Alhamdulilah..terima kasih Nurul :)
Sangat bermanfaat sis, jazakillah
Post a Comment