Tuesday, November 27, 2012

Berkahwinlah dengan mata terbuka.



Duduk duduk di taman Setia Alam petang ahad itu, tiga pasang pengantin kelihatan mencari posisi sesuai merakam gambar perkahwinan... saya tahu gambar itu adalah memori suami isteri namun nampaknya pasangan suami isteri hari ini terutamanya bakal isteri begitu fokus kepada perkara yang kurang penting seperti photography session dan baju pengantin serta pelamin hingga melupakan perkara yang penting dalam rumahtang
ga iaitu menjadi isteri solehah...!

Masuk ke alam perkahwinan dengan jahil dan emosi saja...! Dengan mata tertutup dan khayalan yang merosakkan..! Bukan semua, tapi kebanyakkan begitu, baik lelaki dan wanita...! Malah saya juga satu tika dulu..! :O

Saya kahwin untuk menjaga hati, itu dorongan utama. Ingin berkasih sayang dalam hubungan yang halal.


Ya, kalian juga orang muda yang bersemangat bila bercinta, tak sabar sabar nak peluk cium...! 


Tapi tahukah kalian tanpa ilmu, nasihat dari orang berilmu, meninggalkan Quran, kalian akan merasa kosong dan sakit dalam perkahwinan...??? Kalian akan hilang nafsu dan perasaan pada suami/isteri tak kira lah cantik atau kacak macam mana sekalipun..!???

Islam menganjurkan pernikahan untuk menjaga kesucian hati dan kehormatan diri. Tetapi masalah nak jaga hati itu rupanya sangat kecil dalam perkahwinan. Sebelum kahwin rasa nak dekat, hari-hari dating, video call tak habis, sembang tak sudah, gelak ketawa, jiwa bergelora, merajuk rajuk manja - lepas kahwin rasa terpukul kenapa takde perasaan suka dan tenang pada suami atau isteri, sentuhan tak lagi mendamaikan, kata-kata semuanya meyakitkan, pandang muka masam mencuka, jelingan kemarahan,...

Kerana kita sibuk fikir kenduri kahwin puluhan ribu dari memikirkan akhlak sendiri yang buruk, palsu dan menipu..!

Jika sebelum kahwin kita orangnya yang membentak-bentak pada mak ayah nak kahwin, cakap kasar, melawan, meninggi suara, ikut nafsu perasaan bermanja dengan lelaki yang tak halal disentuhi, itulah diri kita selepas nikah - menjadi sembilu di jiwa suami, perlahan lahan meletakkan diri dalam murka Allah...!

Akan menjerit jerit pada suami, memboikot suami di tempat tidur, bermasam muka, menghempas barang, akan buat apa saja untuk ikut perasaaan..!

Kalau kahwin nanti, saya ubahlah perangai, kata kita. Saya dulu juga sangka begitu, akan mudah ubah akhlak dan habit untuk ikut kesukaan suami..NO..

Sayangku, akhlak bukan macam try baju kat fitting room. Try test tengok. Bukan boleh main sarung-sarung akhlak baik kat badan. Ia adalah hasil ilmu yang dimujahadah pada diri. Ia adalah hasil keimanan pada tuhan. Ia hasil pergaulanmu bertahun tahun dengan orang baik lagi soleh. Ia adalah kesediaanmu berubah dan terus berubah.

Jika asyik belek majalah fesyen, novel romantis, gosip artis, make up, fashionista, drama cinta, lagu cinta, mencari cinta - dah boleh baca yang kita tak kan bahagia dalam rumahtangga, dan tak kan membahagiakan suami..!

Jom kita berubah, kita semua ada kisah silam - dulu gila movie cinta, novel cinta, hidup sibuk untuk cinta manusia.. sekarang kita nak tukar arah kehidupan. Tukar dirimu wahai muslimah, jiwa mu, fikiranmu, di atas landasan iman dan islam ia mesti berjalan, di situ ALLAh temukan mu kebahagiaan..insyaALLAH.

Bukan nak salahkan wanita saja, kalau nak cerita keburukan lelaki hari ini, banyak kisah yang lebih menyayat hati..Jom semua, lelaki dan perempuan, kita menjadi hamba ALLAH yang beriman..itulah ubat segala kerosakan dan kesengsaraan.

Hentikan menyalahkan pasangan dan orang lain...! Kita sendiri lakukan perubahan...!












3 comments:

Irfa said...

nasihat yg baik :)
selalunya kaum pompuan je ambil kisah baca artikel mcm ni..lelaki amat jarang

Anna Boleyn said...

nice entry..mintak izin share ye kak di fanpage sy?

~CAHAYA~ said...

btol sgt, sepatutny kta berhenti dr menyalahkan org lain sebalikny lihatlah dlm diri sendri walaupaun diri sendiri mungkin sudah dirasakan baik...

Poligami: Sebelum Bercerai

#tipspoligami Poligami sangat berat untuk isteri hingga tidak sedikit yang melihat perceraian sebagai jalan keluar dari segala sakit h...